Judul: Majalah As-Sunnah Edisi April 2013 | Penulis: Team Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta | Penerbit: Yayasan Lajnah Istiqomah | Berat: 180g | Muka Surat: 79 m/s. (soft cover)
Majalah As-Sunnah adalah majalah dakwah Islamiyyah Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang diterbitkan oleh Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta sejak tahun 1992 yang insya Allaah terbit setiap bulan.
Mengusung motto “Upaya Menghidupkan Sunnah”, team majalah menyeru para pembaca untuk sentiasa mendasari amal ibadah dengan semata-mata ikhlas kerana Allah Ta’ala dan mengikuti petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersesuaian dengan pemahaman para Salafush Shalih. Sejalan dengan hal tersebut team majalah As-Sunnah sentiasa mengajak pembaca untuk menyedari bahaya bid’ah dan firqah-firqah yang menyimpang (aliran sesat) yang semakin hari semakin menyebar dan berleluasa di tengah masyarakat.
Secara garis besar, dakwah melalui majalah As-Sunnah ini meliputi:
1, Ajakan kepada kaum Muslimin untuk kembali kepada al-Qur'an dan Sunnah yang shahih dengan pemahaman Salafush Shalih.
2, Tashfiyah, yaitu memurnikan ajaran Islam dari segala noda syirik, bid'ah, khurafat, serta gerakan-gerakan dan pemikiran-pemikiran yang merusak ajaran Islam.
3, Tarbiyah (mendidik), kaum muslimin berdasarkan ajaran Islam yang murni.
4, Menghidupkan pola pikir ilmiah berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah dengan pemahaman Salafush Shalih.
5, Mengajak kaum Muslimin untuk hidup Islami, sesuai dengan manhaj Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
Antara Topik-topik Edisi April 2013
1, Soal/Jawab hukum memakan daging biawak, hukum majlis haul dan selawatan, bolehkah malaikat terakam dengan CCTV, dll.
2, Belumkah datang saatnya; Tafsir surah Al-Hadid ayat 16.
3, Jadikan akhirat sebagai niatmu.
4, Hadis palsu berkaitan menghadapi penguasa zalim.
5, Baldatun Thayyibah wa Rabbun Ghafur (negeri yang baik dan Rabb yang Maha Pengampun); Tafsir ayat 15 Surah Saba’.
6, Bercermin kepada negeri Saba’ dan sifat kaumnya.
7, Keimanan rakyat mendukung kekuatan negara.
8, Akidah harus difahami sesuai dengan zahir nash.
9, Pemimpin akan berlepas diri dari pengikutnya.
10, Hukum solat dengan pakaian bergambar.
11, Qawaid fiqhiyyah; kaedah ke 51.
12, Fatwa berkaitan pembedahan mayat.
13, Fathu Makkah.
14, Zina; bahaya, dosa, dan hukumannya.
15, Khuthbah Juma’at: Pentingnya sifat yakin.
16, Baituna: antara memukul dengan keras dan tidak mumukul anak sama sekali.
17, Orang paling lemah menurut Rasulullah.
18, Keutamaan Tauhid dan Amal-amal Soleh, Penggugur dosa sebanyak apapun.
19, Kesabaran Imam Abu Qilabah.
20, Isteri berselingkuh, bagaimana sikap suami?
Semoga bermanfaat.