Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ensiklopedi Solat Menurut Al-Quran dan As-Sunnah (Edisi Baru)

Ensiklopedi Solat Menurut Al-Quran dan As-Sunnah (Edisi Baru)
Ensiklopedi Solat Menurut Al-Quran dan As-Sunnah (Edisi Baru) Ensiklopedi Solat Menurut Al-Quran dan As-Sunnah (Edisi Baru) Ensiklopedi Solat Menurut Al-Quran dan As-Sunnah (Edisi Baru)
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.8 x 17.5 x 10.6

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM210.00 RM164.25
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ensiklopedi Solat Menurut al-Qur’an dan as-Sunnah (Edisi Baru) | Judul Asal (‘Arab): Shalaatul Mu’min Mafhum wa Fadhail wa Adab wa Anwa’ wa Ahkam wa Kaifiyah fii Dhau’il Kitab wa As-Sunnah | Penulis: Syaikh Dr. Sa’id B. Ali bin Wahf al-Qahthani | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 3.5kg | Muka Surat: 3 Jilid Lengkap (Hard Cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Hendaklah kita sentiasa beringat dan tidak alpa terhadap kewajiban yang diwajibkan atas kita semua selaku seorang Muslim, iaitu menunaikan solat dan melaksanakannya dalam keadaan yang sesempurna mungkin. Ini kerana solat adalah tiang agama yang membezakan antara iman dan kekafiran. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ، وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ

“Kepala segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan kemuncaknya adalah jihad.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 2616. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi)

إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاةِ

“Sesungguhnya (batas) antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekafiran adalah meninggalkan solat.” (Shahih Muslim, no. 82)

Dalam hadis yag lain, Rasulullah bersabda:

العَهْدُ الَّذِي بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلَاةُ، فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ

“Perjanjian antara kita dengan mereka adalah solat. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah kafir.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2621. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Kemudian ketauhilah bahawa amal perbuatan yang berhubung dengan hak-hak Allah yang pertama sekali akan dihisab adalah solat berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ العَبْدُ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ، فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ، فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ، قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ: انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنَ الفَرِيضَةِ، ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ

“Sesungguhnya yang paling awal akan dihisab dari amalan para hamba di hari Kiamat adalah solatnya, jika baik solatnya maka akan baiklah seluruh amalnya. Jika buruk solatnya maka dia telah gagal dan rugi. Apabila kurang sempurna dari solat yang difardhukan, maka Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

“Lihatlah adakah hamba-Ku ini memiliki tathowwu’ (solat-solat sunnah) bagi menyempurnakan apa yang kurang  dari yang difardhukan, kemudian barulah dihisab amal-amalnya yang lain.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 413. Sunan An-Nasaa’i, no. 465)

Maka apabila kita dapat memahami hadis-hadis ini dengan baik, seharusnya kita tidak memandang enteng atau remeh sekitar amalan solat ini. Bahkan seharusnya lebih giat lagi memperbaiki amal-amal solat tersebut secara khusus, dan amal-amal lain juga secara umum.

Dan tidaklah dapat memperbaiki hal ini serta menambahkan kecintaan kita terhadap solat, melainkan dengan cara mempelajarinya dengan benar. Menekuni rukun-rukunnya, syarat-syaratnya, tatacaranya yang benar, sunnah-sunnahnya, adab-adabnya, dan hal-hal lain yang mengiringinya seperti dilaksanakan secara berjama’ah, dilaksanakan di masjid, dilaksanakan dengan penuh kekhusyu’kan, diikuti pula dengan solat-solat sunnahnya.

Jadi, marilah kita perbaiki solat-solat kita dengan sungguh-sungguh di atas ilmu dan landasan sumber yang sahih dari Al-Qur’an dan As-Sunnah. Semoga kita semua beroleh manfaat dan keberuntungan.

Maka, set buku ini atau dinamakan sebagai Ensiklopedia lengkap ini, ia menghimpun dan membahaskan dasar-dasar penting sekitar ibadah solat, baik dari syarat-syarat dan rukun-rukunnya, sunnah-sunnah, tata caranya, dan yang berkaitan dengannya dari awal hingga akhir. Dari persoalan Thaharah (bersuci), tayammum, mandi, wudhu’, solat fardhu, adzan dan tata caranya, waktu-waktu solat dan dalil-dalilnya, solat jamak, qashar solat, solat ketika musafir, solat ketika sakit, solat ketika peperangan, pengurusan jenazah, keutamaan solat, keutamaan saf-saf solat, keutamaan berjama’ah, fadhilat-fadhilat solat, keutamaan solat di masjid, tatacara solat yang sahih, sehinggalah kepada solat-solat sunat dan pelbagai permasalahannya yang lain. Persoalan imamah (ke-imaman), tata cara solat berjama’ah, tata cara mengurus saf-saf solat, kepelbagaian solat-solat sunnah, dan seumpamanya di dalam solat juga turut dibahaskan dengan begitu baik dan terperinci. Turut disertakan, perbahasan berkaitan pengurusan jenazah dan perkara yang berkaitan dengannya. Termasuklah dalam hal tatacara, waktu, masalah, kaedah, dan segala bentuk kepelbagaian dalam persoalan solat.

Setiap perbahasan dalam buku ini dibahagikan berdasarkan urutan bab-bab yang sistematik bagi membantu para pembaca mudah melakukan rujukan, semakkan, dan carian. Setiap bab dan perbahasan dikuatkan dengan dalil-dalil al-Qur’an dan as-Sunnah yang sahih. Dibantu pula dengan pendapat para imam 4 mazhab dan fatwa-fatwa ulama kontemporari. Methode ini sekaligus menjadikan buku ini sebagai ensiklopedia yang bernilai tinggi bagi setiap umat Islam dalam persoalan ritual solat. Amat tepat-lah jika ia dijadikan sebagai rujukan wajib di setiap rumah-rumah, perpustakaan, masjid-masjid, atau pusat-pusat pengajian.

Selamat memiliki dan membuat ulangkaji seraya mengambil manfaat demi ibadah solat yang lebih sempurna.

Semoga dengan ilmu yang benar dan penelitian terhadap dalil-dalil Al-Qur’an serta hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kelak kita pun dapat merealisasikan pesan Nabi dalam salah satu potongan hadisnya yang mulia di mana kata beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي

“Solatlah sebagaimana kalian melihat aku solat.” (Shahih Al-Bukhari, no. 631)

Kata Imam Ash-Shan’ani rahimahullah:

هذا الحديث أصل عظيم في دلالته على أن أفعاله صلى الله عليه وسلم في الصلاة وأقواله بيان لما أجمل من الأمر بالصلاة في القران وفي الأحاديث وفيه دلالة على وجوب التأسي به صلى الله عليه وسلم فيما فعله في الصلاة فكل ما حافظ عليه من أفعالها وأقوالها وجب على الأمة إلا لدليل يخصص شيئا من ذلك وقد أطال العلماء الكلام في الحديث واستوفاه ابن دقيق العيد في شرح العمدة وزدناه تحقيقا في حواشيها

“Hadis ini adalah asas yang agung sebagai dalil bahawa apa yang dilakukan dan diucapkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada solatnya adalah merupakan penjelasan dari perintah solat dari Al-Qur’an dan hadis-hadis, dan padanya adalah dalil tentang wajibnya mengikuti cara (atau perbuatan) Rasulullah dalam melaksanakan solat.

Maka pada setiap apa yang diambil darinya sama ada berupa perbuatan atau ucapannya (dalam solat), menjadi wajib atas setiap umat (untuk mengikutinya dalam melaksanaan solat) melainkan ada dalil lain yang mengkhususkan (atau merincikan)nya. Para ulama telah menghuraikan hadis ini dengan panjang lebar, dan Ibnu Daqiq Al-‘Ied telah menjelaskannya dalam Syarh Al-‘Umdah yang kemudian kami tambahkan penjelasan padanya di hasyiyahnya (catatan pinggir).” (Ash-Shan’ani, Subulus Salaam, 1/200, hadis no. 59 bab Ash-Sholah). [Disediakan oleh Krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net