Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Biografi Syaikh Bin Baz

Biografi Syaikh Bin Baz
Terbitan: Khazanah Fawaid
Product Code: Khazanah Fawaid
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.5 x 14.6 x 0.8

ISBN: 9786027305908
Availability: In Stock
Price: RM15.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Biografi Syaikh Bin Baz | Judul Asal (‘Arab): Al-Imam Ibnu Baz; Durus wa Mawaqif wa ‘Ibar | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Al-Fadhil ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad As-Sadhan | Ta’liq: Asy-Syaikh ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbad Al-Badr | Penterjemah: Team Penerbit | Penerbit: Pustaka Khazanah Fawa’id | Berat: 185g| Muka Surat: 140 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.5cm (tinggi) x 14.6cm (lebar) x 0.8cm (tebal) | ISBN: 978-602-7305-90-8 |


Asy-Syaikh ‘Abdul Muhsin hafidzahullaah berkata:

“Saya telah menela’ah buku ini, buku yang sangat berkualiti dan ditulis oleh saudara kita Asy-Syaikh Al-Fadhil ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad Ad-Sadhan tentang kehidupan guru kita yang mulia Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin ‘Baz - semoga Allah merahmati, mengampuni, dan memberikan balasan yang baik atas jasa-jasa beliau terhadap Islam dan umat Islam. Beliau (penulis) memberikan buku ini dengan judul Al-Imam Ibnu Baz; Durus wa Mawaqif wa ‘Ibar (Pelajaran dan renungan Berharga dari Biografi Syaikh Bin Baz).

Tidak diragukan lagi bahawa kehidupan guru kita  Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz rahimahullah dalam rangka dakwahnya kepada Islam dan menasihati kaum Muslimin, sangat kaya dengan pelbagai amalan yang mulia. Beliau adalah salah seorang imam (ulama) yang telah diberikan hidayah. Dalam kehidupan beliau terdapat banyak sekali pelajaran berharga, sikap-sikap yang bijaksana, nasihat yang patut dicontohi bagi mereka yang mahu mengambil pelajaran untuk diamalkan.

Sang penulis (Syaikh Al-Fadhil) telah menulis tentang guru kita, dengan sangat baik dan memberi banyak faedah. Di antara hal yang menambah bagusnya tulisan ini adalah bagaimana sang penulis menghubungkan keadaan dan sifat-sifat terpuji Syaikh rahimahullah dengan apa yang ada pada para ulama salaf. Sikap beliau dalam kejujuran, keikhlasan, ilmu, dan perbuatannya telah mengingatkan kita kepada para ulama terdahulu [yang telah Allah abadikan nama-nama mereka dalam hati-hati kaum muslimin] meskipun pada hakikatnya mereka telah wafat beratus-ratus tahun yang lalu.

Demikianlah, hendaklah kehidupan ini digunakan untuk menuntut ilmu dan mengamalkannya, memahami dan menyebarkannya, memerintahan kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran, dakwah kepada kebenaran dan hidayah, serta memperingatkan dari hal-hal yang dapat menjadikan timbulnya kesengsaraan dan kerugian.

Kemuliaan hidup Syaikh bin Baz rahimahullah tergambar dari sifat-sifatnya yang terpuji, akhlak mulia dan usahanya yang besar demi melayani Islam dan kaum muslimin, dan yang paling serupa dengannya adalah Imam ‘Abdullah bin Mubarak Al-Maruzi rahimahullah yang dikatakan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah dalam kitab Taqribut Tahdzib sebagai orang yang terpercaya, teguh pendirian, ahli fiqih, ‘alim, pemurah dan pejuang, serta terkumpul padanya semua sifat-sifat yang baik. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan balasan terbaik dan memberikan keberkahan atas jerih payah penulis dalam menyusun buku ini, dan aku mewasiatkan kepada para penuntut ilmu untuk membaca buku yang berharga ini, dan aku mewasiatkan kepada para penuntut ilmu untuk membaca buku yang berharga ini dan mengambil manfaat darinya.”

Kami cukupkan sinopsis buku ini dengan wasiat/pesanan Asy-Syaikh ‘Abdul Muhsin bin Hammad Al-‘Abbad Al-Badr hafidzahullah.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net