Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kisah-kisah Kesabaran Para Ulama

Kisah-kisah Kesabaran Para Ulama
Terbitan: Zam-zam Mata Air Ilmu
Product Code: Zam-zam Mata Air Ilmu
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.5 x 15 x 1.1

ISBN: 9786028975483
Availability: In Stock
Price: RM20.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kisah-kisah Kesabaran Para Ulama | Judul Asal (‘Arab): Shofahat min Shobril ‘Ulama | Penulis/Penyusun: ‘Abdul Fattah Abu Ghuddah | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Semakkan: Team Penerbit | Penterjemah: Izzudin Karimi | Penerbit: Zam-zam Air Mata Ilmu | Berat: 0.4kg| Muka Surat: 224m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.5cm (tinggi) x 15cm (lebar) x 1.1cm (tebal) | ISBN: 978-602-8975-48-3 |


Menuntut ilmu memang amat menuntut kesabaran tinggi. Tanpa sifat tersebut, tentu amat mustahil untuk meraih ilmu-ilmu yang bermanfaat. Dan hal ini terlihat pada sekian banyak ulama yang manpan, dahulu dan kini, ilmu yang mereka raih semuanya digapai dengan berkat kesabaran dan usaha yang keras. Dan memang demikianlah yang terpahat di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah, dizahirkan pula di dalam pelbagai lipatan sejarah para tokoh-tokohnya.

Demikian sebagaimana dikatakan oleh para salaf yang antaranya Yahya Bin Abi Katsir rahimahullah, “Ilmu tidak akan didapatkan dengan jasad yang santai-santai.” (Shahih Muslim, no. 612)

Buku yang ada di hadapan kita ini merupakan sebuah buku yang memaparkan potret bercahaya tentang kesabaran para ulama dalam mencari ilmu. Pelbagai kisah suka dan duka serta pahit dan getirnya menggapai ilmu yang dirakamkan di dalam lipatan sejarah yang gilang-gemilang dinukilkan ke dalam buku ini.

Dengan membaca dan menelusuri kisah-kisah mereka melalui buku ini, semoga akan melahirkan suatu semangat yang mampu membantu dan memotivasikan kita semua untuk lebih kuat dan istiqomah dalam mendalami pelbagai ilmu-ilmu yang syar’i bersesuaian disiplin-disiplinnya. Di samping itu, dengan melihat betapa susah-payahnya mereka dalam menggapai dan menjaga ilmu, nescaya kita akan lebih menghargai dan mendoakan mereka dengan kebaikan.

Allah menjadikan mereka dari kalangan ulama yang manpan ini sebagai penjaga wahyu Allah di muka bumi dan sebagai sarana dalam memahamkan serayaq menyampaikan ilmu-ilmu yang bermanfaat sehingga sampai kepada para manusia di pelbagai belahan bumi termasuklah kita semua pada hari ini.

Para pembaca pasti akan berdecak kagum tatkala menelusuri kisah-kisah yang dipaparkan di buku ini. Betapa sebuah kemuliaan dan penguasaan terhadap ilmu itu tidak akan dapat digenggam dengan hidup bersantai-santai tanpa usaha yang gigih dan sungguh-sungguh. Segudang kesabaran mesti dipersiapkan, agar Allah memudahkan kita dalam memahami setiap cabang-cabang ilmu dengan benar. Dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat inilah kebahagian yang abadi akan dapat dikecapi.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net