Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Al-Ibanah, Buku Putih Al-Imam Al-Asy'ari

Al-Ibanah, Buku Putih Al-Imam Al-Asy'ari
Al-Ibanah, Buku Putih Al-Imam Al-Asy'ari Al-Ibanah, Buku Putih Al-Imam Al-Asy'ari Al-Ibanah, Buku Putih Al-Imam Al-Asy'ari
Terbitan: Pustaka at-Tibyan
Product Code: Pustaka At-Tibyan (9(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 17 x 2

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM27.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Al-Ibanah, Buku Putih Imam Abu Hasan Al-Asy'ari | Judul Asal (Arab): Al-Ibanah ‘an Ushul ad-Diyanah | Penulis: Al-Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari (Wafat: 324H) | Penerbit: Pustaka At-Tibyan | Berat: 300g | Muka Surat: 242m/s. (Soft cover) | ISBN: 978-979-118-985-9-4 | Semakkan dan mukaddimah penjelasan buku secara global oleh: 3 Ulama besar; Asy-Syaikh Hammad Al-Anshari, Asy-Syaikh Abdul Aziz bin Baz, dan Asy-Syaikh Ismail Al-Anshari rahimahumullah.


Kitab Al-Ibanah ‘an Ushul Ad-Diyanah adalah sebuah kitab yang berisi penjelasan aqidah Salaf yang dipegang oleh para ulama Ahlul Hadis yang ditulis oleh Al-Imam Abul Hasan Al-Asy’ari setelah beliau bertaubat dari pemikiran Mu’tazilah dan Kullabiyah yang telah beliau anuti selama empat puluh tahun.

Selepas peristiwa yang mengejutkan di atas mimbar di masjid Jami’ kota Bashrah, ketika beliau melepaskan jubahnya lalu berkata:

“Aku melepaskan seluruh aqidah yang aku yakini dahulu seperti aku melepaskan jubahku ini!”

Beliau terus giat aktif menulis bantahan terhadap pemikiran dan aqidah kaum Mu’tazilah yang pernah beliau anuti sebelumnya. Salah satu di antara karya beliau tersebut adalah kitab yang dihadirkan ke hadapan anda yang berjudul Al-Ibanah ‘An Ushul Ad-Diyaanah.

Penisbahan buku ini kepada beliau juga telah menimbulkan kontroversi. Sebahagian kelompok yang jahil, mereka tidak dapat menerima kenyataan hakikat ini, dan mereka dikuasai pula oleh rasa fanatik buta, mereka telah menolak penisbatan buku ini ke atas Al-Imam Abul Hasan Al-Asy’ari rahimahullah.

Tetapi, mengingkari penisbahan buku ini kepada beliau sama seperti mengingkari keberadaan matahari di siang hari yang terang benderang tanpa dapat ditutupi awan! Para ulama dari empat Mazhab seperti Farhuun Al-Maaliki, Abul Falah Abdul Hayybin Al-‘Imaad Al-Hanbali, Abul Qasim Abdul Malik bin ‘Isa bin Darbaas Asy-Syafi’i dan lain-lain sepakat menyatakan bahawa buku ini adalah hasil tulisan beliau, begitu juga buku-buku lain yang ditulis setelah beliau kembali kepada aqidah Ahlus Sunnah yang sebenar selepas meninggalkan aqidah menyimpang kaum Mu’tazilah.

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) ada mengungkapkan tentang kitab ini dan tentang orang-orang yang mengikutinya sebagai berikut:

وَمُرَادُهُمْ الْأَشْعَرِيَّةُ الَّذِينَ يَنْفُونَ الصِّفَاتِ الْخَبَرِيَّةَ وَأَمَّا مَنْ قَالَ مِنْهُمْ بِكِتَابِ " الْإِبَانَةِ " الَّذِي صَنَّفَهُ الْأَشْعَرِيُّ فِي آخِرِ عُمْرِهِ وَلَمْ يُظْهِرْ مَقَالَةً تُنَاقِضُ ذَلِكَ فَهَذَا يُعَدُّ مِنْ أَهْلِ السُّنَّة

“Mereka adalah golongan Al-Asy’ariyyah (pengikut Abu Al-Hasan Al-Asy’ari) yang menolak sifat-sifat Khabariyyah Allah. Namun, sebahagian dari mereka yang perkataannya bertepatan dengan kitab Al-Ibanah yang ditulis oleh (Imam Abu Al-Hasan) Al-Asy’ari di akhir-akhir umurnya, maka mereka adalah termasuk Ahlus Sunnah.” (Majmu’ Al-Fatawa, 6/359)

Beliau (Ibn Taimiyah) juga mengatakan:

وَقَالَ أَيْضًا أَبُو الْحَسَنِ الْأَشْعَرِيُّ فِي كِتَابِهِ الَّذِي سَمَّاهُ " الْإِبَانَةَ فِي أُصُولِ الدِّيَانَةِ " وَقَدْ ذَكَرَ أَصْحَابُهُ أَنَّهُ آخِرُ كِتَابٍ صَنَّفَهُ

“Dan Abu Al-Hasan Al-Asy’ari juga telah berkata di kitabnya yang beliau namakan Al-Ibanah fi Ushul Ad-Diyanah dan disebutkan oleh pengikut-pengikut beliau bahawasanya ia adalah kitab yang menjadi mazhabnya yang terakhir....” (Majmu’ al-Fatawa, 5/93)

Kemudian, antara kitab-kitab beliau yang lain adalah seperti Al-Maqaalat Al-IslaamiyyinAl-Luma’Tafsir Al-Mukhtazin, dan Al-Fushul fir Radd ‘Alaa Al-Mulhidin wal Al-Khaarijin Minal Millah.

Buku ini membuktikan kepada kita semua bahawa kebenaran taubat Al-Imam Abu Hasan Al-Asy’ari dari pemikiran Mu’tazilah, dan bukti bahawa beliau adalah seorang yang mengikuti jejak ahlus sunnah di atas manhaj para pendahulu kita, para Salafus Soleh. Sekaligus buku ini menjawab pendustaan para pendukung aqidah Al-Asya’irah zaman ini yang mengaku sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah. Kerana itulah mereka begitu marah sekali dengan kewujudan buku ini di tengah-tengah masyarakat sejak dahulu hingga kini sehingga pelbagai cubaan dan usaha mereka lakukan untuk mendustakan kewujudannya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net