Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Biografi Umar Bin Al-Khathab

Biografi Umar Bin Al-Khathab
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Pustaka Al-Kautsar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 16.4 x 4.1

ISBN: 9789795926412
Availability: In Stock
Price: RM86.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul:  Biografi ‘Umar Bin Al-Khathab | Judul Asal (‘Arab):Umar Bin Al-Khaththab; Syakhshiyatuhu wa ‘Ashruhu | Penulis/Penyusun: Dr. ‘Ali Muhammad Ash-Shallabi | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Khoirul Amru Harahap & Akhmal Faozan | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 1142g | Muka Surat: 859m/s. (Hard cover) | Ukuran Buku: 24.6 cm (tinggi) x 16.4 cm (lebar) x 4.1 cm (tebal) | ISBN:  978-979-5926-41-2 |


‘Umar dilahirkan 13 tahun setelah lahirnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam . Pada zaman jahiliyah, beliau merupakan salah seorang dari pemimpin atau pembesar Quraisy serta menjadi utusan atau wakil mereka.

Dikatakan, apabila terjadi permasalahan yang berkaitan dengan diplomasi maka ia akan diserahkan kepada ‘Umar. Jika terjadi peperangan di antara kabilah, maka ‘Umar akan diutus sebagai orang tengah.

Apabila Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diutus sebagai seorang Rasul, ‘Umar terkenal di kalangan mereka antara yang paling kejam penyiksaannya terhadap kaum Muslimin. Tetapi dengan sebab hidayah Allah Subhanahu wa Ta’ala, ‘Umar memeluk Islam hasil doa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam agar agama Islam dikuatkan menerusi beliau. Baginda berdoa:

“Ya Allah, muliakanlah agama Islam ini dengan ‘Umar al-Khaththab.” (Sunan Ibnu Majah, no. 105)

Setelah Allah menghendaki kebaikan untuk ‘Umar Al-Khaththab, beliau datang bertemu dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di Daar Al-Arqam bagi menyatakan keislamannya. Kaum Muslimin seluruhnya berasa amat gembira dengan keislaman ‘Umar dan beliaulah orang yang pertama menyatakan keislamannya secara terang-terangan di khalayak ramai.

Diriwayatkan bahawa Ibnu Mas‘ud radhiyallahu ‘anhu berkata:

Islamnya ‘Umar adalah suatu kemenangan besar, hijrahnya adalah keuntungan dan kepimpinannya adalah rahmat. Aku melihat sendiri bagaimana kami tidak mampu melakukan solat di Baitullah sebelum ‘Umar menyatakan keislamannya. Ketika ‘Umar masuk Islam, beliau menyatakan perang terhadap mereka (kaum Quraisy) sehingga mereka membiarkan kami melakukan solat dengan bebas. (lihat: Majma’ Az-Zawa’id, no. 14410. Di dalam sanadnya terdapat perawi dha’if)

‘Umar, sebagaimana Abu Bakar Ash-Siddiq, tidak pernah memisahkan dirinya dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Beliau turut serta mengikuti seluruh peperangan bersama mereka berdua seperti peperangan Badr, Uhud, Khandak, Bai‘ah Ar-Ridhwan, Khaibar, pembebasan Kota Makkah dan peperangan Tabuk.

‘Umar terkenal sebagai seorang yang sangat tegas dalam urusan agama Allah dan terhadap orang-orang kafir serta golongan munafiq. ‘Umar termasuk di kalangan sahabat yang diredhai Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika beliau wafat.

Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) di dalam kitabnya Tahzib al-Asma’ wa al-Lughah berkata:

“Mereka bersepakat tentang banyaknya ilmu ‘Umar, seorang yang faqih, bersangatan zuhud serta tawadu’nya, sangat mengasihi kaum Muslimin di samping sikap ketegasan dan kebenarannya, mengikuti dengan sepenuhnya jejak-langkah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam serta amat memberikan perhatian terhadap kemaslahatan kaum Muslimin. Kemuliaannya terkenal di kalangan ahli keutamaan dan kebaikan manakala ciri-ciri kebaikannya sangat banyak untuk diteliti dan diambil iktibar.”

Jadi, siri kedua tentang sejarah masa pemerintahan Khulafa’ur Rasyidin ini, ia membicarakan tentang ‘Umar bin Al-Khaththab yang digelar dengan gelaran Al-Faruq (pembeza). Buku ini membahas tentang keperibadian dan masa pemerintahannya.

‘Umar adalah khalifah kedua dan tergolong sahabat yang paling utama setelah Abu Bakr Ash-Shiddiq. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menganjurkan dan memerintahkan agar kita meneladani dan mengikuti sunnah serta petunjuk mereka.

‘Umar bin Al-Khaththab adalah sebaik-baik orang soleh setelah para nabi, para rasul, dan Abu Bakar Ash-Shiddiq. Tentang ‘Umar bin Al-Khaththab dan Abu Bakar Ash-Shiddiq, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Ikutilah dua orang setelahku, iaitu Abu Bakr dan ‘Umar.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3663)

Terdapat banyak hadis yang menjelaskan tentang pelbagai keutamaan ‘Umar bin Al-Khaththab. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya telah ada dalam umat-umat sebelum kamu orang-orang yang diberikan ilham. Dan bila dalam kalangan umatku terdapat seseorang yang demikian, maka ‘Umar bin al-Khaththab termasuk dari kalangan mereka.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3689)

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga pernah bersabda:

“Aku bermimpi, bahawa aku melepas timba di pagi hari di sebuah telaga, lalu Abu Bakr datang dan mengambil satu atau dua timba dengan tenaga yang kurang bermaya, dan Allah mengampuni beliau.

Kemudian datang ‘Umar bin Al-Khaththab lalu mengambil timba telaga tersebut, dan aku tidak melihat orang yang cerdas yang sangat bagus dalam beramal sepertinya sehingga orang ramai menjadi segar dan mereka pergi ke kandang-kandang unta mereka untuk memberikan minum kepada unta-unta mereka.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3676)

Kehidupan ‘Umar bin Al-Khaththab merupakan lembaran sejarah yang bersinar dari sejarah Islam yang menyinari dan mengungguli setiap sejarah. Sejarah umat lain tidak menghimpun apa-apa yang dikandung sejarah ‘Umar ini berupa kemuliaan, kejayaan, ketulusan, perjuangan, dan dakwah di jalan Allah.

Kerana itu, penulis telah berusaha meneliti pelbagai informasi tentang ‘Umar, tentang kehidupan dan masa pemerintahannya dari pelbagai kitab, sumber dan rujukan. Semoga ia bermanfaat dan menjadi tatapan para pembaca dan pengkaji.

Penulis telah mengkaji dan membentangkan kisah-kisah kehidupan ‘Umar bin Al-Khaththab sejak masa kelahiran hingga masa wafatnya. Penulis membahas tentang nasabnya, tentang keluarganya, tentang hidupannya di masa jahiliyah, tentang keislamannya, tentang hijrahnya, dan tentang pengaruh Al-Qur’an dan kebersamaannya dengan Nabi terhadap pendidikan dan keperibadiannya.

Penulis juga menghuraikan tentang peranannya di pelbagai medan peperangan dan peranannya di tengah-tengah masyarakat Madinah pada masa Nabi dan masa Abu Bakar Ash-Shiddiq.

Penulis jelaskan tentang kisah pemerintahnya dan prinsip-prinsip pemerintahnya, seperti prinsip musyawarah, prinsip penghormatan terhadap hak-hak. Juga, penulis jelaskan tentang pelbagai sifat ‘Umar, tentang kehidupannya bersama keluarganya, tentang penghormatannya terhadap Ahlul Bait, dan tentang kehidupannya di tengah-tengah masyarakat setelah beliau menjadi khalifah, seperti perhatian dan pemeliharaanya terhadap masalah hak-hak kaum wanita dalam masyarakat, pemeliharaannya terhadap hak-hak rakyat yang paling awal masuk Islam, perhatiannya terhadap keperluan-keperluan rakyatnya, perhatiannya terhadap pendidikan para pemimipin masyarakat, pengingkarannya terhadap pelbagai perbuatan menyimpang, perhatiannya terhadap kesihatan rakyat, perhatiannya terhadap sistem pengawasan pasar dan perdangangan, perhatiannya terhadap perlaksanaan tujuan-tujuan umum syari’at Islam, seperti pemeliharaan masalah tauhid, memerangi pelbagai perbuatan menyimpang dan bid’ah, perhatiannya terhadap masalah ibadah, dan pemeliharaanya terhadap kehormatan para pejuang dan tentera Islam.

Penulis juga menghuraikan tentang perhatian ‘Umar bin Al-Khathab terhadap ilmu pengetahuan. Pada masa pemerintahnnya, ‘Umar menjadikan Madinah sebagai pusat fatwa dan ilmu fiqh. Dari Madrasah Madinah ini, lahir para ulama, para aktivis dakwah, para gabernor, dan para hakim. Penulis menjelaskan pula tentang pengaruh ‘Umar bin Al-Khaththab terhadap pekembangan madrasah-madrasah yang berada di pelbagai daerah seperti madrasah Makkah, madrasah Madinah, madrasah Bashrah, madrasah kuffah, madrasah Syam, dan madrasah Mesir.

‘Umar bin Al-Khaththab juga sangat memperhatikan pakar-pakar dari kalangan ilmuan yang ahli di bidangnya dan mengirimkan mereka ke pelbagai daerah. Masjid-masjid di zaman tersebut difungsikan sebagai pusat dakwah, pusat pengajaran, pusat pendidikan, dan pusat penyebaran peradaban Islam. Masjid merupakan pusat pengembangan ilmu pengetahuan pertama dalam Islam. Di tempat-tempat dan pusat dakwah inilah para ulama dari kalangan sahabat mengajarkan ilmu kepada para penduduk yang baru masuk Islam secara suka rela, tanpa ada paksaan.

Pada masa pemerintahan Umar bin Al-Khathab, jumlah masjid yang digunakan untuk menunaikan solat Juma’at mencapai 12,000 buah masjid. Di samping pusat-pusat ilmu pengetahuan ini, terdapat pula lembaga militeri (ketenteraan) yang didirikan bersamaan dengan pembebasan wilayah Iraq, Iran, Syam, Mesir dan Maroko. Pusat-pusat atau badan-badan tersebut dipimpin oleh para tokoh ilmuan, ulama fiqih, dan para da’i yang mendapat didikan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di Madinah. ‘Umar benar-benar memanfaatkan potensi dan sumber daya manusia ini dengan baik dan menempatkan mereka secara profesional pada posisinya.

Penulis juga turut membicarakan tentang perkembangan dan pengelolaan pelbagai krisis yang pernah terjadi pada masa pemerintahan ‘Umar. Penulis jelaskan tentang perhatian ‘Umar bin Al-Khaththab terhadap masalah jalan raya, sarana-sarana pengangkutan sama ada darat mahupun laut, pembangunan pelabuhan-pelabuhan dan daerah-daerah baru yang digunakan sebagai pangkalan-pangkalan ketenteraan dan pusat-pusat peradaban.

Penulis bicarakan pula tentang pembangunan kota-kota besar di masa ‘Umar bin Al-Khaththab seperti kota Bashrah, Kuffah, Fusthath (sekarang Cairo), Sirt (Sidrah); tentang pelbagai pertimbangan aspek militeri dan ekonomi yang diambil ‘Umar ketika mendirikan kota-kota tersebut; tentang pelbagai tindakan (solusi) yang diambil oleh ‘Umar ketika menghadapi saat-saat krisis dan bagaimana beliau menjadikan dirinya sebagai teladan di masa tersebut. Dalam menghadapi berbagai krisis, beliau meminta bantuan kepada penduduk yang berada di pelbagai daerah seraya memohon pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan melakukan solat istisqaa’.

Penulis juga menjabarkan berkaitan pelbagai ijtihad yang dilakukan ‘Umar bin Al-Khaththab ketika bencana melanda seperti menghentikan sementara tindakan hukuman potong tangan terhadap pencuri dan menunda pembayaran zakat pada tahun-tahun tersebut.

Penulis jabarkan pula tentang tahun merebaknya wabak penyakit di masa ‘Umar bin Al-Khaththab dan bagaimana sikap beliau dalam menghadapi masalah ini. Wabak penyakit tersebut telah meraggut banyak nyawa para panglima perang kaum muslimin di wilayah Syam dan meragut sekitar 120,000 jiwa umat islam.

Dalam buku ini, penulis jelaskan pula tentang peranan ‘Umar dalam mengembangkan badan-badan kewangan dan badan pengadilan. Antara badan kewangan, tersebut adalah dari badan-badan pengurusan sumber negara seperti; zakat, jizyah, harta bumi, dan harta rampasan perang, tentang masalah baitul mal, tentang pengurusan pentadbiran negara, tentang pos-pos pengeluaran negara, tentang ijtihad ‘Umar dalam masalah tanah, dan tentang pencetakan mata wang negara. Setelah itu, penulis jelaskan tentang peranan ‘Umar dalam mengembangkan badan peradilan.

Mengenai pembinaan dan pengembangan badan ini, penulis membicarakan tentang surat-surat yang pernah dikirim ‘Umar bin Al-Khaththab kepada para hakim, tentang penentuan jabatan hakim, tentang tingkatan, sifat-sifat, dan kewajiban para hakim, tentang sumber-sumber hukum peradilan dan dalil-dalil yang harus dipegang teguh oleh hakim, tentang pelbagai ijtihad ‘Umar dalam masalah pengadilan, seperti hukum memalsukan stempel (cop mohor) rasmi negara, hukuman bagi orang yang pernah mencuri harta dari baitul mal di Kuffah, dan selainnya.

Dan banyak lagi lainnya yang dibahaskan oleh penulis termasuk urusan pengembangan wilayah, hubungan diplomatik, dan selainnya.

Beliau adalah tokoh teladan dan pemimpin contoh bagi umat manusia sepanjang zaman dari sebuah sejarah Islam yang mulia. Sama-sama kita tela’ah, ikuti, dan telusuri kisah-kisah dan keagungan beliau.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net