Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Serial Sirah Nabawiyyah Untuk Anak-anak (Edisi Lengkap, 4 Jilid)

Serial Sirah Nabawiyyah Untuk Anak-anak (Edisi Lengkap, 4 Jilid)
Serial Sirah Nabawiyyah Untuk Anak-anak (Edisi Lengkap, 4 Jilid) Serial Sirah Nabawiyyah Untuk Anak-anak (Edisi Lengkap, 4 Jilid) Serial Sirah Nabawiyyah Untuk Anak-anak (Edisi Lengkap, 4 Jilid) Serial Sirah Nabawiyyah Untuk Anak-anak (Edisi Lengkap, 4 Jilid)
Terbitan: Perisai Quran
Product Code: Perisai Quran
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21.4 x 19.3 x 1.4

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM35.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Serial Sirah Nabawiyyah Untuk Anak-anak (Edisi Lengkap, 4 Jilid) | Penulis: Nizar Sa'ad Jabal | Penerbit: Qids Perisai Quran Kids | Berat: 600g | Muka Surat: 158 m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Ini adalah siri buku pendidikan untuk anak-anak berkaitan sirah perjalanan hidup Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Buku ini mengajak anak-anak agar berkenalan dengan Nabi kita dan mengenal rangkuman umum kehidupan beliau sejak dari awal kelahiran, zaman kanak-kanak Nabi, saat dewasa Nabi dan keluarga beliau, detik kenabian atau kerasulan Nabi, sehinggalah kepada detik hijrah, peperangan, dan kewafatan Nabi. Buku ini dibahagikan menjadi 4 bahagian buku yang mudah sebagai salah satu bahan pelajaran untuk anak-anak bersama si ibu atau bapa. Kandungannya disampaikan dalam bentuk yang santai, ringkas, mudah, dan disertai dengan ilustrasi-ilustrasi berwarna yang dapat menarik perhatian anak-anak.
 
Di antara rujukan pembikinan buku serial Sirah Nabawiyah untuk anak-anak ini adalah:
 
1, Kitab Ar-Rahiiq al-Makhtum oleh Syaikh Shafiyurrahman al-Mubarakfuri.
 
2, Kitab As-Siirah an-Nbawiyah ash-Shahihah oleh Dr. Akram Dhiya' al-'Umari.
 
3, Mukhtashar Sirah ar-Rasuul oleh Syaikh Muhammad B. 'Abdul Wahhab.
 
4, As-Siirah an-Nabawiyah fii Dhau'il Mashadir al-Asliyyah oleh Prof. Dr. Mahdi Rizqullah.
 
Semoga dengan terbitnya set serial sirah Nabi untuk anak-anak ini, ia akan memudahkan dan membantu para ibu bapa dalam menyediakan bahan-bahan pembelajaran, pengajian, dan pengajaran yang sahih kepada si kecil untuk mengenal lebih dekat pada seawal usianya terhadap Nabi junjungan kita Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Set ini sesuai untuk anak-anak seawal usia 2 tahun 8 bulan dengan bantuan para ibu dan bapa.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net