Judul: Samudera Hikmah di Balik Jilbab | Penulis: Sufyan bin Fuad Baswedan M.A. | Penerbit: Pustaka Al-Inabah | Berat: 400g | Muka Surat: 218m/s. (Soft cover)
Islam merupakan satu-satunya agama yang memuliakan wanita. Di dalam Islam, wanita ibarat mutiara yang tak ternilai harganya, yang wajib dijaga dan diperlakukan dengan lembut, agar tidak menjadi rosak akibat dijamah oleh tangan-tangan jahat yang ingin mengotorinya.
Perkara ini bertolak-belakang dengan perlakuan yang diberikan oleh masyarakat bukan Islam, sama ada di masa lalu mahupun masa sekarang.
Di antara bukti perhatian, pemuliaan, penghormatan dan penjagaan yang diberikan Islam terhadap kaum wanita adalah perintah agar mereka berhijab. Dengan berhijab, wanita akan lebih dihormati dan disegani sehingga tidak akan diganggu oleh orang-orang yang berhati jahat.
Ini adalah sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam firman-Nya (yang bermaksud):
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya (pakaian yang menutup) ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal (sebagai mukminah), kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (lihat: Surah Al-Ahdzaab, 33: 59)
Bukan rahsia lagi bahawa Barat telah mengalami kehancuran moral sampai ke titik nadir. Mereka tidak lagi mengenal nilai-nilai keluhuran. Segala bentuk penyimpangan moral telah mereka ubah menjadi sesuatu yang halal dan boleh mereka lakukan sekendak hati dan hawa nafsu. Yang menjadi dalil dan alasan adalah kebebasan dan hak asasi.
Kaum wanita Barat tidak lagi punya kehormatan dan kemuliaan sama sekali. Mereka bahkan berperlakuan keji, buruk, dan tidak punya nilai serta menjadi bahan eksploitasi yang amat menjijikkan. Menjadi simbol pemuas hawa nafsu. Lebih jijik dari haiwan. Mereka terpedaya dengan slogan-slogan kebebasan dibuai kesetaraan gender. Akhirnya mereka pun menjadi sama rata setaraf haiwan, bahkan lebih buruk dari haiwan. Kerana haiwan sendiri masih punya fitrah sebagaimana diciptakan, tetapi kaum wanita kafir dari Barat?
Masyarakat barat menyedari bahawa mereka sedang berada di tengah-tengah badai kehancuran moral, dan mereka mengeluhkan hal tersebut. Mereka terjebak dalam slogan kebebasan yang tak punya batas yang mereka hayalkan sendiri. Lebih malang, mereka buntu tidak menemui jalan keluar.
Pelbagai kejahatan dan aksi kriminal yang merupakan kesan dari hal tersebut telah bermaharaja-lela dan tidak lagi dapat dikawal walaupun dengan perundangan. Kerananya, mereka pun merasa iri dan dengki terhadap keadaan kaum Muslimin yang demikian ketat menjaga nilai-nilai akhlak dan keluhuran norma-norma fitrah kemanusiaan, sehingga mereka pun mampu hidup dalam suasana yang aman dan tenang. Sementara kaum wanitanya dari wanita-wanita muslimin terpelihara kehormatannya dan mendapatkan pula perhatian yang selayaknya.
Atas sebab kedengkian dan hasad tersebutlah, maka mereka dari kalangan kaum kafir pun berusaha gigih untuk merenggut kehormatan dan kemuliaan yang selama ini dinikmati oleh kaum muslimin, lalu menulari mereka dengan pelbagai wabak buruk dan racun berbisa bawaan virus kebebasan yang entah di mana pagar sempadannya.
Mereka menimbulkan kerancuan kononnya hijab muslimah adalah simbol penindasan, ketidak-adilan, dan pakaian manusia kolot ketinggalan zaman. Maka ramailah wanita dari wanita-wanita kaum muslimin yang terpedaya lalu mengubah-suai atau menanggalkan langsung jilbab dan hijab syar’i yang memuliakan mereka. Lalu menjadilah mereka termasuk kaum wanita yang sedikit demi sedikit hilang kemuliaan dan harga dirinya. Akhirnya, sedikit demi sedikit terjadilan apa yang berlaku pada hari ini. Pelbagai fitnah buruk timbul hasil dari fitnah-fitnah kaum wanita.
Buku yang berada di hadapan para pembaca ini adalah termasuk salah sebuah buku yang berusaha untuk meluruskan semula persepsi dan tanggapan salah sebahagian masyarakat terhadap hijab yang syar’i. Semoga dengan kehadiran buku ini, serba sebanyak mampu menjadi sumbangan melawan arus “agama baru” hak asasi dalam isu berkaitan.
Di antara kandungan dan topik penting yang dibentangkan penulis adalah:
1, Menyorot keadaan wanita di zaman jahiliyyah.
2, Jenayah zina dan pemerkosaan wanita di negara-negara kafir.
3, Sekali imbas tentang isu pengguguran kandungan dan perceraian rumah tangga.
4, Berjilbab (berpakaian syar’i) menurut kaca-mata Islam; pengetian, kriteria, isu niqah dan menutup wajah.
5, Pelbagai variasi hijab di pelbagai negara Islam.
6, Hukum-hakam hijab.
7, Manfaat dan hikmah di balik hijab yang syar’i.
8, Dialog muslimah berjilbab dengan wanita muslim yang tabarruj.
9, Mukjizat jilbab.
10, Fakta-fakta ilmiyah dan sainstifik yang mengaitkan jilbab dengan kesihatan.
11, Hijab dan masalah sosial.
12, Bencana dan ancaman meninggalkan hijab yang syar’i baik dari sudut agama, akhlak, sosial, mahupun kesihatan.
13, Beberapa ikon contoh; Akhirnya mereka berhijab syar’i...