Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Keajaiban Thibbun Nabawi

Keajaiban Thibbun Nabawi
Keajaiban Thibbun Nabawi
Terbitan: Al Qowam
Product Code: Al-Qowam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23 x 15 x 2

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM34.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Keajaiban Thibbun Nabawi | Judul Asal ('Arab): Asy-Syifaa' min Wahyi Khotami al-Anbiya' | Penulis: Aiman B. 'Abdul Fattaah | Penerbit: Al-Qowam | Berat: 510g | Muka Surat: 350m/s.


Setiap bentuk perubatan yang pernah diajarkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dijelaskan dengan baik dan terperinci melalui buku penting ini. Ajaib dan sungguh menakjubkan. Dunia kedokteran moden pun akan tunduk takjub dan mengakui fakta-fakta ilmiah yang ada tentang keajaiban kaedah (methode) perubatan nabawi (thibbun nabawi). Pelbagai kajian ilmiah dan teknik (prosedur) perubatan ataupun laboratorium (makmal) telah membuktikan secara realiti akan hal ini.
 
Perubatan nabawi (thibbun nabawi: Perubatan Cara Nabi) menjadi satu bentuk teknik dan kaedah perubatan alternatif berpandukan agama yang telah mula banyak diminati dan meningkat naik. Kerana dengan sedikitnya kos pembiyayaan yang digunakan, perubatan ini telah berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik yang biasanya hanya dapat disembuhkan dengan kos pembiayayaan yang sangat tinggi. Methode-methode perubatan dengan bekam, madu, habbatus sauda, minyak zaitun, kam'ah, itsmid, talbinah, qusthul bahri, dan selainnya sebagai sebahagian dari bahan-bahan atau bentuk-bentuk perubatan nabawi telah menunjukkan bahawa ia merupakan terapi yang mujarab yang berupaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, selain penyakit tua (dan mati) dengan izin Allah.
 
Buku ini cukup lengkap membahaskan sekitar kaedah perubatan nabawi, dari sudut teori ataupun praktikalnya. Buku ini menjelaskan di samping bahan-bahan yang menjadi asas perubatan, ia turut menjelaskan kaedah-kaedah praktikalnya secara terperinci. Di dalamnya juga turut disertakan pengakuan dan hasil penelitian perubatan dari para pesakit yang telah diubati/dirawat dengan methode perubatan nabawi. Bahkan di akhir perbahasan buku ini, turut dikemukakan juga tentang 59 jenis penyakit dan kaedah rawatannya, sehingga buku ini benar-benar sangat menakjubkan lagi bermanfaat dan sangat penting untuk dimiliki oleh setiap insan yang ingin sentiasa sihat dalam kehidupannya.
 
Buku ini telah mendapat pengesahan, kata pengantar (kata-kata aluan) dan dicadangkan oleh beberapa tokoh ulama serta doktor masa kini dari Mesir seperti:
 
1 - Fadhilatusy Syaikh Muhammad B. Husain Ya'qub,
 
2 - Syaikh Muhammad Hassan,
 
3 - Syaikh Mushthofa al-'Adawi,
 
4 - Syaikh Wahid B. 'Abdus Salam Bali,
 
5 - Syaikh Dr. Muhammad B. 'Abdul Mun'im,
 
6 - Syaikh 'Abdul Mun'im,
 
7 - Dr. Hani' al-Ghozawi, dan
 
8 - Ustaz Dr. Nabil Hasan.
 
Di antara isi kandungan buku ini adalah berkenaan:
 
1 - Pegakuan beberapa pesakit yang telah mendapat rawatan dengan kaedah Thibbun Nabawi (Perubatan cara Nabi), seperti pesakit kencing manis, pesakit rabun, kanker, gangguan jantung, radang mata, tekanan darah, gangguan tulang rawan, gangguan hati, radang saraf, kurap, gangguan tulang belakang, demam, pesakit mental, leukimia, radang berkaitan salur darah, hepatitis, kemandulan, hangguan saluran kencing, dan pelbagai lagi yang lainnya.
 
2 - Penjelasan ilmyah berdasarkan hasil kajian saintifik.
 
3 - Perbezaan kaedah perubatan Nabi dan konvensional. Dan siapakah dia ahli dan pakar perubatan dari akca mata Islam?
 
4 - Penjelasan Pelbagai jenis penyakit secara umum.
 
5 - Fakta ilmiyah tentang bekam.
 
6 - Klasifikasi penyakit.
 
7 - Penyakit sihir dan rawatannya.
 
8 - Bagaimana bentuk-bentuk perubatan Nabi.
 
9 - Pelbagai bentuk kaedah penjagaan kesihatan dan rawatan anjuran Nabi.
 
10 - Melanggar larangan agama, merupakan salah satu bentuk lahirnya penyakit.
 
11 - Memahami pola dan cara makan Nabi sebagai kaedah awal menjaga kesihatan dan menghalang datangnya penyakit.
 
12 - Akibat melampau dalam makan/minum.
 
13 - Keperluan tubuh badan kepada makanan yang sesuai.
 
14 - Khasiat susu dan rahsianya dari sudut wahyu (dalil al-Qur'an dan hadis).
 
15 - Khasiat dan rahsia minyak Zaitun.
 
16 - Keajaiban air.
 
17 - Rahsia Tamar (kurma kering) dan Ruthob dari perpekstif agama dan sains.
 
18 - Kaedah tidur anjuran Nabi.
 
19 - Rahsia sakit dan anjuran menjenguk orang sakit.
 
20 - Beberapa kaedah rawatan perubatan Nabawi.
 
21 - Perubatan dengan Habbatus Sauda (Jintan Hitam).
 
22 - Perubatan dengan menggunakan madu dan rahsianya.
 
23 - Perubatan dengan Kam'ah, Itsmid, dan celak.
 
24 - Perubatan dengan Talbinah.
 
25 - Perubatan dengan 'Ud Hindi atau Qusthul Bahri.
 
26 - Perubatan dengan air kencing dan susu unta.
 
27 - Rahsia makanan (dan bahan tertentu) yang disebutkan oleh al-Qur'an dan as-Sunnah secara khusus seperti Utruj (limau), Arz (beras), Bittikh (semangka/tembikai), Tamar, Tsarid, Tin, Jummar (jantung pohon kurma), cuka, Rumman (delima), Zaitun, mentega, Siwak, pokok pisang, mentiun, daging, labu, dan selainnya.
 
28 - Bentuk-bentuk doa dan ayat al-Qur'an yang berkaitan.
 
29 - 59 jenis penyakit dan kaedah rawatannya, seperti sakit leukimia, kanser tulang, kerapuhan tulang, rematoid, radang ginjal, rematik, asma, pneumonia, radang paru-paru, gagal jantung, flu dan influenza, dan pelbagai lagi.
 
Selamat membaca, mengkaji dan memahami. Sehingga mampu dan yakin untuk mengamalkannya... insyaAllah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net