Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Menyoal Rutinitas Perayaan Bid'ah Sepanjang Tahun

Menyoal Rutinitas Perayaan Bid'ah Sepanjang Tahun
Menyoal Rutinitas Perayaan Bid'ah Sepanjang Tahun Menyoal Rutinitas Perayaan Bid'ah Sepanjang Tahun
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 4

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM80.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Menyoal Rutinitas Perayaan Bid'ah Sepanjang Tahun | Judul Asal ('Arab): Al-Bida' Al-Hauliyyah | Penulis: Syaikh 'Abdullah B. 'Abdul 'Aziz at-Tuwaijiri | Penerbit: Pustaka Imam asy-Syafi'i | Berat: 1.45kg | Muka Surat: 723m/s. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Pro dan kontra tentang perayaan hari-hari besar dalam Islam telah berlangsung sejak sekian lama. Umat Islam terpecah menjadi dua kelompok di antara yang setuju dan tidak setuju. Yang perlu diketahui, fenomena seperti ini (pelbagai perayaan pada tarikh-tarikh khas tertentu) belum pernah berlaku pada zaman Nabi dan dua generasi setelahnya. Kerana itulah ia menjadi sebahagian dari perkara-perkara baru yang dimasukkan ke dalam agama (Islam) oleh penganutnya.
 
Sedangkan di dalam Islam itu sendiri, hari raya yang disyari'atkan asalnya hanya ada dua sahaja sebagai mengganti perayaan di masa jahiliyyah. Ini sebagaimana kata Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu:
 
قَدِمَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَقَالَ: إِنَّ اللهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا: يَوْمَ الْفِطْرِ، وَيَوْمَ النَّحْرِ
 
“Ketika mula-mula Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam datang ke Madinah, penduduk Madinah ketika itu memiliki dua hari khusus untuk bergembira yang padanya mereka selalu bermain-main di masa Jahiliyah. Maka beliau kemudian bersabda:
 
“Sesungguhnya Allah telah mengganti dua hari tersebut dengan yang lebih baik lagi darinya. Iaitu ‘Ied al-fithri dan hari an-Nahr (‘Ied al-adh-ha).” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 12006. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth)
 
Jadi dari itulah, maka di sini kita perlu menelitinya semula kenapa begitu banyak sekali perayaan-perayaan selain dua hari raya yang disyari'atkan itu boleh berlaku. Bagaimana sejarahnya, dan apa tujuannya. Kemudian, bagaimanakah pula dari aspek hukum-hukum berkaitan dengannya dan kesan-kesannya kepada masyarakat serta umat Islam. Adakah ia termasuk ke dalam kategori terlarang atau sebaliknya banyak memberi maslahah? Tak cukup dengan itu, banyak pula umat Islam yang turut merayakan hari-hari perayaan atau hari-hari kebesaran kaum kafir. Subhanallah...
 
Buku ini secara umum keseluruhannya menumpukan pembentangan terhadap sunnah-sunnah yang disunnahkan oleh junjungan mulia kita Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berdasarkan bulan-bulan hijriyah sepanjang tahun. Contohnya, amalan apa yang disunnahkan pada bulan Muharram seperti adakah berpuasa, amalan apa pula yang disunnakan ketika masuk Ramadhan seperti berpuasa, memperbanyak sedekah, atau solat malam (tarawih), amalan apa yang dilakukan ketika masuknya syawal, dan begitulah seterusnya dengan berpandukan bulan.
 
Kemudian, penulis bahaskan sama yang mana menjadi fokus utama penulisan buku ini, iaitu perbahasan sekitar bid'ah-bid'ah yang berlaku berdasarkan kalendar bulan-bulan hijriyah. Ini adalah seperti amalan maulid nabi yang dirayakan oleh kebanyakan umat Islam di bulan Rabbi'ul Awwal. Dari mana ia datang, siapa yang mengasaskannya, bagaimana sejarah bermulanya perayaan tersebut, dan apa tujuannya. Kemudian apa pula hukum meraikannya, sedangkan Nabi dan para sahabat sedikit tidak pernah menganjurkannya.
 
Demikian pula contoh lain, seperti sambutan awal dan akhir tahun bulan Hijriyah. Bagaimana sambutan awal dan akhir tahun boleh bermula? Benarkah Nabi berhijrah pada bulan Muharram? Kemudian contoh-contoh lainnya adalah seperti perayaan 10 Muharram kaum Syi'ah, apa sejarah dan hukumnya. Kepercayaan terhadap sial bulan Rejab, dari mana datangnya? Perayaan malam nishfu Sya'ban, adakah saranan sunnah untuk menyambutnya? Bid'ah-bid'ah sekitar bulan Ramadhan dan hari raya. Sambutan isra' dan mi'raj, tarikhnya, dan sejarahnya. Sambutan hari-hari haul ulama yang telah wafat. Dan banyak lagi lainnya.
 
Penulis memulakan perbahasan bukunya ini dengan mukaddimah penjelasan metode dan objektif penulisan. Kemudian penulis menghuraikan penjelasan sekitar definisi atau makna bid'ah secara bahasa, istilah, dan secara syar'i serta dukungan dalil-dalil dari al-Qur'an dan as-Sunnah. Hukum-hakam bid'ah, sebab-sebab munculnya bid'ah, sejarahnya, bid'ah-bid'ah yang paling awal muncul dalam Islam, sebab-sebab tersebarnya bid'ah, kesan-kesan bid'ah dan yang berkaitan dengannya.
 
Dalam perbahasan sebab-sebab munculnya bid'ah ini, penulis menyenaraikan beberapa sebab yang antaranya adalah:
 
1, Jahil dalam memahami nash-nash wahyu.
2, Gagal dalam memahami maksud dan tujuan Syari'at.
3, Menganggap baik sesuatu amalan berdasarkan akal, bukan berdasarkan wahyu.
4, Kerana mengikuti hawa nafsu.
5, Berbicara tentang agama tanpa ilmu.
6, Gagal membezakan di antara hadis yang boleh diterima dan tidak.
7, Tidak mengetahui sunnah dan kedudukannya dalam syari'at.
8, Mengikuti ayat-ayat mutasyabihat dan meninggalkan yang muhkam.
9, Menempuh kaedah-kaedah yang menyelisihi syari'at dalam mengambil hukum.
10, Memaksumkan tokoh-tokoh tertentu.
 
Kemudian penulis bahaskan pula cara-cara yang benar dalam menangani bid'ah dan pentingnya berpegang dengan as-Sunnah. Kemudian barulah penulis memasuki perbahasan Sunnah-sunnah dan bid'ah-bid'ah berdasarkan kalendar bulan-bulan hijriyah. Sejarahnya, perinciannya, hukum-hukum berkaitan dengannya, fatwa-fatwa ulama generasi awal terhadapnya, serta kesan-kesannya terhadap agama dan umat.
 
Buku ini asalnya adalah merupakan thesis penulis bagi tujuan meraih gelaran master. Dan beliau telah meraih predikat Cum Laude bagi thesisnya ini. Bagi menghabiskan tulisan ini beliau turun mendapat bimbingan dan saranan dari sebahagian ulama terkumuka lainnya seperti Syaikh 'Abdul 'Aziz Ali asy-Syaikh, pensyarah di Fakulti Syari'ah di Riyadh serta Syaikh Fahd bin Hamin Al-Fadh. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net