Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mengupas Sunnah Membedah Bid'ah

Mengupas Sunnah Membedah Bid'ah
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq (8(2))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 17.5 x 12.7 x 1.1

ISBN: 9789799137890
Availability: In Stock
Price: RM11.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mengupas Sunnah Membedah Bid’ah | Judul Asal (‘Arab): Nuur As-Sunnah wa Zhulumat Al-Bid’ah fi Dhau’il Kitabi was Sunnah | Penulis: Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Abu ‘Umar Basyir | Penerbit: Darul Haq | Berat: 200gram | Muka Surat: 209 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 17.5cm (tinggi) x 12.7cm (lebar) x 1.1cm (tebal) | ISBN: 978-979-9137-89-0 |


Ini merupakan sebuah risalah yang ringkas yang membahaskan tentang “cahaya sunnah” dan “gelapnya bid’ah”. Dalam buku ini, penulis menjelaskan pengertian sunnah, nama-nama yang digunakan oleh ahlus sunnah, dan penjelasan tentang keutamaan dan kenikmatan-kenikmatan sunnah. Penulis juga turut menjelaskan tentang kedudukan sunnah dan kedudukan orang-orang yang berpegang dengan sunnah serta tanda-tanda mereka yang berpegang padanya.

Selain itu, penulis juga memaparkan kedudukan bid’ah dari perspektif syara’ dan keadaan para penganutnya, pengertian bid’ah, penjelasan tentang syarat-syarat diterimanya amalan, celaan-celaan terhadap bid’ah dalam Islam, jenis dan bentuk-bentuk bid’ah, hukum-hukumnya, dan contoh-contoh bid’ah yang banyak bertebaran pada saat ini di sekitar kita, diikuti penjelasan taubatnya ahli bid’ah, kesan-kesan bid’ah, dan bahaya-bahaya bid’ah sama ada terhadap agama, masyarakat, mahupun pengamalnya.

Semoga buku ini dapat menjadi penjelas yang bermanfaat buat para pembaca yang ikhlas dalam mencari cahaya sunnah seraya membentengi diri dari bahaya dan gelapnya bid’ah.

Buku ini diterjemahkan lengkap dari karya asal berbahasa Arab berjudul “Nuur As-Sunnah wa Zhulumat Al-Bid’ah fi Dhau’il Kitabi was Sunnah” susunan oleh Asy-Syaikh Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani rahimahullah.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net