Judul: Sikap Adil Dalam Mengkritik | Judul Asal ('Arab): Al-Mahajjatu al-Baidha’u fii Himayati as-Sunnati al-Gharra’i min Zallati Ahli al-Akhtha’i wa Zaighi Ahli al-Ahwa’i | Penulis: Syaikh Dr. Rabe’ bin Hadi Al-Madkhali | Penerbit: Cahaya Tauhid Press | Berat: 280g | Muka Surat: 192m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Bukan suatu yang aneh dan pelik apabila kita melihat di antara sebahagian kelompok dengan kelompok yang lain dalam Islam saling mengkritik dan membantah. Bahkan bukan suatu yang asing bagi seseorang ulama membuat bantahan, kritikan, atau mengeluarkan peringatan terhadap kelompok-kelompok, tokoh-tokoh, mahupun kitab-kitab yang mengandungi kesesatan padanya. Ini dilakukan antaranya supaya masyarakat dapat berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga dari sebarang kebarangkalian yg tidak baik.
Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:
“Ketahuilah bahawa ghibah itu dibenarkan untuk tujuan yang benar dan syar’i di mana tidak mungkin tercapai tujuan-tujuan syar’i tersebut melainkan dengannya. Ada pun sebabnya ada enam (secara ringkasnya adalah):
1, At-Tazhallum, orang yang dizalimi ketika hendak membela diri.
2, Ketika meminta pertolongan dalam rangka mengubah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang benar.
3, Dalam rangka meminta fatwa.
4, Ketika memberi peringatan terhadap kaum muslimin dari keburukan kaum yang menyimpang atau kejahatan sebahagian kelompok atau tokoh.
5, Menjelaskan kesesatan dan keburukan kaum yang terang-terangan membuat kefasikan dan kebid’ahan, iaitu mereka yang menyebarkan kefasikan dan kebid’ahannya.
6, Dalam rangka pengenalan.”
Kemudian Kata al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H):
كل من اطلع من حال شخص على شيء وخشى أن غيره يغتر بجميل ظاهره فيقع في محذور ما فعليه أن يطلعه على ما يحذر من ذلك قاصدا نصيحته
“Setiap orang yang mengetahui keadaan seseorang dan dia bimbang orang lain tertipu dengan kebaikan zahir orang tersebut sehingga mengakibatkan orang lain terjebak dalam perkara yang dilarang, maka wajib atasnya supaya memberitahu perkara sebenar yang perlu dijauhi tersebut (kepada masyarakat) dengan maksud nasihat.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 10/454)
Lalu, sejauh manakah bolehnya membuat kritikan terhadap tokoh-tokoh menyimpang dalam Islam? Siapakah yang berhak membuat krtikan, bantahan, tahdziran (memberi amaran dan peringatan), atau bahkan memulaunya (hajr)? Apa syarat-syarat, kaedahnya, dan aturannya? Siapakah pula yang boleh dikritik ataupun di-ghibah secara terbuka?
Maka, sama-sama kita ikuti perbahasannya secara ilmiyah. Agar tidak hanya sembarangan mengkritik walaupun tanpa ilmu dan kemaslahatan. Dan tidak pula meremehkannya sehingga keburukan dan kesesatan menjadi berleluasa. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]