Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kitab Tauhid (Khas Untuk Pemula) oleh Syaikh Dr. Soleh Al-Fauzan

Kitab Tauhid (Khas Untuk Pemula) oleh Syaikh Dr. Soleh Al-Fauzan
Kitab Tauhid (Khas Untuk Pemula) oleh Syaikh Dr. Soleh Al-Fauzan Kitab Tauhid (Khas Untuk Pemula) oleh Syaikh Dr. Soleh Al-Fauzan Kitab Tauhid (Khas Untuk Pemula) oleh Syaikh Dr. Soleh Al-Fauzan Kitab Tauhid (Khas Untuk Pemula) oleh Syaikh Dr. Soleh Al-Fauzan Kitab Tauhid (Khas Untuk Pemula) oleh Syaikh Dr. Soleh Al-Fauzan Kitab Tauhid (Khas Untuk Pemula) oleh Syaikh Dr. Soleh Al-Fauzan Kitab Tauhid (Khas Untuk Pemula) oleh Syaikh Dr. Soleh Al-Fauzan Kitab Tauhid (Khas Untuk Pemula) oleh Syaikh Dr. Soleh Al-Fauzan
Terbitan: Ummul Qura
Product Code: Ummul Qura (7(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.5 x 16 x 2.6

ISBN: 9786027637016
Availability: In Stock
Price: RM60.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kitab Tauhid (Khas Untuk Pemula) | Judul Asal (‘Arab): Aqiidatut Tauhid; Kitabut Tauhid lis-Shaff Al-Awwal-Ats-Tsaalis-Al-Aliy | Penulis: Dr. Shalih bin Fauzan Al-Fauzan dan Team Ulin Nuha | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: - | Penerbit: Ummul Qura| Penterjemah: Syahirul Alim Al-Adib | Berat: 800gram Ukuran: 23.5cm x 16cm x 2.6cm | Muka Surat: 462 m/s. (Hard cover) | ISBN: 978-602-7637-18-4


Buku Aqidah » Kitab Tauhid karya dan Susunan Asy-Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan.

.. Kitab Tauhid Penting Untuk Para Pemula.

.. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

.. Menerapkan asas² hidup bertuhan.

.. Mendidik manusia untuk memahami tauhid dari konsep paling asas.

.. Penjelasan rububiyyah Allah, sifat² dan nama²-Nya, serta kewajiban mengibadahi-Nya dengan benar.

.. Cinta dan benci dalam rangka iman dan tauhid.

.. Syarah dan penjelasan rukun iman. Huraian bid'ah dan syirik.

..... ..

Tahukah anda; Kaum kafir Quraisy dulu kafir bukan kerana tidak beribadah kepada Allah, bukan kerana tidak mengakui kewujudan Allah sebagai Rabb yang menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan rezeki... bahkan mereka (kafir Quraisy) menyembah dan beribadah kepada Allah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قُلْ مَنْ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أَمَّنْ يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَمَنْ يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَمَنْ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ فَسَيَقُولُونَ اللَّهُ فَقُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ

“Katakanlah, “Siapakah yang memberikan rezeki kepada kalian dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?” Mereka akan menjawab, “Allah”, maka katakanlah, “Tidakkah kalian bertaqwa (kepada-Nya)?”.” (Surah Yunus, 10: 31)

Di ayat yang lain,

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ

“Sesungguhnya, jika kamu tanyakan kepada mereka, “Siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan?” Tentu mereka akan menjawab, “Allah”, maka dari mana mereka telah dipalingkan?” (Surah Al-‘Ankabut, 29: 61)

Di ayat yang lain,

قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (86) سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ (87) قُلْ مَنْ بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (88) سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ فَأَنَّى تُسْحَرُونَ

“Katakanlah: “Siapakah yang memiliki langit yang tujuh dan yang memiliki ‘Arsy yang besar?” Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah.” Katakanlah: “Maka adakah kamu tidak bertaqwa?” Katakanlah: “Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?” Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah.” Katakanlah: “(Kalau begitu), maka dari jalan manakah kamu ditipu?”.” (Surah al-Mukminun, 23: 86-89)

Tetapi di samping mereka beribadah kepada Allah, mereka beribadah juga kepada selain Allah, di samping memohon (berdoa) kepada Allah mereka memohon juga kepada selain Allah. Mereka mengimani adanya sembahan-sembahan yang lain selain Allah di samping Allah. Dan mereka beribadah pula dengan ibadah-ibadah yang tidak disyari'atkan. Inilah dia Syirik!

Maka ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diutuskan, beliau pun memerintahkan sebagaimana Nabi-nabi terdahulu memerintahkan, yakni memerintahkan agar beribadah semata-mata hanya kepada Allah dengan ibadah-ibadah yang disyariatkan, yakni beribadah kepada Rabb yang menciptakan alam semesta yang memiliki sifat-sifat yang agung, tiada yang berhak diibadahi melainkan Allah satu-satunya, tiada sekutu bagi-Nya.

Dan inilah asas penting dalam ber-Tauhid!

Alhamdulillah,

Di hadapan kita ini adalah sebuah buku yang sangat penting lagi sangat bermanfaat khasnya bagi para pemula. Kandungannya sangat fokus dan begitu sesuai sebagai pembentukan asas bagi para penuntut ilmu yang ingin memulakan langkah pertamanya sebelum pergi lebih jauh mendaki tatanan ilmu berikutnya.

Jika para pembaca mampu menela’ahnya dengan saksama, fokus, dan mencernanya dengan baik, insyaAllah ia mampu menjadi bekal yang sangat membantu dalam perjalanan ilmu yang mulia ini.

Di dalamnya, Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan hafizhahullah menjabarkan perkara-perkara asas yang sangat penting, yang antaranya adalah:

1, Makna ‘Aqidah, keutamaannya, sumber pengambilannya, dan beberapa bentuk penyimpangan dari aqidah yang benar berserta kaedah menanganinya.

2, Makna Tauhid dan bentuk-bentuknya.

3, Perbahasan Tauhid Rububiyah, Tauhid Al-Asma’ wa Ash-Shifat, dan Tauhid Uluhiyyah.

4, Perbahasan Al-Wala’ dan Al-Bara’, iaitu tentang sikap cinta dan benci dalam perbahasan tauhid.

5, Perbahasan tentang iman, maknanya, keutamannya, pengaruh iman, hakikat iman, cabang-cabangnya, dan hal-hal yang dapat membatalkan iman.

6, Perbahasan Iman kepada Allah, para Malaikat, Kitab-kitab, Iman terhadap para Rasul, Imam terhadap hari Kiamat, dan Imam terhadap Qadha & Qadar.

7, Perbahasan tentang penyimpangan aqidah dalam kehidupan manusia.

8, Perbahasan tentang ucapan dan amalan yang dapat membatalkan atau mengurangi tauhid dan keimanan.

9, Sikap terhadap para Rasul, ahlu Al-Bayt, dan para Sahabat Nabi.

10, Permasalahan Bid’ah, definisi bid’ah, bentuk-bentuknya, sebab-sebab kemunculannya, sikap terhadap pelaku atau ahli bid’ah, serta beberapa contoh bid’ah-bid’ah di masa ini.

Sepintas lalu...

Aqidah berasal dari kata ‘aqd yang bermakna pengikatan. Ertinya “Saya ber-i’tiqad begini.” Maksudnya, saya mengikat hati terhadap perkara tersebut. Aqidah adalah apa yang diyakini (diimani) oleh seseorang. Jika dikatakan, “Dia mempunyai aqidah yang benar,” bererti aqidahnya bebas dari keraguan. Aqidah merupakan perbuatan atau amalan hati, iaitu kepercayaan hati dan pembenarannya terhadap sesuatu.

Manakala tauhid pula adalah ilmu tentang ketuhanan, tentang Rabb, tentang ilah (yang memiliki haq untuk diibadahi), iaitu tentang Allah sebagai satu-satunya Rabb yang berhak diibadahi dengan peribadahan yang haq.

Di dalam buku ini, Syaikh Al-Fauzan menjelaskan bahawa Tauhid meyakini ke-Esaan Allah dalam rububiyyah, ikhlash beribadah kepada-Nya, menetapkan bagi Allah nama-nama dan sifat-sifat-Nya, serta menyucikan-Nya dari segala bentuk kecacatan serta kekurangan.

Makna aqidah secara syar’i

Aqidah adalah iman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, Hari Akhir, dan qadar yang baik ataupun yang buruk. Perkara ini disebut juga sebagai rukun iman.

Syari’at terbahagi menjadi dua, iaitu i’tiqadiyah dan amaliyah. I’tiqadiyah adalah hal-hal yang tidak berhubungan dengan tata cara amal. Misalnya, i’tiqad (kepercayaan) terhadap rububiyah Allah dan kewajiban beribadah kepada-Nya, juga ber-i’tiqad terhadap rukun-rukun iman yang lain. Perkara ini disebut ashliyah (dasar agama).

‘Amaliyah adalah segala apa yang berhubungan dengan tata cara amal. Misalnya, solat, zakat, puasa, dan seluruh hukum-hukum ‘amaliyah. Bahagian ini disebut furu’iyah (cabang agama), kerana ia dibangun di atas i’tiqadiyah. Benar dan rosaknya ‘amaliyah tergantung pada benar dan rosaknya i’tiqadiyah. Maka, aqidah yang benar adalah asas bagi bangunan agama serta merupakan syarat sahnya amal, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

“Sesiapa mengharap perjumpaan dengan Rabb-nya, maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mensyirikkan Allah dengan suatu apa pun dalam beribadah kepada Rabb-nya.” (Surah Al-Kahf, 18: 110)

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepada engkau (Muhammad) dan kepada (nabi-nabi) yang sebelum engkau, “Jika engkau mensyirikkan (Allah), nescaya akan terhapuslah amalan engkau dan tentulah engkau termasuk kalangan orang-orang yang merugi.’” (Surah Az-Zumar, 39: 65)

فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ (2) أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ

“Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik).” (Surah Az-Zumar, 39: 2-3)

Ayat-ayat di atas dan yang senada, yang jumlahnya banyak, menunjukkan bahawa segala amal tidak akan diterima jika tidak bersih dari noda-noda syirik. Kerana itulah perkara pertama yang didakwahkan para rasul kepada umatnya adalah mengibadahi hanya Allah sahaja dan meninggalkan segala bentuk peribadahan kepada selain Dia, sebagaimana firman-Nya:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan), “Beribadahlah hanya kepada Allah dan jauhilah Thaghut.”.” (Surah An-Nahl, 16: 36).

Setiap Rasul Allah sentiasa menyerukan pada awal dakwahnya:

يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ

“...Beribadahlah hanya kepada Allah, sekali-kali tidak ada Ilah (yang berhak diibadahi) olehmu selain-Nya.” (Surah Al-A’raf, 7: 59, 65, 73, dan 85)

Seruan tersebut diucapkan oleh Nabi Nuh, Hud, Soleh, Syu’aib, dan seluruh para rasul. Selama 13 tahun di Makkah sebaik diangkat menjadi Rasul, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengajak manusia kepada tauhid dan pemurnian aqidah, kerana ianya merupakan landasan bangunan Islam. Para da’i yang telah mengikuti jejak para rasul dalam berdakwah, pasti mereka akan memulakan dan menjadikan tujuan dakwahnya untuk perkara ini, iaitu memurnikan aqidah, menyerukan kepada tauhid yang benar.

Jadi, sama-sama kita tekuni dan fahami hal ini sebaik-baiknya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net