Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sembuhkanlah Penyakitmu Dengan Ruqyah Syar'iyyah

Sembuhkanlah Penyakitmu Dengan Ruqyah Syar'iyyah
Sembuhkanlah Penyakitmu Dengan Ruqyah Syar'iyyah
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 18 x 12 x 1

ISBN: 9789793772301
Availability: Out Of Stock
Price: RM16.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sembuhkanlah Penyakitmu Dengan Ruqyah Syariyyah | Judul Asal ('Arab): Kaifa Tu’aliju Maridhaka bi Ar-Ruqyah Asy-Syar’iyyah | Penulis: Syaikh Abdullah bin Muhammad as-Sadhan | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 250g | Muka Surat: 219m/s. (Soft cover)


Buku ini membahas berkaitan ruqyah syariyyah dan kesannya sebagai salah satu faktor kesembuhan untuk pelbagai penyakit seperti kegusaran hati, sihir, kerasukan, ain, demam, dan sengatan serangga.
 
Buku ini memulakan perbahasannya dengan mekanisme rawatan yang dianjurkan oleh sunnah. Kemudian penjelasan berkaitan kepelbagaian penyakit yang melibatkan rawatan ruqyah secara syari, diikuti penjelasan tentang kaedah rawatan. Kemudian ia meneruskan perbahasan dengan bab hasad dan dengki, pencegahan terhadap perbuatan jahat, kesan penyakit ain, sihir dan faktor-faktor lainnya yang berkaitan.
 
Di akhir perbahasan, penulis membentangkan soal-jawab yang biasanya menjadi pertanyaan di kalangan masyarakat sekaligus membantu para pembaca memahami persoalan ini dengan lebih baik lagi. Diikuti dengan itu, penulis turut mengongsikan kisah-kisah benar hasil rawatan ruqyah syar'iyyah ini.
 
Buku ini turut disemak dan diperakui oleh Syaikh Abdullah bin Sulaiman Al-Mani, Dr. Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin, Dr. Muhammad bin Abdurrahman Al-Khumais, dan Dr. Nashir bin Abdul Karim Al-Aql.
 
Syaikh Dr. ‘Abdul Karim Al-‘Aql hafidzahullah berkata pada kata-kata aluan buku ini:

“Aku telah meneliti kitab Kaifa Tu’aliju Maridhaka bi Ar-Ruqyah Asy-Syar’iyyah karya saudara kami Syaikh ‘Abdullah B. Muhammad As-Sadhan. Aku telah membacanya lebih dari sekali dan menilainya sebagai kitab yang ilmiyah lagi bermanfaat, kerana ia menghimpun dua hal, iaitu:

1, Meletakkan prinsip-prinsip (dalam ruqyah) secara syar’i.

2, Kajian yang teliti dan tepat.” (lihat: Mukaddimah kitab ini)

Kata Syaikh As-Sadhan sendiri (iaitu penulis kitab ini):

“Kitab ini telah ku perlihatkan kepada ramai ulama umat Islam. Mereka mendukung tata-cara ini dengan izin Allah. Yang penulis maksudkan adalah “methode yang mengisyaratkan tuduhan kepada seseorang dan cara ruqyah syar’iyah dengan niat memberikan hidayah dan kesembuhan.” Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

وَلِهَذَا يَحْتَاجُ الْمُتَدَيِّنُ الْمُتَوَرِّعُ إلَى عِلْمٍ كَثِيرٍ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَالْفِقْهِ فِي الدِّينِ وَإِلَّا فَقَدَ يُفْسِدُ تَوَرُّعُهُ الْفَاسِدَ أَكْثَرَ مِمَّا يُصْلِحُهُ كَمَا فَعَلَهُ الْكُفَّارُ وَأَهْلُ الْبِدَعِ مِنْ الْخَوَارِجِ وَالرَّوَافِضِ وَغَيْرِهِمْ

“Oleh itu, orang yang ahli agama lagi wara’, mereka memerlukan lebih banyak pengetahuan tentang Al-Kitab dan As-Sunnah serta kefaqihan dalam agama. Jika tidak demikian, sikap wara’nya yang salah akan menyebabkan lahirnya kerosakkan yang lebih banyak dari apa yang sedang diperbaikinya. Ini adalah sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang kafir, ahli bid’ah dari kalangan Al-Khawarij, Ar-Rafidhah, dan selainnya.” (Majmu’ Al-Fatawa, 20/141-142) ...

... Akhir-akhir ini telah tersebar fenomena perubatan dengan Al-Qur’an Al-Karim. Tidak dinafikan bahawa itu suatu situasi yang baik. Namun aspek yang menimbulkan kegundahan dan menumbuhkan keprihatinan, bahawa orang yang menangani perkara penting ini adalah sebahagian orang yang hakikatnya tidak memahami Al-Qur’an, iaitu para individu yang tidak memiliki bekal ilmu syar’i yang benar. Hal tersebut dijadikan sebagai sebuah lubuk perniagaan yang laris dengan cepat, dan amalan untuk mengambil harta orang lain dengan cara yang bathil.

Di sisi yang lain pula, ramai orang yang memberikan perhatian pada kemampuan ilmu kedokteran konvensional semata-mata, dengan meninggalkan perubatan yang syar’i. Maka, ini adalah salah satu tulisan sederhana untuk menjelaskan hal sebenar. Kerana saya melihat orang ramai amat memerlukan koreksi atau pencerahan beberapa bentuk keyakinan dari ketergantungan terhadap bid’ah, jampi-jampi (yang menyimpang), dan bentuk-bentuk khurafat (yang disangka perubatan Islam) secara tepat. Ditambah pula sebahagian mereka ada yang dilalaikan keimanannya lalu menganggap kesembuhan itu datangnya dari kalangan para doktor dan mereka melupakan pula aspek perubatan yang syar’i.

Oleh itulah, maka diperlukan sebuah penjelasan atau penetapan kaedah yang sesuai dari sudut pandang agama yang sahih berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah.” (Mukaddimah buku; dengan ringkasan)

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net