Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sifat Shalat Nabi, Seakan-akan Anda Menyaksikannya

Sifat Shalat Nabi, Seakan-akan Anda Menyaksikannya
Sifat Shalat Nabi, Seakan-akan Anda Menyaksikannya
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq (3(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14.5 x 2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM24.00

5 or more RM20.40
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sifat Shalat Nabi, Seakan-akan Anda Menyaksikannya | Judul Asal (‘Arab): Shifatu Shalaatin-Nabiyyi Shallatu ‘alaihi wa Sallama min at-Takbiiri ila at-Tasliimi Ka-annaka Taraahaa | Penulis: Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) | Penerbit: Darul Haq | Berat: 700g | Muka Surat: 404m/s.


Alhamdulillah, kitab Sifat Shalat Nabi karya Syaikh Al-Albani ini yang judul aslinya, “Shifatu Shalaatin-Nabiyyi Shallatu ‘alaihi wa Sallama min at-Takbiiri at-Tasliimi Ka-annaka Taraahaa” adalah termasuk buku yang mendapat sambutan hebat dalam pasaran antarabangsa mahupun dalam negara. Ia termasuk buku yang menjadi fenomena besar. Edisi terjemahannya pun telah mencecah belasan terbitan di peringkat Nusantara ini dan telah mendapat ulang cetak yang banyak, bahkan sehingga lebih 50 kali ulang-cetak bagi edisi terjemahan/terbitan terawalnya.

Jadi, secara ringkas bagi edisi terbitan Darul Haq ini:

1, Bagi edisi terbitan/terjemahan ini, ia diterjemahkan dari naskhah asli cetakan terkini. Dan secara peribadi, kami di Galeri Buku Atsar menilai bahawa ini adalah edisi terjemahan terbaik bagi kitab ini (untuk setakat ini) berbanding edisi terjemahan yang lainnya, insyaAllah.

2, Teks ‘Arab bagi ayat Al-Qur’an, hadis dan riwayat-riwayat dituliskan secara lengkap sehingga dapat membantu para pembaca membuat semakkan lanjutan dan mengambil manfaat secara maksimum.

3, Editing yang kemas dan cantik.

4, Dilengkapi dengan perbahasan sifat wudhu’ Rasulullah dan dzikir-dzikir serta doa-doa sebaik selesai solat (setelah salam).

5, Dilengkapi dengan gambar-gambar atau ilustrasi berkaitan bagi membantu kefahaman para pembaca.

6, Dilengkapi dengan biografi penulis (Syaikh Al-Albani).

Kenapa memilih buku ini?

Buku ini merupakan terjemahan kitab “Shifatu Shalaati an-Nabiyyi shallatu ‘Alaihi wa Sallama min at-Takbiiri at-Tasliimi Ka-annaka Taraahaa”, karya/susunan Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah yang telah beliau semak/revisi, iaitu merupakan edisi terakhir semakan oleh beliau dan telah diringkaskan (oleh Syaikh Al-Albani sendiri) bagi memudahkan kefahaman para penuntut ilmu pemula tanpa meluputkan sisi ilmiyah dan keasliannya (berbanding edisi awal setebal 3 jilid lengkap).

Buku ini memaparkan hadis-hadis sahih berkaitan tata cara solat Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam, diikuti fiqh (kefahaman hadis-hadis) dari kitab-kitab muktabar 4 mazhab. Ia dihimpunkan dan dibukukan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah diikuti tahqiq dan rincian kesimpulan oleh beliau.

Keistimewaan buku ini tidak hanya pada seruannya untuk merealisasikan hadis sahih:

“Solatlah sebagaimana kalian melihat aku (Nabi) solat.”...

tetapi juga terletak pada kekuatan muqaddimahnya yang menyeru untuk menghidupkan dan mendahulukan sunnah-sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam seluruhnya dengan sedaya-upaya.

Boleh dikatakan bahawa buku ini amat penting dan perlu dimiliki oleh setiap umat Islam. Ia mengutarakan sebuah perbahasan ilmiyah lagi membuka mata. Olahannya yang baik dan jelas digarap berpandukan dalil-dalil yang sahih dari Al-Qur’an dan As-Sunnah. Ia merupakan sebuah buku yang amat kukuh perbahasan dan methodologi pembentangannya. Setiap dalil-dalil hadisnya dijelaskan status kesahihannya secara ilmiyah (berpandukan methodologi ahli hadis) sehingga kita berasa yakin untuk mengamalkannya tanpa ragu-ragu. Di samping itu, kita juga akan dapat menuai banyak sekali faedah hadis dan ilmunya yang menyulami setiap perbahasan saat menelitinya.

Apa yang lebih menarik, Syaikh Al-Albani memulakan bukunya ini dengan muqaddimah sepanjang hampir lebih 99 muka surat (merujuk kepada edisi terjemahan ini). Dalam muqaddimah tersebut beliau menjelaskan sekitar persoalan manhaj dan prinsip-prinsip beragama yang sangat penting. Beliau membawakan hadis-hadis nabi berserta fatwa-fatwa para imam mazhab yang empat agar kita tidak taksub dengan mana-mana tokoh agama. Sebaliknya tetap istiqamah di atas hujah-hujah agama yang jelas dengan berkomitmen di atas dalil-dalil al-Qur’an dan as-Sunnah yang difahami dengan prinsip-prinsip ahlus sunnah wal-jama’ah.

Di antaranya beliau memetik dan mengulas perkataan Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) yang bermaksud:

“Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)

Penjelasan dalam bab ini sekaligus membuka mata dan fikiran kita, “Sejauh manakah solat yang kita praktikkan pada hari ini menepati tatacara sifat solat Nabi dan para sahabatnya?” Adakah yang kita amalkan selama ini benar-benar menepati sunnah Rasulullah? Apa dalil dan landasannya? Kenapa adakalanya solat aku berbeza dengan tatacara solat orang yang lain? Ada yang begitu, dan ada yang tidak begini? Maka, buku ini bakal membantu anda merungkai persoalan tersebut secara tuntas dan ilmiyah, insyaAllah.

Selain itu, pada muqaddimah tersebut, beliau turut menjelaskan tentang adab-adab dan prinsip-prinsip yang harus dipegang dalam menghadapi kepelbagaian pandangan ulama yang saling berbeza pendapat. Turut dimuatkan oleh beliau adalah jawaban-jawaban ilmiyah sekitar isu-isu manhaj, syubhat-syubhatnya, dan kaedah menyikapinya.

Setelah itu barulah beliau memulakan kitabnya ini dengan bab perbahasan-perbahasan tatacara solat yang dilandasi dengan dalil-dalil yang jelas dari al-Qur’an dan al-hadis. Bukan sekadar ikut-ikutan dari tokoh si fulan, ulama si fulan, guru si fulan, atau cikgu si fulan semata-mata. Tetapi setiap apa yang diikut perlulah berdasarkan dalil-dalil yang jelas walau siapapun yang berkata.

Perbahasan yang beliau bentangkan bermula dari sekitar bab berdiri menghadap Kiblat, solat di atas perahu/kenderaan, solat orang yang sakit/udzur, solat dengan berkasut, kewajiban solat menghadap sutrah, kewajiban berniat, dan kemudian diteruskan dengan perbahasan gerakan/tatacara solat seperti tatacara takbir yang sahih, cara meletakkan tangan ketika berdiri, kaedah bersedekap yang betul, doa-doa istiftah yang sahih dari nabi, hukum membaca al-fatihah, diikuti dengan setiap tatacara-tatacara seterusnya sehinggalah salam. Setiap tatacara ini tidak dibahaskan secara kosong dan sambil lewa, tetapi dibentangkan dengan penuh nilai-nilai ilmu di mana setiap tatacara memiliki dalil-dalilnya yang jelas.

Untuk edisi buku dengan perincian perbahasan status hadis yang lebih meyakinkan, boleh juga dapatkan edisi asal (edisi tulisan yang mula-mula disusun oleh Syaikh al-Albani) - dengan judul Ashlu Shifati Sholatin Nabi.

Pujian Ulama Terhadap Keilmuan Penulis

Seorang ulama hadis, Syaikh ‘Abdush Shomad Syarafuddin, pentahqiq dan peneliti manuskrip Kitab Sunan Al-Kubra karya Imam An-Nasaa’i rahimahullah. Beliau pernah menulis surat kepada Syaikh Al-Albani rahimahullah seperti berikut:

“Telah sampai sepucuk surat kepada Syaikh ‘Ubaidullah Ar-Rahmani, ketua Jami’ah As-Salafiyah (Universiti As-Salafiyah) dan penulis Mir’qah Al-Mafaatih Syarh Misykah Al-Mashabih sebuah pertanyaan dari lembaga fatwa Riyadh Saudi Arabia tentang hadis yang sangat aneh lafaznya, agung maknanya, dan memiliki hubungan erat dengan zaman kita. Maka, seluruh ulama di sini semua bersepakat untuk mengajukan pertanyaan tersebut kepada seorang ahli hadis yang paling besar abad ini, iaitu Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah, ‘alim Rabbani.” (Muhammad bin Ibrahim ays Syaibani, Hayatul Albani, 2/67)

Memang demikianlah, kerana keilmuan beliau dalam bidang hadis memang diperakui kawan mahupun lawan.

Syaikh Al-Albani rahimahullah, karya beliau dalam bidang hadis cukup dikenali dan tersebar ke serata dunia. Karya-karya beliau dalam pelbagai lapangan ilmu mencecah lebih 200 buah dari yang kecil sampailah yang berjilid-jilid tebalnya. Semakkan, tahqiq, dan hasil penelitian beliau ke atas kutubus sittah (6 kitab hadis yang utama) telah membuat masyarakat terjaga dari tidur. Bidang kajian hadis kembali dihidupkan di zaman ini. Seruan beliau agar masyarakat kembali kepada sunnah Rasulullah yang sahih disambut baik oleh pelbagai lapisan masyarakat umat Islam dari seluruh dunia.

Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani (rahimahullah), beliau seorang tokoh ulama abad ini yang menghabiskan hampir seluruh umurnya demi ilmu-ilmu agama yang syar’i terutamanya di bidang kajian dan penelitian hadis. Masanya dipenuhi duduk di perpustakaan dan juga kerja-kerja mengkaji manuskrip, meneliti, membaca, dan menulis kitab-kitab bermanfaat untuk agama dan ummat.

Syaikh Muhibbuddin Al-Khathib rahimahullah mengatakan:

“Di antara para da’i (pendakwah yang menyeru) kepada as-Sunnah, yang menghabiskan hidupnya demi bekerja keras untuk menghidupkannya adalah saudara kami Abu ‘Abdurrahman Muhammad Nashiruddin bin Nuh Najati Al-Albani.” (Shahih At-Targhib Wa At-Tarhib, jilid 1 (Mukaddimah))

Syaikh Al-Albani, seorang tokoh tersohor dan diperakui keilmuannya oleh pelbagai kalangan ulama sezaman dan setelahnya. Apabila berhujah, sunnah-sunnah Rasulullah serta atsar-atsar salaf sentiasa menjadi hujah dukungan beliau. Demikianlah Allah mengurniakan kepada kita seorang ulama yang teguh manhajnya di atas sunnah dan jalan para salaf. Walhamdulillah, banyak sekali pujian para ulama ke atas beliau. Antaranya:

Mufti tersohor Saudi ‘Arabia di masanya; Syaikh Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baaz rahimahullah pernah mengatakan:

“Aku tidak pernah mengetahui seorang pun di atas bumi ini yang lebih alim dalam bidang hadis pada masa sekarang yang menandingi Syaikh Al-Albani rahimahullah.” (Majalah Ash-Shalah (Jordan), th. 4, Edisi 23 Sya’ban 1420H, m/s. 76)

Malah beliau turut mengungkapkan, “Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani adalah mujaddid zaman ini menurut jangkaanku, wallahu a’lam.”

Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah pula mengungkapkan tentang Syaikh Al-Albani:

“Beliau adalah ahli hadis negeri Syam, pemilik ilmu yang sangat luas tentang hadis secara riwayah dan dirayah. Allah Ta’ala menganugerahkan manfaat yang banyak kepada manusia melalui karya-karya ilmiyahnya berupa ilmu dan dorongan mempelajari ilmu hadis.” (Muhammad bin Ibrahim ays-Syaibani, Hayatul Albani, 2/543)

Beliau juga mengatakan:

“Aku belum pernah mendapati ada seorang pun yang menandinginya di zaman ini.” (Kaset Majalis Huda wa Nur Aljazair, no. 4 – bertarikh: 9 Rabi’ul Awwal 1420H)

Demikian juga yang diungkapkan oleh Syaikh ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbad Al-Badr hafidzahullah, seorang ulama hadis di Madinah dan guru di masjid Nabi pada masa ini. Beliau mengatakan:

“Aku tidak menjumpai orang pada abad ini yang menandingi kedalaman penelitian hadis Syaikh Al-Albani.” (Rifqan Ahlas Sunnah bi Ahlis Sunnah, m/s. 35-36)

Kemudian Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah, seorang tokoh ulama hadis dari negeri Yaman juga turut mengatakan tentang Syaikh Al-Albani rahimahullah. Kata beliau:

“Demikian pula dalam bidang hadis, orang yang paling menguasai ilmunya di zaman ini adalah Asy-Syaikh Nashiruddin Al-Albani hafidzahullaahu Ta’aala. Kerana itu kami menganjurkan kepada seluruh penuntut ilmu untuk memberikan perhatian yang sungguh-sungguh terhadap kitab-kitab beliau dan mengambil faedah darinya. Dan mana-mana maktabah (perpustakaan) yang di dalamnya tidak terdapat kitab Syaikh Nashiruddin Al-Albani maka perpustakaan tersebut termasuk perpustakaan yang miskin. Semoga Allah membalas beliau dengan kebaikan atas usaha beliau untuk Islam dan kaum muslimin.” (Ijaabatus Saa’il ‘alaa Ahammil Masaa’il, m/s. 560, no. 318 – Cet. 2, Daar Al-Haramain (Qaahirah))

Subhanallah, demikialanh... Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya untuk beliau.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net