Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Zuhud Cahaya Qalbu karya Imam Ahmad bin Hanbal

Zuhud Cahaya Qalbu karya Imam Ahmad bin Hanbal
Terbitan: Darul Falah
Product Code: Darul Falah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.75 x 16 x 3.3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM48.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Zuhud Cahaya Qalbu | Judul Asal ('Arab): Az-Zuhd | Penulis: Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) | Penerbit: Darul Falah | Berat: 700g | Muka Surat: 417m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Tahukah anda apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan zuhud? Adakah dengan menjauhi kekayaan dan urusan duaniwi. Ataukah dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada hal-ehwal solat, puasa, solat-solat sunnah, dan meninggalkan hal-ehwal perniagaan serta dagangan? Adakah orang kaya berharta tidak layak dinamakan zuhud. Apakah zuhud itu milik orang yang miskin, rumahnya kecil, dan yang bajunya lusuh? Yang makannya duduk bersila tidak bermeja?
 
Lalu apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zuhud? Bagaimanakah Nabi menjelaskan tentang maksud zuhud? Bagaimana pula zuhud yang benar yang diamalkan oleh para sahabat Nabi, bagaimana zuhud yang difahami oleh para ulama generasi awal dari kalangan ahli sunnah wal-jama'ah?
 
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) pernah mengatakan, “Zuhud yang bertepatan dengan Syari'at adalah meninggalkan segala sesuatu yang tidak bermanfaat di akhirat dan hatinya yakin serta percaya dengan apa yang ada di sisi Allah Ta'ala.”
 
Malah sebahagian ulama seperti al-Hafiz Ibnu Rejab rahimahullah menegaskan bahawa zuhud tidak akan dapat dilihat melalui pengakuan lisan, kerana zuhud itu terdapat di dalam hati.
 
Untuk lebih jelas dan cerah lagi, rungkailah sendiri apa yang dimaksudkan dengan kalimat zuhud berdasarkan apa yang dihimpunkan oleh ulama hadis ulung ahli sunnah wal-jama'ah ini, iaitu imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah dalam bukunya berjudul, az-Zuhud.
 
Beliau menghimpunkan maksud dan kriteria zuhud di sisi ahli sunnah dengan mengemukakan contoh-contoh zuhud para Nabi, contoh-contoh amal kezuhudan yang diungkap oleh Rasulullah, dan peribadi para sahabat tentang amalan kezuhudan mereka dalam menjalani kehidupan beragama ini. Selamat menela'ah!

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net