Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Bencana dan Peperangan Akhir Zaman Sebagaimana Yang Rasulullah Khabarkan

Bencana dan Peperangan Akhir Zaman Sebagaimana Yang Rasulullah Khabarkan
Terbitan: Ummul Qura
Product Code: Ummul Qura
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 18 x 4.9

ISBN: 9786027637405
Availability: Out Of Stock
Price: RM98.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Bencana dan Peperangan Akhir Zaman Sebagaimana Yang Rasulullah Khabarkan | Judul Asal (‘Arab): An-Nihaayah fil Fitan wal-Malaahim | Penulis: Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) | Tahqiq/Takhrij: Oleh Asy-Syaikh Isham Ash-Shababithi & Penerbit Daar Al-Hadits | Penterjemah: Umar Mujtahid | Penerbit: Ummul Qura | Berat: 1.35kg | Muka Surat: 1039 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 24.7cm (tinggi) x 18cm (lebar) x 4.9cm (tebal) | ISBN: 978-602-7637-40-5 |


Ini adalah edisi terjemahan dari sebuah Kitab berjudul An-Nihaayah fil Fitan wal-Malaahim karya Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H). Kitab ini membahaskan pelbagai peristiwa peperangan, fitnah (kekacauan), dan pelbagai fenomena yang akan terjadi di akhir zaman. Kitab ini juga membahas tentang tanda-tanda menjelang terjadinya Kiamat, seperti fitnah Dajjal, peristiwa turunnya Nabi ‘Isa bin Maryam, kemunculan kaum Ya’juj dan Ma’juj, serta yang lainnya.

Kitab ini juga turut membahaskan secara panjang lebar tentang Kiamat diikuti hal-hal yang terkait dengannya seperti hari kebangkitan, perhitungan amal, mizan (timbangan), shirath, Syurga, Neraka, dan yang lainnya.

Seluruh permasalahan tersebut berserta kisah-kisah masa depan yang lainnya dibahas secara ilmiyah bersumberkan nash-nash Al-Qur’an, hadis-hadis Nabi, dan riwayat-riwayat yang dinukil lengkap dengan sanad masing-masing berserta sumber pengambilannya. Status riwayat atau hadis yang dinukil turut diperjelaskan keadaan dan statusnya sama ada sahih atau tidak.

Penulis kitab ini terkenal dengan nama Al-Hafiz Ibnu Katsir. Adapun nama asal beliau adalah Abu Al-Fida’ Imaduddin Ismail bin ‘Umar bin Katsir Al-Qurasy Ad-Dimasyqi. Ayah beliau adalah Al-Khathib Syihabuddin, merupakan seorang ulama, ahli fiqh, dan juru khuthbah. Dengan itu, beliau telah mula memperdalmi ilmu-ilmu agama yang penting semenjak usia kecil lagi. Beliau juga menghafal Al-Qur’an menguasai pelbagai qira’ah semenjak kecil. Kemudian beliau pelajari fiqh, aqidah dan hadis. Beliau turut berguru dengan beberapa tokoh ulama tersohor seperti Al-Hafiz Al-Mizzi dan Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahumallah.

Selain kitab An-Nihaayah fil Fitan ini, Al-Hafiz Ibn Katsir turut memiliki banyak sekali karya-karya yang lainnya. Dan di antara karya beliau yang paling menonjol adalah Tafsir al-Qur’an Al-Adzim (atau dikenal dengan nama Tafsir Ibn Katsir),. Kemudian diikuti pula dengan Al-Bidayah wan-Nihayah dan Qishshah Al-Anbiyaa’.

Semoga dengan tercetaknya edisi terjemahan ini ianya akan mampu memperluaskan lagi ilmu dan memberi banyak mafaat untuk seluruh para pembaca.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net