Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Naik dan Turunnya Keimanan Seorang Muslim, Kajian Ilmiah Antara Ahlus Sunnah dan Kelompok Ahli Kalam (Murjiah, Jahmiyyah, Muktazilah, Khawarij, dll dalam Perkara Iman)

Naik dan Turunnya Keimanan Seorang Muslim, Kajian Ilmiah Antara Ahlus Sunnah dan Kelompok Ahli Kalam (Murjiah, Jahmiyyah, Muktazilah, Khawarij, dll dalam Perkara Iman)
Terbitan: Griya Ilmu
Product Code: Griya Ilmu
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 28 x 19 x 6

ISBN: 9786239209759
Availability: In Stock
Price: RM75.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Naik dan Turunnya Keimanan Seorang Muslim | Judul Asal (‘Arab): Ziyadatul Iman wa Nuqshanuhu wa Hukmul Istitsna’ fi hi | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Dr. ‘abdurrozzaq bin ‘Abdil Muhsin Al-Abbad Al-Badr | Tahqiq/Takhrij/Syarah: Penyusun | Penterjemah: Umar Mujtahid | Penerbit: Griya Ilmu | Berat: 1.45kg | Muka Surat: 688m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.5cm (tinggi) x 17cm (lebar) x 4cm (tebal) | ISBN: 978-623-92097-5-9|


Ini adalah salah salah karya ilmiyah susunan seorang ulama besar dari Kota Madinah, seorang ‘alim pengajar di Masjid An-Nabawi saat ini.

Buku ini disusun dalam rangka menjelaskan salah satu pegangan dan prinsip penting ahlus sunnah wal-jama’ah yakni, “Meyakini bahawa Iman itu boleh bertambah dan berkurang.” Iman bertambah dan manpan dengan ilmu dan amal-amal yang soleh, sedang iman juga boleh berkurang disebabkan kemaksiatan dan kejahilan. Bahkan iman atau keislaman boleh terbatal sama sekali tanpa sisa disebabkan hal-hal yang membatalkannya (sebagaimana dijelaskan dalam banyak kitab-kitab Nawaqidhul Islam).

Buku ini menjelaskan bahawa hal tersebut merupakan pernyataan yang ditegaskan secara ijma’ seluruh ahlus sunnah semenjak dahulu, dan penyusun menyebutkan dalil-dalilnya, maksud bertambah dan berkurangnya iman, penyebab dan faktor-faktornya, diikuti beberapa rincian dan perbahasan yang terkait dengannya.

Di antara kelompok yang mengingkari hal ini adalah kelompok sesat ahli kalam khasnya dari kalangan murji’ah dan jahmiyyah diikuti oleh muktazilah dan sebahagian ‘Asya’irah, Khawarij dan yang lainnya.

Sebahagian mereka ini khasnya murji’ah menganggap bahawa Iman tidak bertambah dan berkurang setelah adanya pengakuan dan ikrar. Bagi sebahagian mereka ini iman memadai sebatas pengakuan, manakala amalan soleh mahupun maksiat tidak akan menjadi sebab yang mengusik kedudukan keimanan. Syubhat ini dikatakan turut meracuni Al-Imam Abu Hanifah (Wafat: 150H) dan sebahagian pengikutnya rahimahumullah, semoga Allah mengampuni mereka.

Manakala Al-Khawarij dan sebahagian kelompok Muktazilah ada yang beranggapan bahawa apabila seseorang melakukan maksiat berupa dosa besar secara automatik ia akan melenyapkan keimanan. Kerana itu, di antara pendapat yang sangat terkenal disandarkan kepada kelompok khawarij adalah mereka mengkafirkan para pelaku dosa besar. Maka atas dasar itu juga kelompok khawarij dikenal meghalalkan darah pelaku dosa besar dan menghalalkan pemberontakan ke atas pemerintah yang zalim, kerana menurut khawarij pelaku dosa besar itu murtad dan kafir keluar dari Islam.

Ini sedikit berbeza dengan sebahagian kelompok Muktazilah, di mana mereka turut beranggapan dosa besar melenyapkan keimanan (sama pendapat sebagaimana yang dipegang oleh kalangan khawarij), namun mereka tidak langsung mengkafirkan pelakunya, akan tetapi mereka mengatakan pelaku dosa besar itu berada dalam satu kedudukan di antara mukmin dan kafir, pelaku dosa besar itu bukan mukmin dan bukan pula kafir (menurut muktazilah)?!

Alhamdulillah semua ini akan dipaparkan secara ilmiah diikuti dengan bantahan dan pencerahannya secara ilmiah oleh penulis, Asy-Syaikh ‘Abdurrozzaq hafizhahullah.

Banyak lagi pendapat pelik-pelik dibentangkan dan dijabarkan melalui buku ini yang melibatkan perbahasan iman tersebut, dan sebahagian dari pendapat tersebut masih diimani dan dipegang oleh sebahagian dari kaum muslimin, sama ada secara sedar atau tidak! Atas sebab itulah pentingnya memahami perkara ini secara benar di atas penjelasan dan ilmu-ilmu yang sahih bersesuaian manhaj ahli sunnah wal-jama’ah.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net