Senarai Penerbit
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Buku Putih Ihya 'Ulumuddin Imam al-Ghazali

Buku Putih Ihya 'Ulumuddin Imam al-Ghazali
Terbitan: Darul Falah
Availability: Out Of Stock

Dimensions(cm)(L x W x H): 25.00 x 18.00 x 3.00
Weight(kg):  1.000

Price: RM72.00
Qty:  
   - OR -   

Judul Asal: Buku Putih Ihya 'Ulumuddin | Penulis: Syaikh Muhammad Ahmad 'Isa | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 1.2kg | Muka Surat: 708m/s.


Imam Al-Ghazali Rahimahullah telah menulis dengan tinta emasnya lautan mutiara hikmah tazkiyatun nafs dalam Ihya Ulumuddin. Buku yang ada di hadapan anda ini adalah Buku Putih Ihya Ulumuddin yang berbeza jauh dari buku-buku yang telah diterbitkan sebelumnya. Ini adalah kerana buku ini telah menghimpunkan semula mutiara berharga di dalam kitab Ihya Ulumuddin yang sebelumnya dicemari dengan pelbagai kerosakkan seperti bercampur-baur dengan hadis-hadis yang tidak sahih malah palsu dalam usaha menyucikan jiwa dan memperbaikinya, mengkaji pelbagai penyakit hati dan aib yang dengannya mencabut tunjang-tunjang keburukan dari dasarnya. Tentunya, setelah membersihkan kitab tersebut daripada hadis-hadis palsu dan lemah serta dari pelbagai bentuk kesalahan ilmiyah, kemudian memperbaikinya dengan menanamkan benih-benih kebaikan di dalamnya yang seiring dengan ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi yang sahih. Sejumlah syarah telah menambahkan khazanah berharga buku ini sehingga menjadi bekalan yang dapat membangkitkan semangat kepada jiwa-jiwa, melembutkan hati, memperkuatkan daya-usaha, dan membinasakan kesombongan yang menjadi tunjang segala bentuk keburukan dan dosa. Sekaligus buku ini mampu menjadi suatu perantara dalam merawati jiwa-jiwa yang sakit, selalu bersedih, selalu tertekan, dan tidak bermaya berdasarkan kandungannya yang begitu menyentuh. Insya Allah.

Di antara mutiara perbahasan yang terkandung di dalam buku ini adalah berkenaan aqidah Ahlus Sunnah wal-Jama'ah, Rahsia thaharah (bersuci), Rahsia Zakat, Rahsia Puasa dan haji, Jihad di jalan Allah, Adab-adab membaca al-Qur'an, pelbagai adab-adab seharian yang sahih, Sifat dan Akhlak Nabi, Celaan kepada sikap marah, Celaan terhadap sifat cinta harta dan dunia, persoalan tawakkal, sabar, syukur, zuhud, ikhlas, muroqobah, tafakkur, mengingati kematian, dan banyak lagi selainnya...

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:



Facebook Comments ()
© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net