Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Yang Didoakan & Dilaknat Malaikat

Yang Didoakan & Dilaknat Malaikat
Terbitan: Pustaka Inabah
Product Code: Pustaka Al-Inabah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 17.4 x 12.6 x 1.2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM15.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Yang Didoakan & Dilaknat Malaikat | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Dr. Fadhl Ilahi Zhahir | Penerbit: Pustaka Al-Inabah| Berat: 210gram | Muka Surat: 210 m/s.


Sesungguhnya termasuk kebahagiaan bagi manusia adalah apabila doanya sentiasa diperkenankan oleh Allah, atau dicintai oleh ramai orang sehingga orang-orang tersebut sering mendoakan kebaikan untuknya secara diam-diam.

Seringkali kita melihat dari ramai orang apabila mereka bertemu dengan seorang ulama atau orang-orang yang soleh, mereka pun meminta agar didoakan kebaikan untuk mereka, terutamanya secara diam-diam tanpa sepengetahuannya. Kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Doa seorang muslim untuk saudaranya tanpa sepengetahuannya pasti terkabul. Di kepalanya ada malaikat yang diutus kepadanya. Sehingga setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat yang diutus kepadanya pun berkata, “Ameen, dan engkau juga mendapatkan hal yang sama.”.” (Shahih Muslim, no. 2733)

Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui bahawa salah seorang yang sangat soleh atau orang tua anda telah mendoakan anda di tengah-tengah malam yang sunyi agar anda mendapatkan kebaikan, taufiq, atau ampunan dari Allah? Tentu anda akan merasa sangat senang.

Lelau bagaimana pula perasaan anda jika yang mendoakan anda adalah para malaikat?

Ya, yang mendoakan anda adalah malaikat!

Makhluk Allah yang sentiasa berbuat taat, dan tidak pernah bermaksiat. Malaikat yang doanya selalu diperkenankan Allah. Tentu anda tidak akan mampu mengungkapkan lagi perasaan senang anda yang membuak-buak.

Allah Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Sesungguhnya Allah (memuji) dan para malaikat mendoakan untuk Nabi...” (Surah Al-Ahdzaab, 33: 56)

Dalam ayat yang lain:

“Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan Malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman..” (Surah Al-Ahdzaab, 33: 43)

Ada banyak peluang bagi kita agar mendapat doa-doa kebaikan dari para malaikat. Kerananya sudah semestinya kita mencari tahu apa-apa dia peluang-peluang tersebut, bagaimana mendapatkannya, dan bagaimana untuk memanfaatkannya semaksima mungkin serta tidak melepaskannya begitu sahaja. Peluang-peluang tersebut akan diperjelaskan dengan terperinci melalui buku ini.

Sebagaimana doa-doa kebaikan yang dipanjatkan oleh para malaikat pasti dikabulkan oleh Allah, maka demikian pula halnya dengan doa-doa laknat dan doa-doa keburukan yang mereka panjatkan. Kerananya sudah seharusnya kita turut juga mencari tahu apa-apa dia hal yang membuatkan para malaikat murka sampai-sampai mereka mendoakan keburukan dan laknat kepada manusia.

Maka apabila kita mengatahui hal ini, maka kita pun akan lebih waspada.

Dari itu, carilah doa-doa kebaikan dari para malaikat dan hindarilah doa-doa keburukan dan laknat dari mereka dengan meneliti buku ini. Semoga kandungan buku ini dapat menjadi pembuka pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu keburukan buat kita.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net