Judul: Buku Poket Zikir Pagi & Petang (Edisi Baru & Berwarna) | Penulis: Asy-Syaikh Sa’id bin Wahf Al-Qahthani | Penerbit: Pustaka Ibnu 'Umar | Berat: 40g | Muka Surat: 64m/s. (Soft Cover - edisi buku poket)
Buku bersaiz poket ini menyenaraikan zikir-zikir yang disunnahkan untuk dibaca pada waktu pagi dan petang (Al-Matsurat). Juga turut disenaraikan adalah zikir-zikir yang disunnahkan untuk dibaca atau diamalkan di sebaik sahaja selesai dari setiap solat fardhu.
Setiap zikir yang disenaraikan disertakan sekali rujukannya dari sumber-sumber hadis yang sahih, insyaAllah... Buku ini sesuai untuk dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil dan mudah disimpan. Juga sesuai untuk diletakkan di ruang tamu, di atas meja-meja, di dalam bilik tidur, dan di ruang-ruang dalam kereta atau kenderaan bagi memudahkan capaian membaca/mengamalkannya/menghafalnya.
Buku kecil ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu risalah untuk hadiah (door gift), sebaran/cenderahati di majlis-majlis, dan edaran seperti di surau-surau serta kepada saudara-mara, sahabat handai, dan sesiapa sahaja yang anda rasakan baik/bermanfaat.