Senarai Penerbit
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Jihad Dalam Syari'at Islam

Jihad Dalam Syari'at Islam
Jihad Dalam Syari'at Islam
Terbitan: Pustaka At Taqwa
Availability: In Stock

Dimensions(cm)(L x W x H): 20.00 x 15.00 x 3.00
Weight(kg):  0.400

Price: RM36.00
Qty:  
   - OR -   

Judul: Jihad Dalam Syari'at Islam | Penulis: Ustaz Yazid B. 'Abdul Qadir Jawas | Penerbit: Pustaka At-Taqwa | Berat: 0.4kg | Muka Surat: 91m/s.


Kata al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H):
 
"Orang-orang yang berjihad di jalan Allah Ta'ala adalah para tentera Allah yang menegakkan agama Islam ini. Mereka melawan serangan musuh-musuh Allah, menjaga kehormatan Islam, dan melindunginya. Mereka adalah orang-orang yang memerangi musuh-musuh Allah agar agama ini seluruhnya menjadi milik Allah semata dan hanya kalimat Allahlah yang tertinggi.
 
Mereka telah mengorbankan diri mereka dalam rangka mencintai Allah Ta'ala, membela agama Allah, meninggikan kalimat Allah, dan menentang musuh-musuh Allah. Mereka mendapat limpahan pahala dari setiap orang yang mereka lindungi dengan pedang-pedang mereka pada setiap perbuatan yang mereka usahakan walaupun mereka tetap tinggal di dalam rumah-rumah mereka.
 
Dengan berjihad dan usaha penaklukan yang mereka lakukan, mereka mendapat pahala orang-orang yang beribadah kerana dengan usaha merekalah orang-orang dapat beribadah kepada Allah dengan aman dan tenang." (Ibnu al-Qayyim, Thariiqul Hijratain wa Babus Sa'aadatain)
 
Tetapi perlu diingat dan diketahui bahawa perintah dan pensyari'atan jihad yang mulia ini tidak hanya datang dengan perintah tanpa kaedah dan syarat-syaratnya. Jihad di jalan Allah bukan dengan bom bunuh diri, bukan dengan memerangi orang awam tidak ketahuan hala. Tidak juga dengan mengadakan demonstrasi-demonstrasi jalanan mengganggu orang awam. Malah tidak juga dengan menaiki mimbar-mimbar masjid dengan mencaci dan mencela pemerintah Islam.
 
Lalu apakah dia jihad di jalan Allah yang sebenarnya? Jihad bukanlah dengan hawa nafsu, tetapi jihad yang benar itu adalah kerana tujuan meninggikan kalimat tauhid... Oleh itu, dapatkanlah buku ini, ia tampil sebagai penjelas dan memberi pencerahan atas pelbagai salah faham terhadap erti jihad yang mulia!
 
Di antara skop kandungan dan perbahasan buku ini adalah: Definisi jihad yang benar, jihad sebagai amal yang utama, hukum jihad, fasa-fasa jihad di zaman Nabi, keutamaan dan kelebihan jihad, keutamaan membantu orang berjihad, tujuan pensyari'atan jihad, tingkatan jihad, jihad yang paling besar, kaedah-kaedah jihad dan syarat-syaratnya, pembahagiaan jihad, salah faham tentang jihad, bahaya salah faham terhadap jihad, hukum bom bunuh diri, siapakah yang layak digelar syahid?, hukum menumpahkan darah umat Islam, demonstrasi bukan jihad, dan beberapa yang lain lagi...
 
Selamat membaca...

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net