Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Anakku! Sudah Tepatkah Pendidikannya?

Anakku! Sudah Tepatkah Pendidikannya?
Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir
Product Code: Pustaka Ibnu Katsir
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 17 x 3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM40.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Anakku! Sudah Tepatkah Pendidikannya? | Judul Asal ('Arab): Fiqh Tabiyah al-Abna' wa Thaifah min Nasha'ihi al-Athibba'i | Penulis: Syaikh Musthofa al-'Adawi | Penerbit: Pustaka Ibnu Katsir | Berat: 1kg | Muka Surat: 544m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Buku ini judul asalnya adalah: Fiqh Tabiyah al-Abna' wa Thaifah min Nasha'ihi al-Athibba'i, karya Syaikh Musthofa al-'Adawi. Buku ini menyusun sebuah perbahasan yang sangat penting dan bermanfaat di dalam hal-ehwal memberi didikan kepada anak-anak berdasarkan panduan dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam.
 
Anak merupakan kurniaan Allah dan sekaligus salah satu bentuk ujian bagi manusia. Dalam Islam, anak merupakan amanah yang menjadi tanggungjawab ibu/bapanya. Ketika pertama kali dilahirkan ke dunia, seorang anak berada dalam keadaan fitnah yang berhati suci lagi bersih, ibarat kertas putih bersih yang bersedia untuk dituliskan apapun di atasnya. Kedua orang tuanyalah yang memegang peranan penting pada perkembangannya, adakah keduanya akan mempertahankan fitrah dan kesucian hatinya, ataukah merosak dan mengotorinya.
 
Sebagaimana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

ما من مولود إلا يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه كما تنتج البهيمة بهيمة جمعاء هل تحسون فيها من جدعاء

“Tidak ada bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah (Islam), lalu ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani (Kristian), atau Majusi, sebagaimana seekor haiwan ternakan melahirkan anaknya yang sempurna sifat, adakah kamu rasa akan ada yang mejadikannya cacat dengan sendirinya?” (Shahih al-Bukhari & Muslim)

Pendidikan terhadap anak-anak merupakan agenda yang penting dalam kehidupan berumah-tangga. Ini kerana salah satu tujuan utama pernikahan itu sendiri adalah supaya lahirnya keturunan yang dengannya akan menjadi generasi penerus. Namun ironinya dalam pandangan kebanyakan ibu/bapa dalam masyarakat kita, pendidikan yang wajar dan baik adalah dengan menghantar anak bersekolah (belajar) di sekolah-sekolah terkenal. Dengan demikian anak tersebut akan memiliki prestasi yang baik, sehingga nantinya memiliki masa depan yang “berjaya dan terjamin.” Tanpa peduli sama ada sekolah tersebut mengajarkan nilai-nilai Islam/aqidah (yang benar) ataupun tidak.
 
Ukuran kejayaan dalam pandangan mereka adalah ketika seseorang berjaya secara material (berkerjaya dan memiliki kemewahan), atau memiliki jawatan/kedudukan yang tinggi. Mereka akan sangat bangga dan merasa berjaya mendidik dan membesarkan anak-anak mereka. Mereka tidak lagi peduli/risau adakah anak-anak mereka mengerti dan mematuhi tuntunan agamanya, atau semakin jauh dari itu semua dan meninggalkannya. Apalah ertinya kejayaan dalam kehidupan dunia yang singkat ini, sekiranya hanya ditempuh dengan cara yang membawa kepada akibat sengsara tiada akhir di Akhirat kelak.
 
Kejayaan yang hakiki adalah ketika seseorang pertama kali menjejakkan kakinya di Syurga. Maka dari itu, adalah menjadi kewajiban dan tanggungjawab orang tua untuk memberikan perhatian yang lebih terhadap pendidikan agama anak-anaknya, melebihi perhatiannya terhadap perkara-perkara yang lain. Sungguh sangat menghairankan sikap sebahagian ibu/bapa, yang bersedih dan menangis ketika tubuh anaknya sakit atau mati. Padahal mereka mendakwa sangat mencintai dan menyayangi anak-anak tersebut. Maka, adakah tindakan membiarkan hati dan jiwa menjadi sakit, bahkan mati, sehingga menjadikan anak-anak terjerumus ke dalam kesengsaraan, dapat dikatakan sebagai ungkapan cinta dan kasih sayang?!
 
Maka, buku di hadapan anda ini adalah merupakan bimbingan dan panduan yang sangat berharga lagi bermanfaat. Khasnya buat ibu/bapa di dalam usaha mendidik anak-anak. Yang disusun oleh seorang ulama dari bumi Mesir. Semoga dengan membaca, meneliti, dan memahami buku ini, kita akan mampu mengetahui “adakah sudah tepat cara kita dalam mendidik anak, ataupun sebaliknya?”. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net