Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Shahih Muslim Karya Imam An-Nawawi (Edisi Lengkap 12 Jilid)

Syarah Shahih Muslim Karya Imam An-Nawawi (Edisi Lengkap 12 Jilid)
Syarah Shahih Muslim Karya Imam An-Nawawi (Edisi Lengkap 12 Jilid)
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 58

ISBN: 9786028406000
Availability: In Stock
Price: RM1,320.00 RM960.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Shahih Muslim (Edisi Lengkap 12 Jilid) | Judul Asal (Arab): Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim lin Nawawi | Penulis: Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) | Penerbit: Darus Sunnah | Tahqiq: Khalil Ma’mun Syiha | Berat: 19.2kg | Muka Surat: 12 Jilid lengkap (Hard cover) | Ukuran buku: 25.2cm (tinggi) x 17.1cm (lebar) x 48cm (tebal)


Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H); beliau adalah seorang imam yang hafiz (menguasai hadis-hadis Nabi), zuhud, tokoh berwibawa, sentiasa menyibukkan diri dengan ilmu, tokoh yang menjadi ikutan dalam agama, Syaikhul Islam, tokoh besar dan rujukan dalam mazhab Syafi’i dan fiqh Ahlus sunnah wal-jama’ah secara umum, serta termasuk ulama yang menulis dan menghasilkan banyak sekali karya bermanfaat untuk umat.

Termasuk salah satu karya besar beliau dan menjadi rujukan umat sehingga kini adalah kitab ini, iaitu Syarah Shahih Muslim. Termasuk rujukan yang sangat penting dalam bidang ilmu. Kalau kita memiliki rutin bacaan yang mendalam terhadap banyak kitab-kitab ilmiyah muta’akhirin dan kontemporari, tentu kitab Syarah Shahih Muslim atau nama Imam An-Nawawi ini sentiasa menjadi nukilan, sandaran, hujah, dan sebutan para tokoh setelah beliau. Bahkan nama beliau kerap sekali dijadikan nukilan dan sandaran oleh tokoh sekaliber Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852) dalam kitab yang tidak kurang hebatnya juga, iaitu kitab beliau Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari.

Syarh Shahih Muslim susunan Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) ini adalah Kitab Syarah yang menjelaskan/menghuraikan faedah hadis-hadis diikuti penyusunan bab-bab yang terkandung dalam Kitab Shahih Muslim, kitab terpenting setelah Al-Qur'an Al-Karim. Ia merupakan kitab yang masyhur di kalangan umat Islam dan menjadi rujukan dunia Islam Ahlus Sunnah wal-Jama’ah sama ada di peringkat pelajar (penuntut ilmu), pencinta ilmu, sarjana, mahupun ilmuan (ulama) dan rujukan dalam agama itu sendiri secara umum. Kerana kitab Shahih karya Imam Muslim termasuk kitab yang paling bermanfaat dan memiliki kriteria autektik (pengkelasan sahih) yang ketat dalam membukukan hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang mulia.

Bahkan kitab Shahih Muslim termasuk kitab yang memiliki kedudukan dan pengiktirafan yang sangat tinggi dalam dunia Islam.

Imam Abu ‘Amr bin Sholah rahimahullah (wafat: 643H) mengatakan bahawa tokoh hadis yang pertama sekali menyusun kitab Shahih (kitab hadis dengan kriteria dan klasifikasi sahih hadis-hadisnya) adalah Abu ‘Abdillah Muhammad bin Isma’il Al-Bukhari (Imam Al-Bukhari, Wafat: 256H), kemudian sesudahnya adalah Abul Husain Muslim bin Al-Hajjaj An-Naisaburi Al-Qusyairi (Imam Muslim, Wafat: 261H).

Kemudian Imam Abu ‘Amr bin Sholah rahimahullah pun mengatakan, “Kitab mereka berdua (Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim) adalah kitab yang paling sahih setelah Kitab Allah (Al-Qur’an) yang mulia...” (Lihat: Muqaddimah Ibnush-Sholah fii ‘Uluumil Hadiits, m/s. 19, cet.1, Daar Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah, 1416H)

Kemudian An-Nawawi rahimahullah sendiri turut menegaskan dengan katanya, “Para ulama telah bersepakat bahawa kitab yang paling sahih setelah Al-Qur’an adalah Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim, dan ummat pun telah menerimanya.” (Syarah Shahih Muslim, 1/14, cet. Daar Al-Fikr)

Mengenangkan kedudukannya yang besar dan tinggi, maka kitab Shahih Muslim ini amatlah wajar mendapat perhatian yang besar serta diberi huraian dan penjelasan fiqh bagi hadis-hadisnya agar menambah lebih manfaat dan wawasan bagi ummat yang datang kemudian. Akhirnya, jadilah kitab Syarah Shahih Muslim susunan Imam An-Nawawi ini termasuk Syarah yang sangat mengkagumkan, rujukan penting, dan memiliki keunggulan tersendiri berbanding yang lainnya dalam menjelaskan hadis-hadis dalam kitab Shahih Muslim. Ini termasuk sebuah kurniaan yang besar dari Allah melalui jasa Imam An-Nawawi rahimahullah.

Apabila disebutkan sahaja hadis-hadis dari kitab Shahih Muslim, pasti umat akan tertumpu untuk melihat serta mengetahui fiqh huraian dan penjelasannya. Dan tidak lain, pasti Syarah Shahih Muslim karya Imam An-Nawawi-lah antara yang pertama sekali menjadi fokus, di samping kitab-kitab Syarah yang lainnya. Manakala bagi Syarah Shahih Al-Bukhari, para ilmuan akan tertumpu pula kepada karya besar dengan judul Fathul Bari karya Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah di samping karya-karya Syarah lainnya seperti milik Badr Al-Din Al-‘Ani dan Al-Hafiz Ibnu Rejab Al-Hanbali rahimahumullaah.

Perbahasan yang dibawakan oleh Imam An-Nawawi dalam Syarahnya ini bersifat tematik (berdasarkan tajuk dan bab-bab) yang dengannya telah memudahkan para pengkaji dan pembaca dalam melakukan rujukan dan semakkan. Bahkan bab-bab yang tersusun dalam Shahih Muslim yang sampai kepada kita pada hari ini adalah apa yang disusun oleh Imam An-Nawawi rahimahullah. Dan para ulama mengatakan, antara bentuk susunan dan pengkelasan bab yang paling masyhur dan baik bagi kitab Shahih Muslim adalah milik Imam An-Nawawi rahimahullah.

Ulasan perbahasan yang beliau lakukan adalah tuntas, tidak terlalu berjela-jelas, dan tampak lebih fokus, tidak sebagaimana dalam kitab-kitab fiqh beliau lainnya seumpama Al-Majmu’ atau Ar-Raudhah yang memang tertumpu kepada fiqh muqarran (fiqh perbandingan).

Syarah Shahih Muslim ini beliau susun dengan bab-babnya, penjelasan kalimat-kalimat hadisnya, huraian hadisnya, kemudian berdasarkan kefahaman dari tokoh-tokoh ulama terdahulu baik dari mazhab Abu Hanifah, Malik, Asy-Syafi’i, Hanbali, atau selainnya dari tokoh-tokoh berkaliber dari kalangan sahabat dan tabi’in, serta setelahnya seumpama Sufyan Ats-Tsauri, Hasan Al-Bashri, Ibnu Al-Mubarak, Ishaq bin Rahawaih, dan yang lain lagi seperti Imam Ibnu Hazm Adz-Dzahiri. Lalu kemudian beliau tegaskan atau tetapkan sama ada terdapat ijma’ pada satu-satu perbahasan tertentu atau jika berlaku silang pendapat (khilaf) dalam kalangan para ulama sebelumnya atau pada zamannya, maka beliau pun tetapkan dengan tarjih yang terkuat dari sisi pandang beliau atau berdasarkan salah satu mazhab fiqh.

Kitab Shahih Muslim, atau Syarah Shahih Muslim ini; hadis-hadis yang terhimpun di dalamnya antaranya mencakupi perbahasan dalam bidang aqidah, iman, kitab ilmu dan wahyu, adab dan akhlak, fiqh ibadah (seperti thaharah, tayammum, solat, haji, umrah, zakat, dan lainnya), fiqh mu’amalah (seperti jual beli, riba’, pinjaman, luqathah, dan lainnya), fiqh makanan dan minuman, fiqh jihad, fiqh hudud, tazkiyatun nufus, keutamaan para sahabat, fiqh doa dan dzikir, zuhud, tafsir, serta yang lainnya.

Alhamdulillah, kitab Syarah Shahih Muslim yang sangat bermanfaat karya Imam An-Nawawi ini kini telah pun lengkap diterjemahkan sebanyak 12 jilid lengkap semuanya (oleh penerbit Darus Sunnah). Semoga dengan siapnya terjemahan ini, ia akan membantu kita semua hari ini untuk lebih berusaha memahami hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam terutamanya yang terkumpul melalui kitab Shahih Muslim. Sekaligus membantu umat Islam dalam memahami Islam dan sunnah itu sendiri.

Berikut adalah termasuk skop perbahasan kitab ini berdasarkan jilid secara ringkas yang dapat dikongsikan di sini:

1 - Jilid 1:

Bab Mukaddimah (Penting) & Kitab al-Iman.

2 - Jilid 2:

Kitab Iman, Kitab Thaharah (bersuci), dan Kitab Haidh.

3 - Jilid 3:

Kitab Solat, Kitab Masjid dan Tempat-tempat Solat.

4 - Jilid 4:

Kitab Masjid dan Tempat-tempat Solat, Kitab Solat Musafir, Kitab Solat Jumaat, Kitab Solat Dua Hari Raya, Kitab Solat al-Istisqa', Kitab solat al-Kusuf (gerhana), Kitab al-Jana'iz (Jenazah).

5 - Jilid 5:

Kitab al-Jana'iz, Kitab Zakat, Kitab Puasa, Kitab I'tikaf, dan Kitab Haji.

6 - Jilid 6:

Kitab Haji dan Kitab Nikah.

7 - Jilid 7:

Kitab Nikah, Kitab Penyusuan, Kitab Talak, Kitab Sumpah Li'an, Kitab Memerdekakan Hamba, Kitab Jual-Beli, Kitab Musaqah, Kitab Faraid.

8 - Jilid 8:

Kitab Hibah, Kitab Wasiat, Kitab Nadzar dan Sumpah, Kitab Qasamah, Kitab Kelompok Penyamun, Kitab Qishash dan Diyat, Kitab Hudud, Kitab Penghakiman, Kitab Luqathah, Kitab Jihad dan Ekspedisi Peperangan.

9 - Jilid 9:

Kitab Jihad dan Ekspedisi Peperangan, Kitab Pemerintahan, Kitab Haiwan Buruan, Kitab Sembelihan dan Haiwan Yang Halal Dimakan, Kitab Haiwan Korban, Kitab Minuman, Kitab Pakaian dan Perhiasan.

10 - Jilid 10:

Kitab Pakaian dan Perhiasan, Kitab Adab, Kitab Ucapan Salam, Kitab Lafaz-lafaz Yang Berkaitan dengan Etika, Kitab Sya'ir, Kitab Mimpi, Kitab Keutamaan Beberapa Perkara.

11 - Jilid 11:

Kitab Keutamaan Beberapa Perkara, Kitab Keutamaan Para Sahabat, Kitab Sopan-Santun, Silaturrahim, Kitab Adab, Kitab Takdir, Kitab Ilmu, Kitab Dzikir, doa, Taubat, dan Istighfar.

12 - Jilid 12:

Kitab Dzikir, Do'a, Taubat dan Istighfar, Kitab Sifat Orang Munafiq dan hukum tentang mereka, Kitab Sifat Hari Kiamat, Syurga dan Neraka, Kitab bentuk Kenikmatan Syurga dan para Penghuninya, Kitab Fitnah dan Tanda-tanda Hari Kiamat, Kitab Zuhud dan Kelembutan Hati, Kitab Tafsir. [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa izin]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net