Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fiqih Masjid

Fiqih Masjid
Fiqih Masjid
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 15 x 2.4

ISBN: 9786029183337
Availability: In Stock
Price: RM48.00 RM40.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fiqih Masjid | Judul Asal: Ahkamu Hudhuuri Al-Masaajid | Penulis: Asy-Syaikh ‘Abdullah bin Shalih Al-Fauzan | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Ahmad Yunus | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 0.564kg | Muka Surat: 430 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 24cm (tinggi) x 15cm (lebar) x 2.4cm (tebal) | ISBN: 978-602-9183-33-7 |


Masjid adalah tempat yang paling dicintai Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ مَسَاجِدُهَا وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ أَسْوَاقُهَا

“Tempat yang paling dicintai Allah dalam sesuatu negeri (wilayah) adalah masjid-masjidnya, dan tempat yang paling dibenci Allah dalam sesuatu negeri adalah pasar-pasarnya.” (Shahih Muslim, no. 671)

Membina masjid dengan tujuan mencari redha Allah Ta’ala adalah perbuatan dan amalan yang mulia. Tetapi, memakmurkannya dengan pelbagai aktiviti ibadah di dalamnya dan menjaga adab-adab serta menegakkan hukum-hukumnya tidaklah kalah pentingnya. Kerana masjid didirikan bukan untuk tujuan lain melainkan bagi tujuan beribadah kepada Allah Ta’ala.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّمَا بُنِيَتْ الْمَسَاجِدُ لِمَا بُنِيَتْ لَهُ

“Sesungguhnya masjid-masjid dibina bagi tujuan yang khusus (tersendiri).” (Shahih Muslim, no. 569)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:

معناه لذكر الله تعالى والصلاة والعلم والمذاكرة في الخير ونحوها

“Maksudnya adalah untuk mengingati Allah, melaksanakan solat, menyebarkan ilmu, saling memberi peringatan dalam kebaikan, dan yang seumpamanya.” (Syarah Shahih Muslim, 5/55)

Agar dapat memakmurkan masjid dengan benar, umat Islam perlu memahami dan menguasai ilmu selok-belok hukum dan adab-adab di masjid. Dalam perkara ini telah begitu ramai ulama kaum Muslimin yang menuangkan lakaran tinta dan pena mereka melalui karya-karya berupa buku-buku yang menjelaskan tentang masjid dan hukum-hakamnya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan tentang orang yang memakmurkan masjid Allah adalah dari kalangan orang-orang yang beriman, iaitu sebagaimana firman-Nya:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir, serta yang tetap mendirikan solat, menunaikan zakatdan tidak takut melainkan hanya kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang yang mendapat petunjuk.” (Surah At-Taubah, 9: 18)

Maka buku ini disusun bagi tujuan menyampaikan keprihatinan penulis terhadap fenomena masjid dan umat Islam akhir-akhir ini yang agak mengecewakan, sekaligus memberikan pencerahan dalam hal-ehwal masjid, hukum-hakam, berserta adab-adab terhadapnya.

Penulis juga melihat sebahagian umat Islam hari ini ada yang membina dan mendatangi masjid adalah atas faktor budaya dan adat semata-mata, dan hal ini tidak lain adalah disebabkan jauhnya sebahagian kita dari kefahaman dan ilmu yang tepat. Oleh kerana itulah dapat kita lihat banyak masjid-masjid yang kosong dan tidak dimakmurkan dengan benar sedang kepadatan penduduk di sekitarnya adalah tinggi.

Maka melalui buku ini penulis berusaha menjelaskan tentang makna, hakikat dan kedudukan sebenar masjid dalam Islam berserta tanggungjawab kita selaku umat Islam terhadapnya.

Di antara kandungan fokus utama perbahasan buku ini adalah seperti:

1, Definisi masjid dan keutamaan membangunkannya.

2, Hukum menegakkan solat jama’ah di dalamnya.

3, Pelbagai hukum-hakam dan adab-adab ke masjid yang wajib difahami.

4, Kewajiban memenuhi saf dan memperbaikinya.

5, Membawa kanak-kanak kecil ke masjid.

6, Solat orang-orang safar (musafir) di masjid dan berimamkan orang mukim.

7, Hukum-hakam menghadiri solat Juma’at.

8, Hukum dan adab-adab kehadiran kaum wanita di masjid.

Dan banyak lagi sub-perbahasan yang lain yang dibahaskan di dalamnya.

Semoga dengan kehadiran buku ini diharap akan dapat membantu kita dan seluruh kaum muslimin amnya untuk memperbaiki keadaan, sekaligus lebih memotivasi kita semuanya untuk memakmurkan masjid-masjid di sekeliling kita dengan benar. Semoga buku ini juga mampu memperbaiki tanggapan mereka terhadap nilai dan fungsi sebenar masjid dalam Islam. Sekaligus mengembalikan semula fungsi masjid dan kemuliaannya sebagaimana dulu di era awal Islam sehingga pengaruhnya dapat dirasakan dalam kehidupan umat ini.

Wallahu A’lam ...

Selamat membaca!

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net