Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Perjalanan Hidup Empat Khalifah Rasul Yang Agung

Perjalanan Hidup Empat Khalifah Rasul Yang Agung
Perjalanan Hidup Empat Khalifah Rasul Yang Agung
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16 x 4

ISBN: 9789793407197
Availability: In Stock
Price: RM74.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Perjalanan Hidup Empat Khalifah Rasul Yang Agung | Judul Asal: Disusun/dikeluarkan dari Al-Bidayah wa An-Nihayah karya Ibnu Katsir | Penulis: Al-Hafiz Imam Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) | Penerbit: Darul Haq | Berat: 1.3kg | Muka Surat: 736m/s. (Hard cover)


Sebuah karya yang hebat yang memaparkan sejarah kehidupan empat khalifah yang agung dalam sejarah kaum muslimin. Membawakan kisah-kisah yang telah dijamin keabsahannya. Memaparkan sejarah keislaman, perjalanan keilmuan, keteladanan dan keperibadian, perjuangan agama dan dakwah, kekeluargaan dan persahabatan, diikuti kehebatan jihad di medan perang serta keunggulan selaku pemimpin di tampuk pemerintahan dan pentadbiran mereka sekalu Al-Khulafa' Ar-Rosyidun.

Karya ini turut menyingkap beberapa kekeliruan, salah faham dan fitnah yang terjadi terhadap Al-Khulafa' Ar-Rosyidun.

Mereka adalah empat sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang paling utama dan mulia, mereka-lah empat khalifah agung dalam Islam; yakni Abu Bakr, 'Umar, 'Utsman, dan 'Ali radhiyallahu 'anhum.

Karya ini asalnya merupakan bahagian yang termuat di dalam karya terkenal Al-Bidayah wa An-Nihayah susunan Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H). Kemudian diambil dan dikeluarkan pada bahagian kisah sejarah empat khalifah ini lalu dijadikan sebagai satu buku khusus secara berasingan.

Dan inilah hasilnya. Buku ini membentangkan kisah-kisah sejarah di zaman khalifah yang empat tersebut dari sudut pemerintah dan perkembangan dan penyebaran dakwah Islam ketika itu, corak dakwahnya, perjalanan pemerintahannya, peristiwa-peristiwa penting yang berlaku, rentetan sejarah, pergolakan, kisah-kisah peperangan dan penaklukan, kisah-kisah kejayaan, dan kisah-kisah teladan dari para khalifah.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net