Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Fadhlul Islam, Kesempurnaan & Keagungan Islam

Syarah Fadhlul Islam, Kesempurnaan & Keagungan Islam
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.8 x 14.5 x 1.1

ISBN: 9786026845276
Availability: In Stock
Price: RM20.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Fadhlul Islam, Kesempurnaan & Keagungan Islam | Judul Asal (‘Arab): Syarh Fadhlil Islam | Penulis/Penyusun: Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan Al-Fauzan | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Izzudin Karimi | Penerbit: Darul Haq | Berat: 269g | Muka Surat: 230 m/s (Soft cover) | Ukuran buku: 20.8 cm (tinggi) x 14.5 cm (lebar) x 1.1 cm (tebal) | ISBN:  978-602-6845-27-6 |


Agama Islam adalah kurniaan dan nikmat terbesar yang dianugerahkan kepada umat manusia. Cahayanya menerangi kalbu yang kelam. Sinarnya menghempaskan kejahilan umat. Petunjuknya di atas petunjuk yang lain; melebihi petunjuk pancainderadan  akal. Keutamaannya tak lekang dimakan masa.

Keutamaan-keutamaan Islam inilah yang dibahas dalam buku ini secara mudah dan fokus berdasarkan dalil-dalil yang sahih. Buku ini disusun oleh Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab rahimahullah. Methodologi perbahasan matannya adalah sebagaimana yang ditempuh oleh para ahli hadis, iaitu dengan memberikan judul tema, lalu memaparkan dalil-dalil berupa ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis-hadis. Lalu kemudian disertakan pula syarah dan penjelasan oleh Asy-Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan bin ‘Abdullah Al-Fauzan, dan inilah hasil terjemahan buku tersebut.

Buku ini juga mengulas tentang Islam dari pelbagai sisi, iaitu: Kenapa wajib menganut agama Islam bagi setiap manusia, penjelasan makna Islam, Islam adalah dengan mengikuti Al-Qur’an dan As-Sunnah, masuk Islam itu wajib secara kaffah (keseluruhan), bid’ah dalam agama itu lebih besar dosanya berbanding dosa-dosa besar yang lainnya, terhalangnya taubat dari ahli bid’ah, Islam itu agama fitrah, Islam itu datang dalam keadaan asing dan akan kembali dianggap asing, dan masih banyak yang lainnya.

Ini adalah salah satu buku kajian paling lengkap tentang Islam dari pelbagai aspek dan sisi kupasannya, yang sangat patut menjadi rujukan setiap Muslim.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net