Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tafsir Al-Mishbah dalam Sorotan [Kritikan Penting Terhadap Karya Tafsir Prof. M. Quraish Shihab]

Tafsir Al-Mishbah dalam Sorotan [Kritikan Penting Terhadap Karya Tafsir Prof. M. Quraish Shihab]
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Pustaka Al-Kautsar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.4 x 13.6 x 0.9

ISBN: 9789795928171
Availability: In Stock
Price: RM30.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tafsir Al-Mishbah dalam Sorotan | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Dr. Afrizal Nur | Tahqiq/Syarah: Penyusun | Penterjemah: Penulis | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 0.4kg| Muka Surat: 211m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.4cm (tinggi) x 13.6cm (lebar) x 0.9cm (tebal) | ISBN: 978-979-592-817-1 |


Di antara kaedah dalam memahami dan mentadabburi Al-Qur’an adalah dengan menela’ah kitab-kitab tafsir yang dianjurkan oleh para ulama. Namun harus diingat, jangan sampai kita tersalah mengambil dan merujuk ke kitab-kitab tafsir yang menyimpang dan bathil. Di antara kitab tafsir yang menyimpang dan mengandungi banyak kekeliruan adalah Tafsir Al-Mishbah susunan Prof. Quraish Shihab dari Indonesia.

Prof. Quraish adalah salah seorang tokoh kontemporari dari Indonesia yang dikatakan ahli dalam bidang tafsir oleh sebahagian orang. Tulisan dan kajian-kajian beliau banyak tersebar di pelbagai media arus perdana. Tafsir Al-Mishbah yang terdiri dari 15 jilid buku adalah merupakan hasil karya yang beliau susun selama bertahun-tahun lamanya. Sedemikian tebal, sudah tentu merupakan antara karya yang dianggap besar dan serius! Wajar jika ianya mendapat perhatian ramai dan tersebar dalam masyarakat.

Namun begitu, sebagai sebuah karya tulis yang dikatakan menempuh disiplin dan methodologi penulisan ilmiyah, sudah tentu akan mengundang penelitian dan proses analisis bagi para pengkaji dan ahli ilmu khasnya.

Di antara yang berusaha melakukan penelitian dan kajian terhadap karya tafsir Prof Quraish Shihab ini adalah Dr. Afrizal Nur di bawah program/thesis PHD Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan judul Thesis beliau, “Kajian Analitikal Terhadap Pengaruh Negatif Dalam Tafsir Al-Mishbah.” Dan buku yang ada di depan kita ini adalah hasil dan ringkasan yang telah disarikan dari thesis tersebut.

Melalui tulisan Dr. Afrizal ini, beliau telah mengemukakan dan menjelaskan banyak sekali penyimpangan di dalam disiplin, methodologi, sumber dan kandungan Tafsir Al-Mishbah tersebut. Di antara yang dipaparkan adalah banyak mengambil rujukan dari kitab-kitab dan tokoh-tokoh Syi’ah Imamiyyah, di samping beberapa rujukan lain yang amat meragukan. Selain itu, penyusun Tafsir Al-Mishbah ini turut membawa dan berusaha menguatkan pandangan-pandangan menyimpang lagi kontroversi antaranya terkait aurat wanita, definisi ahli kitab, membolehkan mengucapkan selamat natal, tentang wafatnya Nabi ‘Isa ‘alaihis Salam, bolehnya membeli minuman keras, mempertikaikan sebahagian hukum had (hudud), penghalalan babi, dan banyak lagi yang lainnya baik dari sudut aqidah, fiqh mahupun disiplin penafsiran.

Semoga dengan terbitnya hasil kajian Dr. Afrizal ini akan mampu memberikan pencerahan dan penjelasan terkait hakikat penyimpangan Tafsir Al-Mishbah yang dianggap popular dan ilmiyah oleh ramai orang.

- Sinopsis oleh Atsar Online Bookstore -

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net