Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kitab Tauhid Edisi Lengkap

Kitab Tauhid Edisi Lengkap
Kitab Tauhid Edisi Lengkap
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq (9(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20 x 14 x 48

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM48.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kitab Tauhid Edisi Lengkap | Judul Asal ('Arab): Tauhid Al-'Aliy | Penulis: Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan | Penerbit: Darul Haq | Berat: 650g | Muka Surat: 3 Jilid lengkap (Soft cover)


Ini adalah siri lengkap kitab aqidah ahli sunnah wal-jama'ah merangkumi setiap asas perbahasan aqidah secara global. Kitab ini amat baik bagi para pemula dan penuntut ilmu. Perbahasan adalah berhubung sekitar isu asas-asas penting aqidah ahli sunnah wal-jama'ah. Ia dimulakan dengan perbahasan wajibnya beragama di atas dalil yang sahih, diikuti dengan isu perpecahan di kalangan manusia dan umat Islam serta faktor puncanya. Kemudian ia masuk pula kepada perbahasan penting asas rububiyyah, uluhiyyah, dan al-asma’ was sifat. Ini adalah 3 asas utama lagi prinsip dalam membina kekuatan kefahaman ilmu aqidah. Ia adalah perbahasan tentang memahami konsep hidup bertuhan, konsep pengabdian hanya kepada Allah, ibadah berdasarkan perintah wahyu, dan asas-asas penting dalam mengenal Allah Subhanahu wa Ta'ala.
 
Selain 3 asas penting tauhid tersebut, kitab ini turut memasukkan perbahasan penting lainnya sekitar asas-asas pembinaan manhaj dan jati diri seorang muslim ahli sunnah wal-jama'ah. Perbahasan yang dimaksudkan adalah tentang al-wala’ wal bara’ (membina kecintaan dan benci di atas iman), kefahaman yang benar terhadap rukun iman, mu'amalah terhadap kaum kuffar, memahami hakikat bid’ah, mu'amalah terhadap ahli bid'ah, mu'amalah terhadap pemerintah Islam, pengertian iman, adab kepada para sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, dan seterusnya ia pergi pula kepada sub-perbahasan syirik dan perkara-perkara yang dapat membatalkan iman. Turut dibahaskan sama melalui kitab penting ini adalah tentang akhlak sebagai seorang ahli sunnah wal-jama'ah.
 
Kepada para penuntut ilmu yang baru bermula mengenal erti sunnah, jangan sia-siakan masa anda. Pelajarilah aqidah dari sumber yang benar. Dan di antara sumber yang baik sebagai bahan bantuan memulakan usaha mengenal manhaj aqidah yang benar adalah apa yang terbuku di dalam kitab ini. Kitab ini disusun oleh Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan Al-Fauzan, anggota tertinggi majlis fatwa 'Arab Saudi.
 
Semak cara membuat belian dan pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net