Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Menyelisik Alam Malaikat

Menyelisik Alam Malaikat
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam Asy-Syafi'i (7/2)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 17 x 4

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM64.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Menyelisik Alam Malaikat | Judul Asal (‘Arab): Mu’taqad Firaq al-Muslimin  wa- Yahuud wan-Nashaaraa wal-Falaasifah wal-Watsaaniyyiin fil malaa-ikatil Muqarrabiin | Penulis: Syaikh Dr. Muhammad bin ‘Abdul Wahhab Al-‘Aqil hafidzahullaah | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 1.2kg | Muka Surat: 492m/s. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Sedarkah kita bahawa setiap saat, di mana pun kita berada, akan sentiasa ada Makhluk yang hadir bersama kita. Makhluk yang satu ini diciptakan dari nuur (cahaya) sehingga memiliki karektor yang berbeza dengan makhluk lain, iaitu manusia, jin, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan. Makhluk ini memiliki kelebihan yang banyak berbanding dengan makhluk lain, dan yang paling istimewa adalah mempercayai keberadaannya merupakan salah satu dari rukun iman yang tanpanya iman seseorang dianggap cacat. Makhluk itu adalah Malaikat.

Allah Ta’ala berfirman:

وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

“Sesiapa yang kafir kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, dan hari akhir, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jauh.” (Surah An-Nisaa’, 4: 136)

Ironisnya, sehingga kini pengetahuan sebahagian umat Islam berkaitan Malaikat hanya berputar kepada sepuluh nama Malaikat beserta tugas-tugas mereka. Padahal, pengetahuan berkaitan malaikat ini termasuk ilmu-ilmu yang wajib difahami dengan baik-baik dan penuh ketelitian. Dan pengetahuan terhadap para malaikat secara terperinci mampu menjawab banyak persoalan dalam kehidupan beragama, serta akan banyak memberikan kesan serta nilai-nilai positif terhadap kehidupan bertauhid seorang muslim.

Dan ternyata, sekiranya kita telusuri dengan baik-baik, begitu banyak sekali informasi tentang mereka di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah yang belum kita ketahui. Tentang sifat mereka, kehidupan mereka, karektor mereka, tugas-tugas mereka, fizikal mereka, dunia mereka, kedudukan mereka di sisi Allah, penjagaan mereka terhadap para manusia, dan selainnya.

Buku ini mengupas dan membongkar lebih jauh informasi berkaitan alam para Malaikat berpandukan sumber-sumber yang sahih iaitu sumber wahyu berupa Al-Qur’an dan As-Sunnah. Ia akan menjawab pelbagai misteri tentang alam malaikat seperti berapakah jumlah mereka sebenarnya, apa tugas-tugas mereka, bagaimana sifat, sikap, dan karektor ciptaannya, dan banyak lagi maklumat lainnya serta kesan-kesan positif yang dapat terhasil dengan banyak mengenal kehidupan mereka?

Bahkan Rasullullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pernah bersabda:

أُذِنَ لِي أَنْ أُحَدِّثَ عَنْ مَلَكٍ مِنْ مَلَائِكَةِ اللَّهِ مِنْ حَمَلَةِ الْعَرْشِ، إِنَّ مَا بَيْنَ شَحْمَةِ أُذُنِهِ إِلَى عَاتِقِهِ مَسِيرَةُ سَبْعِ مِائَةِ عَامٍ

“Aku diizinkan untuk mengkhabarkan tentang salah satu malaikat dari malaikat Allah, iaitu malaikat pemikul ‘Arsy. Sesungguhnya jarak antara hujung telinga dan bahunya adalah sejauh perjalanan 700 tahun.” (Sunan Abi Dawud, no 4727. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Kalau satu Malaikat sahaja sudah seperti itu keadaannya, lalu bagaimana dengan yang lainnya seperti Jibril, Mikail, Israfil, dan selainnya? Bagaimana dengan sifat-sifat atau karektor-karektornya yang lain? Apa yang telah diungkapkan oleh Al-Qur’an dan hadis-hadis tentang mereka?

Bahkan sebahagian mereka sentiasa bersama-sama kita, mencatat amal-amal dan tindak-tanduk kita tanpa luput sedikitpun, mereka memerhatikan kita, dan malah menjaga serta mengawasi kita. Lalu kenapa kita tidak melihatnya? Atau bolehkah kita melihat dan bersua dengan mereka? Maka, sama-sama kita temui jawabannya dengan menerobos ke alam mereka melalui buku yang penuh maklumat tentang mereka ini.

Penulis buku ini juga menambahkan informasi tentang pemahaman kelompok-kelompok tertentu (yang menyimpang dari jalan ahlus sunnah), iaitu kelompok dari kalangan ahli kalam (mantiq/falsafah) dalam teologi Islam, juga menurut keyakinan Yahudi, Nashrani, ahli Filsafat, kaum musyrikin ‘Arab, Hindu, Budha, dan kaum paganisme serta yang selainnya. Ini bertujuan untuk menganalisa sekaligus membantah pemahaman mereka yang bertentangan dengan ‘aqidah Islam yang sahih menurut Ahlus Sunnah wal-Jama’ah.. Kerana ada sebahagian dari keyakinan-keyakinan menyimpang tersebut yang dipegang oleh sebahagian umat Islam, maka adalah menjadi tanggungjawab orang berilmu untuk memberikan penjelasan dan pencerahannya.

Mudah-mudahan dengan membaca buku ini para pembaca akan bertambah keimanan, memberi masukan motivasi dan dorongan untuk beramal, memperolehi ilmu yang bermanfaat, mengenal makhluk ghaib yang wajib diketahui, bersemangat terhadap Islam dan mudah-mudahan Allah memberikan hidayah taufiq kepada kita untuk dapat melaksanakan syari’at Islam dengan istiqamah (konsisten) di atas ‘aqidah dan prinsip agama yang benar. In-syaa-Allaah... [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Antara kandungan dan cakupan utama yang dibahaskan melalui buku ini adalah:

1, Kewajiban beriman terhadap malaikat, definisi malaikat, hakikat kewujudan mereka, dan kedudukan mereka dalam neraca Al-Qur’an dan As-Sunnah.

2, Makna beriman kepada para Malaikat.

3, Mengenal Malaikat, dari apa mereka diciptakan, waktu penciptaannya, hikmah diciptakannya malaikat, jumlah malaikat, nama-nama mereka antara yang sahih dan tidak, sifat dan kerektor mereka, sayap malaikat, penjelmaan malaikat di hadapan manusia.

4, Bolehkah melihat malaikat, kematian malaikat, akhlak para malaikat, ibadah para malaikat, jenis-jenis malaikat, doa dan dzikir para malaikat, dan hakikat kewujudan mereka di sisi manusia.

5, Tugas-tugas malaikat yang disebutkan dalam dalil-dalil sahih.

6, Tugas para malaikat dalam kehidupan manusia.

7, Hak-hak para Malaikat dan hikmah mengimani kewujudan mereka.

8, Keyakinan-keyakinan yang menyimpang terhadap malaikat dan pencerahannya.

9, Malaikat dalam kaca mata agama-agama kaum kafir dan firqah-firqah sesat dalam Islam; hakikat, nukilan, huraian, dan analisa menurut timbangan Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net