Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ensiklopedi Kematian, Hari Kiamat & Alam Akhirat

Ensiklopedi Kematian, Hari Kiamat & Alam Akhirat
Ensiklopedi Kematian, Hari Kiamat & Alam Akhirat
Terbitan: Insan Kamil
Product Code: Pustaka Insan Kamil
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25.1 x 18.3 x 3.7

ISBN: 9786026247070
Availability: In Stock
Price: RM75.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ensiklopedi Kematian, Hari Kiamat & Alam Akhirat | Judul Asal (‘Arab): Mukhtashar At-Tadzkirah lil Qurthubi | Penulis/Penyusun: Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 617H) | Tahqiq/Takhrij/Takhshir/Tahdzib: Fathi bin Fathi Al-Jundi | Syarah & Penjelasan: Penyusun | Penterjemah: Ahmad Rifa’i & Muh. Miftahul Huda | Penerbit: Penerbit Insan Kamil | Berat: 1272g | Muka Surat: 734m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 25.1cm (tinggi) x 18.3cm (lebar) x 3.7cm (tebal) | ISBN: 978-602-6247-07-0 |


At-Tadzkirah fi Ahwal Al-Mauta wa Al-Umur Al-Akhirah adalah kitab fenomena yang ditulis oleh Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah. Mengandungi banyak ilmu dan pengetahuan tentang rahsia-rahsia alam akhirat, bermula dari kematian, kehidupan setelah mati, huru-hara sebelum kiamat, terjadinya pelbagai bentuk fitnah, terjadinya peristiwa kiamat, kemudian hari dibangkitkannya dan manusia dikumpulkan, lalu ditimbang amal perbuatannya, serta memaparkan sifat-sifat tentang Syurga dan Neraka.

Kitab yang ditulis oleh Imam Al-Qurthubi ini mendapat perhatian besar di kalangan umat, kerana kandungan kitab ini disampaikan dengan kalimat yang menyentuh hati dan diiringi pula dengan kisah-kisah luar biasa sebagaimana yang disampaikan oleh Nabi dan para salaf. Disertai dalil-dalil Al-Qur’an dan As-Sunnah, ucapan para sahabat, pendapat para ulama, dan disebutkan riwayat-riwayat yang memberitakan peristiwa-peristiwa tertentu.

Keunggulan buku yang ada di hadapan kita ini, telah diringkas dan ditahqiq oleh Asy-Syaikh Fathi bin Fathi Al-Jundi. Di dalamnya kita akan mendapatkan takhrij hadis-hadis beserta keterangannya, pembaikan pada kalimat-kalimat yang salah, penjelasan pada kata yang sukar difahami, juga penjelasan dan ringkasan bagi kalimat yang berulang atau berjela-jela, dan buku ini telah disesuaikan dengan pelbagai cetakan sedia ada demi mencari kesesuaian makna yang terbaik dan bertepatan dengan apa yang dimaksudkan oleh Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah. Selain itu, jumlah halaman dalam buku ini lebih ringkas namun tidak mengurangi maksud dan tujuannya.

Bagi anda yang merasa awam terhadap ilmu periwayatan hadis, atau bagi anda yang merasa tidak begitu cekap menyaring pendapat-pendapat dha’if para ulama, maka buku ini akan membantu anda. Kerana, buku ini berisikan pendapat-pendapat yang telah diteliti dan disaring oleh pentahqiq, tanpa mengurangi nilainya dari sisi makna mahupun ilmiyyahnya.

Semoga bemanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net