Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Hakikat Ketuhanan; Ringkasan Fatwa Al-Hamawiyah

Hakikat Ketuhanan; Ringkasan Fatwa Al-Hamawiyah
Terbitan: BPPI
Product Code: BPPI
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23 x 16 x 1

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM24.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Hakikat Ketuhanan | Judul Asal ('Arab): Fathu Rabbil Bariyyah bi Talkhis al-Hamawiyah | Penulis: Syaikh Muhammad B. Soleh Al-'Utsaimin | Penerbit: Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan | Berat: 500g | Muka Surat: 205m/s.


Kitab ini adalah hasil buah karya Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah. Beliau adalah salah seorang ulama ahli sunnah wal-jama'ah terkemuka abad ini yang banyak menjelaskan persoalan kepentingan dan keutamaan tauhid kepada masyarakat dan dunia Islam umumnya.
 
Kitab ini adalah kesinambungan dari Kitab Fatawa al-Hamawiyah buah karya Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H). Ia adalah himpunan jawaban kepada soalan daripada Qadhi dari daerah Hamat (Syam). Soalan tersebut adalah sekitar pandangan para ahli fiqh dan para alim berkaitan ayat-ayat yang menyentuh sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala serta dalil-dalilnya.
 
Ibnu Taimiyyah adalah salah seorang alim besar dan ulama pejuang tauhid ahli sunnah wal-jama'ah kurun ke 7 Hijrah yang banyak menundukkan ahli bathil pada zamannya. Beliau berjihad menegakkan al-haq dengan ilmu dan tangannya. Ini adalah sebagaimana penjelasan imam adz-Dzahabi rahimahullah.
 
Pada zaman ini, karya hebat Ibnu Taimiyyah tersebut kemudiannya diringkaskan oleh Syaikh al-'Utsaimin rahimahullah bagi manfaat masyarakat awam masa ini. Buku ini amat baik dalam menjelaskan asas-asas soal hakikat ketuhanan berdasarkan manhaj ahli sunnah wal-jama'ah. Harapan kita semua, sudah tentu semoga setiap muslim mampu mengenali Tuhannya dengan baik.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net