Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Inilah Faktanya; Meluruskan Sejarah Umat Islam

Inilah Faktanya; Meluruskan Sejarah Umat Islam
Inilah Faktanya; Meluruskan Sejarah Umat Islam Inilah Faktanya; Meluruskan Sejarah Umat Islam Inilah Faktanya; Meluruskan Sejarah Umat Islam Inilah Faktanya; Meluruskan Sejarah Umat Islam Inilah Faktanya; Meluruskan Sejarah Umat Islam
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 2

ISBN: 9786029183375
Availability: Out Of Stock
Price: RM36.00

5 or more RM27.20
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Inilah Faktanya; Meluruskan Sejarah Umat Islam Sejak Wafat Nabi Hingga Terbunuhnya Al-Husain | Judul Asal ('Arab): Hiqbah Minat Taariikh | Penulis: Asy-Syaikh Dr. 'Utsman bin Muhammad Al-Khumais | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 700g | Muka Surat: 418m/s.


Sejarah Islam tidak dapat lepas dari sejarah para Sahabat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam. Salah dalam memahami peristiwa sejarah pada masa mereka tentu akan menyebabkan kekeliruan dalam menafsirkan peristiwa sejarah pada masa-masa berikutnya. 
 
Buku ini menghadirkan pembahasan sejarah pada masa tujuh khalifah setelah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam. Dibentangkan dengan gaya berbeza berbanding biasa yang bercorak mendatar dan terima membuta-tuli, buku ini mencuba meluruskan pemahaman kita selama ini berhubung sejarah Islam khususnya pada era Sahabat secara kritis lagi ilmiyah.
 
Buku ini membimbing kita bagaimana cara yang ideal dan benar dalam membaca sejarah Islam, khasnya sejarah para sahabat. Penulis memulakan kitabnya dengan perbahasan methode ulama silam dalam membukukan sejarah, kaedah membaca sejarah, kitab apa yang harus dibaca, kitab apa yang perlu diwaspadai, kemudian beliau pergi kepada bab seterusnya dengan membahaskan tentang imbasan kitab Tarikh Ath-Thabari karya Imam Ibnu Jarir Ath-Thabari yang merupakan antara rujukan penting berkaitan sejarah di era sahabat. Seterusnya penulis menjelaskan pula Kaedah ahli bid'ah dalam memalsukan sejarah, kaedah menguatkan pembohongan mereka, dan kaedah mengenal pembohongan mereka.
 
Kemudian barulah penulis memasuki fasa perbahasan di dalam kitabnya dengan memulainya dari kisah kerasulan Muhammad Shallalalhu 'alaihi wa Sallam secara imbasan, kemudian masuklah ke dalam perbahasan yang menjadi fokus utama kitab ini iaitu perbahasan tentang sejarah para sahabat yang banyak diselewengkan oleh golongan ahli bid'ah, terutamanya dari kalangan Syi'ah. Yang mana sejarah versi Syi'ah ini pada hari ini sebahagiannya bercampur dan telah sebati dalam pegangan masyarakat awam tanpa sedar! Sehingga ramai di kalangan masyarakat awam dan golongan agamawan pun tertipu dengannya lalu menganggap ia sebagai benar.
 
Peristiwa-peristiwa penting yang dibahaskan melalui buku ini dimulai dari era kekhilafahan Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman, ‘Ali, al-Hasan, Mu’awiyah, sehinggalah ke era pemerintahan Yazid B. Mu'awiyah. Ia dipaparkan secara jelas lagi terperinci di dalamnya. Keberhasilan mereka dalam memimpin umat Islam saat itu dijelaskan dengan begitu lugas!
 
Konflik-konflik yang selama ini kononnya berlaku di kalangan sahabat sehingga ia diisukan sehingga kini juga dibahaskan secara terperinci satu demi satu beserta pencerahan dan bantahan-bantahannya. Paradigma kedudukan, darjat, kesolehan dan ketsiqahan (keboleh-percayaan) para Sahabat juga diterangkan secara jelas lagi ilmiyah di dalam buku ini.
 
Tidak kalah pentingnya, buku ini juga turut meluruskan pelbagai kesimpang-siuran sejarah dan permasalahan yang ditujukan kepada era pemerintahan sepeninggalan Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam. Termasuk konspirasi Yahudi dalam pembunuhan ‘Utsman yang menjadi benih-benih pemberontakan pada masa-masa berikutnya juga turut dibongkar.
 
Dengan membaca buku ini, kita akan sedar betapa kita perlu bersikap kritis dalam membaca peristiwa-peristiwa sejarah Islam, terutamanya yang berbau negatif terhadap kehidupan para Sahabat yang telah mendampingi Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dalam mendakwahkan agama ini.

Selamat menyemak, dan berlapang dadalah... Ambillah sejarah yang benar, tinggalkan sejarah versi pendusta agama dari kalangan ahli bid'ah seperti Syi'ah! Walau ia masyhur sekalipun, seandainya tidak sahih, apalah ertinya melainkan hanya akan memburukkan keadaan saja...
 
Buku ini disusun oleh Syaikh Dr. 'Utsman Al-Khumais, seorang ulama berbangsa Kuwait yang mendapat pendidikan di Universiti  Imam Muhammad Su'ud Al-Islamiyah di Riyadh. Beliau juga sempat berguru secara langsung dengan beberapa ulama terkemuka kontemporari seperti Syaikh Muhammad B. Soleh Al-'Utsaimin, Syaikh Nazhim Al-Misbah, Syaikh Abu Amr Ibrahim Al-Lahim, dan beberapa lainnya.
 
Beliau terkenal sebagai ulama sunni kontemporari yang begitu kuat dan lantang dalam membela sunnah dan menentang bid'ah, khasnya bid'ah-bid'ah bawaan Syi'ah Rafidhah. Nama beliau mula menonjol pada sekitar tahun 1990-an melaui sebuah program debat terbuka di antara kelompok Sunni dengan Syi'ah sekitar isu kontroversi dan konspirasi di sebalik pembunuhan 'Utsman bin 'Affan radhiyallahu 'ahu, isu sekitar Kepimpinan 'Ali, dan sekitar isu kemunculan imam Mahdi antara Syi'ah VS Sunni.
 
Penulis, selain aktif mengajar dan berdiskusi dengan para tokoh ahli bid'ah dari kalangan Syi'ah, beliau juga begitu aktif dalam menghasilkan buku-buku dalam rangka menjelaskan dan bantahan terhadap penyelewengan kaum Syi'ah terhadap Islam. Di antara buku-buku beliau adalah Hiqbah Minat Taariikh, Man Huwal Mahdi Al-Muntadzar, Siyaahah fii Kitaab Al-Kaafi, Mataa Yusriq Nuuruka Ayyuhal Muntadzar, dan beberapa yang lainnya. W/A.
 

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net