Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

2 in 1 - 200 Capsules Black Seed Oil Plus Olive (Nigellive)

2 in 1 - 200 Capsules Black Seed Oil Plus Olive (Nigellive)
Terbitan: PT. Habbatussauda International
Product Code: Nigellive
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 12.7 x 6.5 x 6.5

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM42.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Nama Item: 2 in 1 - 200 Capsules Black Seed Oil Plus Olive (Nigellive) | Keluaran/Packaging: PT. Habbatussauda International (Bandung) | Perakuan Keaslian dan Halal (Badan Pengawasan Obat & Makanan bersama Majelis Ulama Indonesia (MUI)): POM TR 093300411 | Berat: 170gram (termasuk bekas) | Kandungan: Minyak Habbatus Sauda Plus Olive Oil (komposisi 50%:50%), (250+250)mg x 200 kapsul.


Sila lihat pada label yang tersedia sebagai semakkan.

Khasiat dan kegunaan:

1, Membantu meningkatkan daya tahan dan stamina tubuh.

2, Membantu melancarkan peredaran darah.

3, Membantu merawat pelbagai penyakit yang antaranya seperti gangguan jantung, rematik, gangguan saraf, tekanan darah tinggi, stroke, diabetes, atsma, prostat, insomnia, gangguan pernafasan, lelah, gaout, alergik, keletihan, kanser, dan lain-lain.

Untuk memastikan hasil dan keberkesanannya, anda boleh dapatkan pengesahan kesihatan dari klinik berhampiran sebelum dan selepas mengambil herba ini.

Cara pengambilan:

2x2 Kapsul sehari sebelum makan bagi penjagaan kesihatan biasa.

2x3 Kapsul sehari untuk rawatan sakit ringan.

3x3 Kapsul sehari untuk rawatan sakit kuat.

Tidak mengapa jika diambil lebih dari yang disarankan untuk rawatan sakit-sakit tertentu.

Mengenal Habbatus Sauda

Habbatus Sauda atau jintan hitam telah sedia dikenali dan merupakan salah satu makanan yang telah disebutkan dalam hadis Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam yang mulia. Sekaligus ia merupakan salah satu makanan hasil produk herba yang memiliki anjuran memakannya di dalam sunnah.

Habbatus sauda ini berasal dari sejenis bunga herba yang terdapat dan tumbuh subur di kawasan-kawasan mediteranian atau gurun, iaitu di sekitar wilayah-wilayah timur tengah dan asia barat. Ia adalah herba yang sangat terkenal sejak zaman dahulu kala, malah diamalkan oleh generasi arab di zaman Nabi dan mendapat pula rekomendasi dari Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam.
 
Mengamalkan memakan Habbatus Sauda antaranya melalui kajian yang dijalankan ia mampu meningkatkan daya tahan (immunisasi) tubuh, membantu mencegah pelbagai radang kepada sendi, melancarkan peredaran darah, merendahkan kadar serangan jantung serta gangguan radang ginjal, meningkatkan kadar penghasilan susu ibu, menstabilkan perjalanan dan penghadaman makanan dengan melancarkan proses enzim dalam tubuh. Ia juga mampu mengatasi dan mencegah keracunan bahan kimia asing dalam tubuh. Selain itu ia turut digunakan dalam terapi perbekaman dan rawatan luka atau kecederaan kecil sebagai bahan sapu.
 
Seiiring dengan kemajuan serta perkembangan kajian dan teknologi hari ini, kini jintan hitam atau habbatus Sauda ini telah pun hadir dalam bentuk kapsul minyaknya yang lebih mudah diambil dan cepat dihadamkan. Sekaligus mampu memberi kesan dan aliran dalam badan yang lebih pantas. Para pengamal makanan herba seperti habbatus sauda ini juga khususnya, insyaAllah tidak perlu lagi risau dan bimbang dengan rasa pahit dan kelat yang terdapat padanya. Kerana ia telah hadir sedia dimakan dalam bentuk yang lebih mudah, iaitu dalam bentuk kapsul. Malah lebih dari itu, ia adalah dalam bentuk cecair yang cepat hadam.
 
Lebih-lebih lagi, sebahagian besar khasiat habbatus sauda ini memang terletak pada patinya yang terkandung atau dikeluarkan bersama dalam bentuk minyak ini.
 
Minyak Habbatus Sauda ini selain diamalkan dengan cara makan, ia juga boleh dimanfaatkan sebagai minyak sapuan untuk luka-luka ringan pada kulit atau tubuh.
 
Bagi set ini, setiap kapsul mengandungi 250mg minyak habbatus sauda yang dicampur dengan 250mg minyak zaitun. Setiap botol mengandungi 200 kapsul.
 
Sepintas Lalu Tentang Habbatus Sauda’
 
Di tengah-tengah menyebarnya kepelbagaian jenis penyakit, sebahagian kelompok manusia jenuh berusaha dan begitu optimistik terhadap kehebatan ubat-ubatan kimia buatan (berpandukan kajian). Sehingga muncullah pula pelbagai risiko dan kesan sampingan yang memudharatkan. Dan ini memang bukan suatu yang aneh, kerana kebanyakan ubat-ubatan kimia (synthetic medicine) di farmasi dan klinik atau hospital adalah termasuk jenis-jenis bahan bersifat khamr (memabukkan) atau dari jenis dadah (drugs). Kos ubat-ubatan jenis ini juga bukanlah murah.
 
Maka atas faktor tersebut antaranya, kini timbullah pula sebuah usaha untuk menggali rahsia perubatan berasaskan herba lagi alami (natural). Pelbagai kajian dan penelitian dijalankan bagi menyingkap kandungan dan rahsia di sebalik pelbagai tanaman herba. Salah satu jenis herba yang berjaya disingkap rahsia kehebatan dan keberkesanannya adalah Habbatus Sauda’ atau jintan/bijian hitam. Nama saintifiknya disebut sebagai Nigella sativa.
 
Tanaman ini sebenarnya memang telah digunakan sebagai bahan perubatan sejak zaman peradaban Mesir kuno. Pada masa Islam, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pula turut memberikan pengiktirafan bahawa Habbatus Sauda’ ini adalah merupakan ubat atau penawar (Syifaa’) bagi pelbagai jenis penyakit. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

عَلَيْكُمْ بِهَذِهِ الْحَبَّةِ السَّوْدَاءِ، فَإِنَّ فِيهَا شِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا السَّامَ

“Gunakanlah oleh-mu Al-Habbatus Saudaa’, kerana padanya mengandungi penawar dari segala penyakit, kecuali mati.” (Musnad Ahmad, no. 7287. Sunan at-Tirmidzi, no. 2041. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Dalam riwayat yang lain:

فِي الحَبَّةِ السَّوْدَاءِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا السَّامَ

“Pada Al-Habbatus Saudaa’ itu penawar dari segala penyakit kecuali mati.” (Shahih Al-Bukhari, no. 5688)

Bertitik-tolak dari hadis-hadis ini, para ilmuan Islam sejak awal lagi telah mengambil berat tentang kewujudan dan keutamaan herba bernama Al-Habbatus Saudaa’ ini.

Ini adalah kerana, Habbatus Saudaa’ ini adalah sejenis herba yang mendapat pengiktirafan dan isyarat khusus dari wahyu Allah Ta’ala melalui Nabi-Nya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Cuma sayangnya, amat sedikit sekali umat Islam yang menyedari dan mampu mengambil manfaat dari Habbatus Saudaa’ saat ini, melainkan dari kalangan yang berilmu. Ini juga mungkin kesan dari tindakan mengabaikan dan melalaikan dari mempelajari hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Kini, setelah beberapa abad lamanya, barulah sedikit sebanyak maklumat-maklumat ini kembali dibangkitkan. Kajian-kajian dan penelitian-penelitian terkini dilakukan terhadap isyarat Nabawi tersebut. Akhirnya benar-benar para pengkaji telah menemukan dan membuktikan adanya khasiat kesembuhan di dalam biji-bijian Habbatus Saudaa’. Maka, terbuktilah mukjizat kesembuhan yang diperkatakan dan diisyaratkan oleh baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Demikianlah betapa agungnya maklumat-maklumat yang terkandung dalam wahyu Allah. Sesungguhnya Allah-lah yang menurunkan penyakit, dan Dia juga-lah yang menurunkan penawarnya. Di antaranya dengan Habbatus Sauda’ ini. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net