Senarai Penerbit
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tafsir Ibnu Katsir Edisi Lux Ekslusif

Tafsir Ibnu Katsir Edisi Lux Ekslusif
Tafsir Ibnu Katsir Edisi Lux Ekslusif Tafsir Ibnu Katsir Edisi Lux Ekslusif Tafsir Ibnu Katsir Edisi Lux Ekslusif Tafsir Ibnu Katsir Edisi Lux Ekslusif
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Availability: In Stock

Dimensions(cm)(L x W x H): 30.00 x 21.00 x 3.00
Weight(kg):  12.000

Price: RM800.00 RM690.00
Qty:  
   - OR -   

Judul: Tafsir Ibnu Katsir Edisi Lux Ekslusif | Judul Asal: Lubabut Tafsir min Ibn Katsir (Tafsir Ibnu Katsir) | Penulis: al-Hafiz Ibnu Katsir | Tahqiq: Syaikh Dr. ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh | Penerbit: Pustaka Imam asy-Syafi'i | Berat: 12kg | Muka Surat: 6 Jilid Lengkap. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]


Al-Hafiz ‘Imaduddin Abul Fida’ Isma’il bin ‘Umar bin Katsir (Ibnu Katsir) adalah salah seorang ulama pada kurun 700 hijriyah yang telah berjaya melakukan kajian tafsir dengan sangat mendalam lagi terperinci yang mana tafsirnya dilengkapi dengan banyak hadis-hadis dan fatwa-fatwa sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in yang masyhur.

Ini menjadi bukti akan ketelitian ilmunya dalam bidang Tafsir, al-Hadis, dan atsar. Malah sekiranya disebut saja nama Ibnu Katsir, nescaya melambunglah pujian ahli ilmu terhadap beliau. Ketokohannya dalam bidang tafsir tidak sedikit pun diragui. Jika diajukan kepada para ulama ahli sunnah wal-jama'ah, kitab tafsir manakah yang sepatutnya dibaca dan dicadangkan untuk para penuntut ilmu? Nescaya mereka akan menyebut dan mencadangkan agar ditela'ah Tafsir Ibnu Katsir ini.

Methode tafsir yang beliau gunakan adalah methode murni ahli sunnah wal-jama'ah, iaitu kaedah tafsir al-Qur'an dengan al-Qur'an, al-Qur'an dengan al-Hadis atau sunnah, dan Tafsir al-Qur'an dengan atsar, iaitu penafsiran berdasarkan fatwa-fatwa para sahabat, tabi'in, dan tabi'uit tabi'in. Selain penafsiran dengan pemahaman bahasa yang tuntas.

Mengenangkan kehebatan dan keagungan tafsir ini, maka ia pun diterjemahkan untuk manfaat bersama. Jadi dengan itu, diharapkan agar ianya dapat mencapai tujuan yang tinggi dan mulia, iaitu menyampaikan maksud firman Allah Ta’ala melalui manhaj yang lurus dan benar di atas manhaj fahaman ulama ahli sunnah wal-jama'ah generasi awal.

Tafsir ini diterjemahkan dari kitab versi arab hasil tahqiq, semakkan, dan himpunan oleh Syaikh Dr. ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh.

Melalui semakkan yang beliau lakukan, beliau membiarkan apa yang seadanya dari kalimat-kalimat asal yang ditulis oleh al-hafiz Ibnu Katsir sendiri, dan dalam masa sama menghilangkan beberapa perkara yang dianggap tidak perlu, dan ini melibatkan seperti cerita-cerita israiliyyat, cerita-cerita yang tidak diketahui asalnya, dan sebahagian hadis-hadis dha’if (lemah dan tidak sahih). 
[Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Setelah dilakukan tahqiq dan semakkan oleh Syaikh Dr. ‘Abdullah bin Muhammad, beberapa penambahan telah dibuat iaitu:

1, Penafsiran tiga ayat dari surat al-Ma'idah. Nombor ayat-ayat tersebut adalah 97, 98, 99, dan akhir dari ayat 96.

2, Mentakhrij lebih dari 300 hadis yang dikemukakan penulis tafsir ini (iaitu Ibnu Katsir) yang tidak memiliki sebarang komentar darinya.

3, Menisbatkan qira'at dan riwayatnya kepada para tokohnya secara terperinci dan teliti, yang oleh penulis buku ini disampaikan secara ijmal (ringkas).

4, Menafsirkan lafaz-lafaz yang ditulis dalam kitab ini yang mana sukar difahami maksudnya oleh para penuntut ilmu.

5, Melakukan ralat (pembetulan) terhadap beberapa bentuk kesalahan dalam kitab berkenaan dengan qira'at atau pun yang lain.

[*] Bagi edisi Ekslusif ini, ia didatangkan dengan rekabentuk ekslusif dengan cover yang cantik, warna ekslusif, helaian kertas kuning yang menawan, editing yang cantik, dan tulisan berwarna di dalam.

Tafsir Ibnu Katsir Menurut Syaikh Shafiyurrahman al-Mubarakfuri

“Sesungguhnya al-Qur’an yang mulia adalah kitab paling agung yang dengannya Allah memuliakan umat Islam ini. Al-Qur’an adalah kitab mulia yang tidak datang kepadanya kebathilan sama ada dari depan atau pun dari belakangnya, diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji, dan memberikan petunjuk ke jalan yang paling lurus. Dan sesiapa yang meninggalkannya, sungguh dia berada dalam kerugian.

Umat Islam telah memberikan perhatian yang tiada tara terhadap al-Qur’an sejak generasi Salaf yang telah berlalu dari umat ini. Para ulama umat ini telah membahaskan tentang al-Qur’an sama ada dalam permasalahan hukum-hakam, penjelasan, nasihat, faedah, pelbagai peristiwa dan kejadian, ibarat (perumpamaan), mukjizat, i’rab (huraian perkataan), pelbagai jenis qira’at (jenis bacaan), kepelbagaian lahjah (loghat), sehingga keadaan geografi tempat-tempat yang disebutkan di dalam al-Qur’an, dan masih banyak lagi perbahasan-perbahsan lainnya.

Tafsir Ibnu Katsir merupakan kitab paling penting yang ditulis dalam bab tafsir al-Qur’an, paling agung, paling banyak pula diterima dan tersebar di tengah-tengah umat ini. Kerana Ibnu Katsir rahimahullah adalah seorang yang ahli tentang ilmu-ilmu al-Qur’an dan as-Sunnah, serta ilmu tentang sejarah umat-umat terdahulu dan yang akan datang, ditambah lagi dengan kurniaan Allah ke atas beliau berupa pandangan yang tajam dan mendalam tentang sunnatullah yang terjadi berkaitan dengan kemaslahatan, kerosakan, kemajuan, kemunduran, serta kehancuran umat ini.

Beliau memiliki pengetahuan yang luas atas apa yang diisyaratkan pada dasar-dasar perbahasan sebelumnya. Dan beliau rahimahullah memilih riwayat-riwayat tafsir yang ma’tsur (yang datang daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) dalam menafsirkan al-Qur’an. Beliau banyak membawa hadis-hadis yang marfu’ (bersambung sampai kepada Nabi), perkataan-perkataan para salaf ash-Sholeh dari kalangan sahabat, tabi’in, dan para imam pembawa petunjuk yang datang setelah mereka serta dari kalangan ulama yang memiliki kekuatan ilmu dan pandangan dalam bidang tafsir al-Qur’an dengan tidak mengabaikan sisi-sisi lain yang telah kami sebutkan. Oleh kerana itulah tafsir ini merangkum dua seni riwayah dan dirayah, serta manqul dan ma’qul. Kaum muslimin dapat menuai faedah yang sangat besar, dan kitab tafsir ini dapat diterima serta mendapat perhatian yang lebih berbanding dari kitab-kitab tafsir lainnya.” (Mukaddimah al-Mishbah al-Munir fii Tahdzib Tafsir Ibnu Katsir)

Menurut Syaikh Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah (Wafat: 1377H)

“Menurut kami, Tafsir al-Hafiz Ibnu Katsir adalah kitab Tafsir yang paling bagus, indah, dan lengkap setelah Tafsir Imam para ahli Tafsir, iaitu Abu Ja’far ath-Thabari. Kami tidak bertujuan membandingkan antara keduanya, atau antaranya dengan yang lainnya, kerana menurut kami, tidak ada tafsir yang dapat menyamai keduanya, atau bahkan menghampirinya.

Al-Hafiz Ibnu Katsir telah berusaha dengan gigih untuk menafsirkan al-Qur’an dengan al-Qur’an, kemudian dengan as-Sunnah yang sahih yang merupakan keterangan dan penjelas al-Qur’an. Selanjutnya beliau menyebutkan perkataan para ulama salaf tentang tafsir ayat-ayat yang ada.

Beliau juga membawakan banyak hadis (pada banyak tempat di dalam tafsirnya) berserta sanad-sanadnya dari kitab-kitab as-Sunnah dan sumbernya. Beliau banyak mengemukakan alasan kedha’ifan hadis, akan tetapi beliau sangat bersungguh-sungguh untuk menyebutkan hadis-hadis yang sahih walaupun dalam masa yang sama turut menyertakan hadis-hadis yang dha’if bersama. Maka kitab beliau tersebut (di samping merupakan kitab Tafsir al-Qur’an), ia juga sekaligus sebagai ilmu dan petunjuk bagi para penuntut ilmu hadis. Darinya dapat diketahui kaedah menganalisa dan meneliti sanad-sanad dan matan-matan hadis, serta mengetahui perbezaan hadis-hadis sahih dan selainnya. Jadi, dilihat dari makna ini, maka ia adalah kitab yang memberi pelajaran yang agung dan manfaatnya besar sekali.” (Mukaddimah ‘Umdatut Tafsir ‘an Al-Hafiz Ibn Katsir)

Sepintas lalu tentang Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah

Beliau adalah Imam al-Hafiz Abu al-Fida’ Imaduddin Isma’il B. ‘Umar B. Katsir al-Qurasyi al-Bushrawi ad-Dimasyqi, yang lebih dikenal dengan nama Ibnu Katsir. Beliau lahir pada tahun 701H (1302H) di Mijdal, sebuah tempat di Kota Bashrah. Beliau kemudian menetap, belajar, dan mengajar di Damaskus.

Pada usia 4 tahun, ayah beliau meninggal sehingga kemudian beliau diasuh oleh pak ciknya, Syaikh ‘Abdul Wahhab. Pada tahun 706H, beliau pindah dan menetap di kota Damaskus. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Riwayat Pendidikan

Ibn Katsir tumbuh membesar di kota Damaskus. Di sana, beliau banyak menimba ilmu dari para ulama di kota tersebut, salah satunya adalah Syaikh Burhanuddin Ibrahim al-Fazari yang lebih dikenal dengan nama Ibnul Farkah (Wafat: 729H).

Beliau juga menimba ilmu dari ‘Isa B. Muth’im, Ibn Asyakir, Ibn Syairazi, Ishaq B. Yahya bin al-Amidi, Ibn Zarrad, al-Hafiz adz-Dzahabi (Wafat: 748H) serta Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah (Wafat: 728H). Selain itu, beliau juga belajar kepada Syaikh Jamaluddin Yusuf B. Zaki al-Mizzi (Wafat: 742H), salah seorang ahli hadis di Syam. Syaikh al-Mizzi ini kemudian menikahkan Ibn Katsir dengan putrinya.

Selain Damaskus, beliau juga belajar di Mesir dan mendapat ijazah dari para ulama di sana. Antara guru beliau di Mesir adalah Abu Musa al-Qarafi, Abu al-Fat-h ad-Dabbusi, dan ‘Ali B. ‘Umar as-Sawani.

Tahap Keilmuan Beliau

Berkat kegigihan belajarnya, akhirnya beliau menjadi ahli tafsir ternama, ahli hadis, penulis sejarah ulung, serta ahli fiqih besar di abad ke-8H. Kitab beliau dalam bidang tafsir adalah Tafsir al-Qur’an al-‘Azdim yang menjadi kitab tafsir terbesar dan tersahih hingga saat ini, di samping kitab tafsir Muhammad B. Jarir ath-Thabari. Bahkan sebahagian ulama mengatakan bahawa tafsir beliau adalah ringkasan kepada karya besar Tafsir ath-Thabari tersebut.

Para ulama mengatakan bahawa tafsir Ibnu Katsir adalah sebaik-baik tafsir yang ada di zaman ini, kerana pelbagai keistimewaan dan khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya.

Keistimewaan yang paling utama terkandung di dalamnya adalah beliau menafsirkan al-Qur’an dengan al-Qur’an (di satu ayat dengan ayat-ayat yang lain), menafsirkan al-Qur’an dengan as-Sunnah (hadis-hadis Nabi), kemudian dengan perkataan para salaf ash-sholeh (pendahulu kita yang soleh, yakni para sahabat, tabi’in, dan tabi’ut tabi’in), kemudian dengan kaedah-kaedah bahasa Arab.

Karya-karya Ibnu Katsir

Selain Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, beliau juga turut menulis banyak kitab-kitab lain yang sangat bermanfaat, berkualiti, dan menjadi rujukan bagi generasi setelah beliau sehinggalah saat ini, di antaranya adalah al-Bidayah Wa an-Nihayah yang memuatkan kisah awal permulaan penciptaan dan awal dunia, kisah-kisah para nabi dan umat-umat terdahulu, sehinggalah kisah-kisah yang akan datang ketika saat menjelangnya kiamat dan fitnah-fitnahnya.

Kemudian, kitab Jami’ Al-Masaanid yang berisi himpunan hadis-hadis merangkumi Musnad Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya’la, Mushannaf, berserta Kutubus Sittah.

Seterusnya, Ikhtishar ‘Ulum al-Hadits tentang ilmu hadis yang merupakan ringkasan dari karya Imam Ibnu ash-Sholah. Kemudian kitab Thabaqaat asy-Syafi’iyyah. Takhrij kitab at-Tanbih fii fiqh asy-Syafi’iyyah. [Hak susunan Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Yang lainnya lagi, kitab At-Takmiil fii Ma’rifatits Tsiqaat wa adh-Dhu’afaa wal Majaahil dalam bidang ilmu jarh wat-Ta’dil, Risalah Fi al-Jihad tentang jihad dan masih banyak lagi lainnya.

Pujian Para Ulama Ke Atas Beliau

Keilmuan dan kesolehan al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah telah pun diakui para ulama sejak di zamannya serta begitu ramai lagi para ulama setelahnya. Antaranya, Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) berkata:

“Beliau adalah seorang imam dan seorang mufti (pemberi fatwa), ulama hadis yang pakar, faqih yang luas pandangannya, ahli tafsir, dan beliau memiliki banyak sekali tulisan yang bermanfaat.”

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) berkata:

“Beliau sentiasa menyibukkan diri dengan hadis, menela’ah matan dan rijal hadis. Beliau adalah orang yang memiliki hafalan yang banyak, kecerdasannya bagus, memiliki banyak karya tulis semasa hayatnya, dan telah memberikan manfaat yang sangat banyak kepada orang-orang setelah beliau.”

Salah seorang muridnya, Abu al-Mahasin Jamaluddin Yusuf Ibn Syihabuddin berkata, “Beliau adalah Syaikh, al-Imam, Al-‘Allamah Imaduddin Abu al-Fida’. Seorang ulama yang banyak menulis (berkarya), sentiasa bekerja, meraih ilmu dan menulis, pakar dalam bidang fiqh, tafsir, dan hadis. Beliau mengumpulkan, mengarang, mengajar, dan menyampaikan hadis serta menulis. Beliau memiliki telahan yang sangat luas dalam ilmu hadis, tafsir, fiqh, bahasa ‘Arab, dan ilmu-ilmu lainnya. Beliau mengeluarkan fatwa dan mengajar sehingga wafat. Semoga Allah merahmati beliau. Beliau dikenal sebagai ulama yang memiliki hafalan yang kuat dan tulisan yang bagus. Beliau telah mencapai puncak dalam ilmu sejarah, hadis, dan tafsir.”

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net