Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Modul Tajwid (Untuk Pengajaran Anak-anak)

Modul Tajwid (Untuk Pengajaran Anak-anak)
Terbitan: Hikmah Anak Sholih
Product Code: Hikmah Anak Sholih
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14 x 0.2

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM4.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Modul Tajwid (Untuk Pengajaran Anak-anak) | Penulis: Abu ‘Umamah Abdurrohim bin Abdul Qohar Al-Atsary | Penerbit: Hikmah Anak Sholih | Berat: 150g | Muka Surat: 48 m/s. (Soft Cover)


Kandungan modul ini penulis ringkaskan dan terjemahkan dari kitab Qowa’id At-Tajwid ‘ala Riwayat Hafsin ‘An ‘Ashim bin Abin Najuud karya Dr. ‘Abdul ‘Aziz bin Abdul Fattah Al-Qori’, pengajar di Al-Jami’ah Al-Islamiyah di Madinah An-Nabawiyah dengan beberapa tambahan dan perubahan.

Sebahagian ulama mewajibkan berlajar ilmu tajwid kerana pentingnya membaca Al-Qur’an dengan benar. Perkara ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya):

“... dan bacalah Al-Qur’an itu dengan tartil (perlahan-lahan).” (Surah Al-Muzzamil, 73: 4)

‘Ali bin Abi Thalib menjelaskan maksud ayat ini dengan mengatakan, “Membaca Al-Qur’an dengan tartil maksudnya membawakan dan membaguskan sebutan huruf-hurufnya serta mengetahui tempat-tempat berhenti (waqaf).”

Juga firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“... orang orang yang telah Kami berikan Al-Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya.” (Surah Al-Baqarah, 2: 121)

Yang dimaksudkan membaca kitab (Al-Qur’an) yang sebenar-benarnya dalam ayat ini adalah membaca Al-Qur’an bersesuaian atau dengan mengikuti tajwidnya seperti ketika diturunkan atau dibacakan oleh Malaikat Jibril kepada Rasulullah Shallallahu ‘alahi wa Sallam.

Membaca Al-Qur’an bersesuaian dengan tajwid adalah membaca dengan menampakkan huruf-hurufnya bersesuaian dengan tempat keluarnya (makhroj-nya), tidak menambah dan tidak pula menguranginya, memperhatikan panjang dan pendek harokat, tidak main-main dan tidak pula memaksakan diri atau takalluf (memberat-beratkan) ketika membaca.

Maka dari itu, marilah kita pelajari ilmu tajwid ini dengan baik dan benar serta banyak berlatih mengeluarkan (atau membunyikan) huruf-huruf hijaiyah pada tempatnya yang benar.

Semoga buku ini bermanfaat bagi penyusun dan pembaca serta kaum muslimin. Dan semoga buku ini ditulis ikhlash kerana mengharap wajah Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net