Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Penjelasan Ringkas Matan Al-Aqidah Ath-Thahawiyah

Penjelasan Ringkas Matan Al-Aqidah Ath-Thahawiyah
Penjelasan Ringkas Matan Al-Aqidah Ath-Thahawiyah
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq (7(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 17 x 0

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM46.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Penjelasan Matan Ringkas Al-Aqidah Ath-Thahawiyah | Judul Asal: At-Ta'liqat al-Mukhtasharah ala Matni al-'Aqidah ath-ThahawiyahPenulis: Imam Abu Ja'far Ath-Thahawi | Syarah: Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan | Penerbit: Darul Haq | Berat: 800g | Muka Surat: 372m/s. (Hard cover)


Mengingat betapa pentingnya peranan tauhid dalam kehidupan manusia, maka mempelajarinya adalah suatu keutamaan agar kita menjadi Muslim yang benar-benar berpijak di atas bashirah (penjelasan) dan berdasarkan aqidah yang sahih. Di antara kitab yang dianjurkan oleh para ulama untuk dipelajari sebagai pegangan adalah sebuah kitab yang ditulis oleh Imam Abu Ja'far Ath-Thahawi, ulama abad ketiga di Mesir, yang kitab tersebut kemudian lebih dikenali dengan sebutan Al-'Aqidah ath-Thahawiyah.

Kitab ini diterima secara meluas oleh para ulama, sehingga banyak di antara mereka yang menulis syarah atau penjelas atas kitab tersebut. Meskipun perlu diketahui, bahawa ada di antara kitab-kitab syarah tersebut yang justru merosak dan memutarbalikkan kebenaran yang ada di dalamnya, sehingga syarah mereka masih terus perlu diteliti-ulang dan diluruskan kerana bertentangan dengan aqidah yang dimaksudkan oleh Imam Abu Ja'far Ath-Thahawi. Ini adalah kerana ada di antara mereka yang mensyarahkan kitab Ath-Thahawiyah ini dengan ideologi yang sesat lagi menyimpang.
 
Sebaliknya, di antara kitab-kitab syarah yang lurus lagi bersih adalah kitab yang ada di tangan anda ini, yang judul aslinya adalah: At-Ta'liqat Al-Mukhtasharah 'Ala Matni al-Aqidah ath-Thahawiyah. Kitab ini memiliki keunggulan yang patut dihayati oleh setiap Muslim yang ingin mempelajari dasar-dasar aqidah Ahlus Sunnah wal-Jama'ah berdasarkan Manhaj as-Salaf ash-Sholeh. Syaikh Dr. Sholeh B. 'Abdullah B. Fauzan Al-Fauzan, beliau menempuh methode yang sederhana dan mudah dicerna oleh setiap peringkat masyarakat, tanpa mengurangi nilai ilmyiah yang memang dimuatkan oleh dasar-dasar masalah yang diusung oleh manuskrip aslinya.
 
Keunggulan lainnya yang sebenar turut dapat dilihat melalui cacatan yang beliau berikan terhadap beberapa poin dari matan Ath-Thahawiyah yang sebahagian ulama dianggap sebagai tidak selari dengan Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Ertinya, kekurangan dan masalah-masalah yang mengandungi kritikan dalam matan aslinya diluruskan, diberi pencerahan, dan dilengkapi oleh penulis dengan nota-nota ilmiyah. Sekaligus menunjukkan bahawa beliau memang seorang ulama yang memiliki kapasiti untuk mensyarah kitab seumpama Al-'Aqidah ath-Thahawiyah. Sisi lain yang juga menambah kekuatan kitab ini adalah setiap hadis dan atsar yang dijadikan dalil oleh Syaikh telah ditakhrij dari rujukan-rujukan yang sahih.
 
Semoga kita termasuk orang yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti yang terbaik darinya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net