Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ijtihad Dalam Syariat Islam

Ijtihad Dalam Syariat Islam
Product Code: Pustaka Al-Kautsar (5(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.3 x 13.6 x 1.6

ISBN: 9789795927051
Availability: In Stock
Price: RM36.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ijtihad Dalam Syariat Islam | Judul Asal (‘Arab): Al-Ijtihad fi Asy-Syariah Al-Islamiyyah | Penulis: Asy-Syaikh ‘Abdul Wahhab Khallaf rahimahullah | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Rohidin Wahid | Penerbit: Darul Falah | Berat: 343g | Muka Surat: 369 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.3cm (tinggi) x 13.6cm (lebar) x 1.6cm (tebal) | ISBN: 978-979-592-705-1 |


Syariat Islam yang disampaikan Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui Al-Qur’an dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui Sunnahnya secara sempurna, sangat memerlukan penelitian dan pengkajian ilmiyah yang sangat serius (sungguh-sungguh). Kerana pada keduanya terdapat lafaz-lafaz yang memerlukan penafsiran dan penjelasan.

Sementara itu, nash-nash Al-Qur’an dan As-Sunnah telah pun berhenti, sedangkan waktu terus berjalan dengan sejumlah peristiwa dan persoalan hidup yang datang silih berganti. Oleh kerana itu, diperlukan ijtihad yang merupakan salah satu usaha untuk menggali hukum syara’ (istinbath al-hukm) melalui sumber-sumber syara’ iaitu Al-Qur’an, As-Sunnah, dan ijma’.

Melalui buku ini, Asy-Syaikh ‘Abdul Wahhab Khallaf membentangkan sejumlah perbahasan yang terpenting di bidang ushul fiqih. Kerana beliau memang dikenal seorang pakar di bidang ini dan telah membuat peta ilmiyah untuk berijtihad di dalam syari’at Islam, menjelaskan batasan-batasannya, dan menerangkan tanda-tandanya. Sehingga bagi seseorang yang ingin menguasai ranah ijtihad, atau menjadi pakar dalam ilmu fiqh (atau ushul fiqih) dan hukum-hukumnya, dia perlu berfikir secara serius dan sungguh-sungguh agar dia tidak menjadi korban kelalaian dan kebodohan.

Di antara kandungan utama buku ini adalah:

1, Definisi Ijtihad, perbezaannya dengan qiyas, jenis-jenis ijtihad, hukum ijtihad, autoriti berijtihad, faktor perselisihan pendapat, memahami makna mujtahid, dan ijtihad di zaman sahabat.

2, Memahami makna taqlid, hukum taqlid dalam Islam, hukum talfiq, siapa yang dibenarkan bertaqlid dan kepada siapa dia boleh bertaqlid?

3, Perbahasan tentang ta’aarudh (pertentangan antara dalil-dalil).

4, Perbahasan tentang tarjih, definisinya, dan penjelasan-penjelasannya.

5, Perbahasan lanjutan tentang ijtihad, ra’yu, istidlal, dan qiyas.

6, Perbezaan antara ijtihad dan qiyas, penjelasan panjang lebar tentang jenis dan bentuk-bentuk qiyas.

7, Perbahasan Istihsan.

8,Perbahasan tentang ishtishlah.

9, Perbahasan tentang Istish-hab.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net