Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Bulughul Maram karya Syaikh Al-Mubarakfuri

Syarah Bulughul Maram karya Syaikh Al-Mubarakfuri
Syarah Bulughul Maram karya Syaikh Al-Mubarakfuri Syarah Bulughul Maram karya Syaikh Al-Mubarakfuri
Terbitan: Raja Publishing
Product Code: Raja Publishing
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 16.5 x 7.7

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM100.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Bulughul Maram karya Syaikh Al-Mubarakfuri | Judul Asal (‘Arab): Ithaaful Kiraam Syarh Bulughul Maram min Adillatil Ahkaam | Penulis (penyusun): Syaikh Shofiyurrohman Al-Mubaarakfuri | Penerbit: Raja Publishing | Berat: 1.3kg | Muka Surat: 1225 m/s. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Tahukah anda, Bulughul Maram karya Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) adalah satu kitab hadis yang paling banyak diterjemahkan ke dalam perbagai bahasa dunia, paling banyak disyarah, dan dita’liq (diberi catatan) oleh para ulama terkemudian. Methode penulisan dan bab-bab atau pasal di dalamnya banyak menjadi ikutan dan rujukan para penulis kitab-kitab fiqh dan hadis terkemudian.

Demikian di Nusantara ini, kitab Bulughul Maram termasuk kitab yang sangat masyhur dijadikan sebagai rujukan dan disyarah dalam kuliah di masjid-masjid dan puasat-pusat pengajian agama.

Ini bukanlah suatu yang aneh sebenarnya, kerana di dalamnya memang memuatkan sejumlah perbahasan fiqh ibadah atau hukum-hakam seharian yang sangat diperlukan oleh setiap muslim seperti thaharah, solat, puasa, haji, zakat, korban, aqiqah, mu’amalah, jual-beli, pernikahan, nafkah, penyusuan, jihad, hudud, makanan dan minuman, sumpah dan nadzar, pengadilan, hamba, adab, zuhud, dzikir dan doa, dan yang lainnya.

Kitab Bulughul Maram ini memang bukan asing bagi para penuntut ilmu, bahkan bagi kebanyakan orang awam sekalipun. Siapa yang tidak pernah mendengar nama penyusunnya, Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah, seorang tokoh ulama terkemuka dalam bidang hadis, tafsir, fiqh, sirah, dan biografi. Kehebatan dan keunggulan kitab beliau, Bulughul Maram terlihat antaranya dari penyusunan dan pembentangan hadis-hadis berbentuk jawami’ul kalim, iaitu hadis-hadis yang mudah dan ringkas namun memuatkan serta mencakupi maksud yang luas, lalu dihuraikan secara tematik dan susunan bab-bab yang sistematik.

Karya ini mendapat perhatian dan pujian dari pelbagai lapisan ulama sezaman dan terkemudian sampai hari ini.

Kerana itulah maka muncul kitab-kitab lain yang mengiringinya berorientasikan penjelas (syarah) dan ta’liq (komentar) kepada hadis-hadis, takhrij, dan bab-bab yang dimuatkan di dalamnya. Ini adalah seumpama kitab Subulus Salam karya Imam Ash-Shan’ani rahimahullah (Wafat: 1182H), salah satu kitab Syarah kepada kitab Bulughul Maram yang sangat masyhur dan menjadi rujukan dunia ilmu, kemudian kitab Taudhihul Ahkam karya Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman Al-Bassam, Fiqhul Islam karya Syaikh ‘Abdul Qadir Suaibah Al-Hamd, Fathul ‘Allam karya Syaikh Muhammad Shiddiq Hasan Khan, Tuhfatul Kiraam karya Syaikh Muhammad Luqman As-Salafi, dan banyak lagi yang lainnya.

Bahkan Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah, Syaikh Soleh Al-Fauzan, dan Syaikh Muhammad Al-Amin Asy-Syanqithi rahimahullah juga turut memiliki Syarah Bulughul Maram yang dibukukan.

Sementara kitab di hadapan kita ini adalah salah satu di antaranya yang turut ikut terlibat dalam mensyarah dan menjelaskan hadis-hadis daripada kitab Bulughul Maram tersebut. Kitab ini dengan judul Ithaaful Kiraam Syarh Bulughul Maram min Adillatil Ahkaam  adalah karya Syaikh Shofiyurrohman Al-Mubaraakfuri dari benua India. Seorang tokoh ulama hadis yang cukup terkenal, terutamanya dengan karya sirah beliau yang menjadi fenomena akhir-akhir ini, Rahiiqul Makhtum dan telah banyak diterjemahkan oleh pelbagai penerbit di negara kita dan negara jiran.

Secara ringkasnya, di sini disebutkan serba sedikit methode penulisan dan penterjemahan kitab Syarah Bulughul Maram oleh Syaikh Shofiyurrohman ini:

1, Bab dan matan ‘arab kitab Bulughul Maram dikekalkan lalu diikuti dengan terjemahan maknawi.

2, Takhrij hadis oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani juga dikekalkan, kemudian ditambah dengan catatan takhrij berdasarkan kitab-kitab Syaikh Al-Albani rahimahumullah.

3, Lalu dikuti dengan huraian dan catatan bagi kalimat dan hadis-hadis kitab Bulughul Maram oleh Syaikh Shofiyurrohman pada bahagian atau format nota kaki dalam methode yang mudah, ringkas, dan ayat bahasa yang menarik lagi tuntas.

4, Penomboran catatan kaki, syarah, dan ta’liq.

5, Komentar tentang rijal atau biografi perawi hadis juga turut diperjelas pada atau dengan format nota kaki.

Ini sekaligus menjadikan kitab ini amat sesuai untuk setiap kalangan pembaca dari peringkat penuntut ilmu pemula, mahupun peringkat tinggi. Perbahasannya ringan dan tidak terlalu membebankan para pembaca, terutamanya yang masih dalam fasa pemula atau yang masih mencari-cari asas dan langkah ke jalan ilmu dan fiqh.

Kemudian, sebagai tambahan bermanfaat. Di bahagian akhir buku ini, disertakan pula daftar nama dan biografi ringkas para imam-imam hadis, kemudian daftar istilah-istilah penting dalam ilmu mustholahul hadits[Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Dan lebih istimewa, edisi terjemahan ini hadir dalam satu (1) jilid tebal sahaja secara lengkap. Tidak sebagaimana edisi-edisi syarah yang lainnya yang kebanyakannya tampil berjilid-jilid tebal. In-syaa-Allaah, semoga dengan ini ia akan memberi manfaat tambahan dan kemudahan yang banyak buat para penuntut ilmu yang ikhlas kerana Allah. Terutamanya untuk para pemula.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net