Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Amalan-amalan Sunnah Sehari-hari Rasulullah

Amalan-amalan Sunnah Sehari-hari Rasulullah
Amalan-amalan Sunnah Sehari-hari Rasulullah
Terbitan: Istanbul (Al-Qowam)
Product Code: Istanbul
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23 x 15 x 2

ISBN: 9789790393707
Availability: In Stock
Price: RM38.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Amalan-amalan Sunnah Sehari-hari Rasulullah | Judul Asal (‘Arab): Al-Minnah Al-‘Aliyyah fi Bayaani As-Sunan Al-Yaumiyyah | Penyusun/Penulis: Asy-Syaikh ‘Abdullah bin Hamud Al-Furayh | Takhrij/tahqiq: Penulis | Penterjemah: Nunung Nurseni | Penerbit: Istanbul (Al-Qowam) | Berat: 407g | Muka Surat: 312 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23cm (tinggi) x 15cm (lebar) x 2.0cm (tebal) | ISBN: 978-979-039-370-7 |


Al-Imam Ibn ‘Atha’ mengatakan,

“Sesiapa yang mewajibkan dirinya (dengan melazimi) adab-adab yang sunnah, maka Allah akan menerangi hatinya dengan cahaya makrifat (ilmu pengetahuan). Tidak ada kedudukan yang lebih mulia dengan mengikuti sang kekasih (Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) dalam perintah-perintah, perbuatan, dan akhlaknya.” (Madarij As-Salikin, 2/644)

Al-Imam Ibn Al-Qayyim turut menyatakan bahawa sesiapa yang mewajibkan dirinya (atau memaksakan) dirinya untuk berkomitmen dengan amalan-amalan sunnah yang dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka Allah akan menganugerahkan kepadanya cahaya makrifat (ilmu dan kebijaksanaan), rahmat, manisnya hidup, kehormatan, dan kedudukan yang mulia yang tidak diraih oleh orang lain. Selain itu, mengikuti sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga akan memberikan “buah yang manis”, yang di antaranya berupa kecintaan dari Allah, meraih ma’iyyah (kebersamaan dengan pertolongan dan pengawasan) dari Allah, serta pengkabulan doa-doa.

Buku yang ada di hadapan kita ini merupakan sebuah buku yang membahaskan amalan-amalan sunnah seharian yang sentiasa dilaksanakan dan dicontohkan oleh uswah hasanah kita, yakni Nabi Muhammas Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sejak beliau bangun tidur (di malam dan pagi hari) sehingga beranjak kembali ke tempat tidurnya (di malam hari).

Buku ini memiliki banyak keistimewaan yang antaranya seperti,

> Perbahasannya sistematik mengikut urutan keseharian.

> Setiap amalan yang dipaparkan dijelaskan dengan dalil-dalil yang jelas berserta sumber rujukannya.

> Setiap amalan dan dalil-dalil yang dibawakan akan dikemukakan pula penjelasan dari para ulama yang muktabar semisal Al-Imam An-Nawawi, Ibnul Qayyim, Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani, Ibn ‘Utsaimin, dan yang lainnya.

> Jika terdapat perbezaan pendapat ulama dalam memahami sesuatu dalil atau perkara, maka penulis akan menjelaskan pendapat mana yang lebih rajih.

Ketika membaca buku ini, seakan kita menyaksikan langsing rutin harian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang sarat dengan keberkahan dan pahala melimpah. Semoga buku ini akan dibaca oleh setiap lapisan kaum muslimin yang sentiasa berusaha untuk meneladani amalan-amalan sunnah harian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net