Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kisah Jin Menyemak Al-Quran (Siri Buku Kanak-kanak)

Kisah Jin Menyemak Al-Quran (Siri Buku Kanak-kanak)
Terbitan: Hikmah Anak Sholih
Product Code: Hikmah Anak Sholih (13/2)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14.1 x 0.5

ISBN: 9789791537056
Availability: In Stock
Price: RM12.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kisah Jin Menyemak Al-Qur’an (Siri Buku Kanak-kanak) | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Fathul Majid bin Bahruddin | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: - | Penerbit: Hikmah Anak Sholih | Berat: 77g| Muka Surat: 66 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 21.0cm (tinggi) x 14.1cm (lebar) x 0.5cm (tebal) | ISBN: 978-979-1537-05-6 |


Adik-adik yang dirahmati Allah,

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah banyak memberikan contoh dan pelajaran untuk kita, sama ada berupa kisah umat-umat terdahulu, umat yang ada pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, mahupun perkara yang akan dihadapi oleh manusia pada masa akan datang.

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga membuatkan permisalan dari makhluk ciptaan-Nya selain manusia. Terkadang berupa nyamuk, kera, anjing, dan sebagainya. Permisalan yang Allah Subhanahu wa Ta’ala sebutkan dalam Al-Qur’an itu adalah sebagai pelajaran bagi hamba-hamba-Nya yang beriman.

Salah satu contoh yang Allah Subhanahu wa Ta’ala kemukakan dalam Al-Qur’an adalah kisah sekelompok jin yang datang mendengar dan menyemak bacaan Al-Qur’an lalu kemudian mereka mengimaninya.

Mungkin adik-adik selama ini menyangka bahawa jin itu adalah makhluk yang jahat, suka berbuat kacau terhadap manusia, dan sebagainya.

Dalam untaian kisah ini adik-adik akan mengetahui ternyata ada jin yang mahu mendengarkan Al-Qur’an. Bahkan di antara mereka ada yang langsung menyemaknya dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, serta mengambil pelbagai pelajaran berharga dari beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Para jin tersebut sangat bersemangat mendengarkannya dan bahkan meminta dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk membacakan Al-Qur’an kepada mereka.

MasyaAllah... para jin mendengar Al-Qur’an adik-adik?! Padahal, mereka adalah makhluk tidak tampak. Bagaimana kisahnya? Adik-adik ikutilah melalui buku kisah ini! Jangan lupa untuk adik-adik sekalian mengambil faedah dari kisah yang ada, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala menceritakan dalam Al-Qur’an untuk kita mengambil pelajaran dan faedah darinya.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net