Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tarikat Sufi, Antara Yang Berjuang dengan Yang Menjadi Dalang

Tarikat Sufi, Antara Yang Berjuang dengan Yang Menjadi Dalang
Terbitan: Al-Hidayah Publication (KL)
Product Code: Al-Hidayah Publication (KL)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 19.1 x 13 x 0.9

ISBN: 9789674392284
Availability: In Stock
Price: RM11.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tarikat Sufi, Antara Yang Berjuang dengan Yang Menjadi Dalang | Judul Asal (‘Arab): (Tidak dinyatakan oleh penterjemah) | Penulis: Muhammad bin ‘Abdullah Al-Maqdi | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani | Penerbit: Al-Hidayah Publication (KL) | Berat: 0.171kg | Muka Surat: 148 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 19.1cm (tinggi) x 13cm (lebar) x 0.9cm (tebal) | ISBN: 978-967-4392-28-4 |


DALAM perjuangan untuk menyebarkan agama Islam, berdakwah dalam kalangan masyarakat dan berjuang bemati-matian untuk mempertahan dan memerdekakan negara Islam yang dijajah oleh pihak musuh, pada usaha tersebut melibatkan pelbagai golongan dalam kalangan umat Islam. Di antaranya adalah golongan ahli-ahli sufi, yang terlibat dengan pelbgai aliran tarikat. Ahli-ahli sufi yang terlibat dalam gerakan As-Sanusiyyah di Libya berjuang dengan gigih menentang penjajahan Itali ke atas negara tersebut dalam tempoh belasan tahun.

Namun terdapat juga golongan ahli-ahli sufi yang melibatkan tarikat-tarikat tertentu seperti Tarikat Al-Tijaniyah di Afrika Utara terutama sekali di Maghribi yang telah menconteng arang di muka umat Islam, kerana bekerjasama dengan pihak penjajah Perancis bagi mengekang perjuangan untuk memerdekakan negara tersebut daripada penjajah, malah yang menyedihkan ada yang sanggup membekalkan anggota tentera kepada pasukan penjajah tersebut demi melihat kelangsungan penjajahan kuasa tersebut ke atas Afrika Utara.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan tarikat sufi, di antara yang benar-benar berjuang untuk kepentingan Islam dengan yang menjadi dalang kepada musuh bagi memerangi umat Islam, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Buku ini juga mendedahkan amalan-amalan dan rutin aktiviti pelbagai kelompok kesufian di negara-negara tertentu yang jelas bid’ah dan membawa kesyirikan. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga kita akan lebih mengetahui dan membezakan golongan sufi yang benar dan yang salah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net