Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kepada Pendakwah: Utamakanlah Tauhid

Kepada Pendakwah: Utamakanlah Tauhid
Terbitan: BPPI
Product Code: BPPI
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23 x 15 x 1

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM10.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kepada Pendakwah: Utamakanlah Tauhid | Judul Asal ('Arab): At-Tauhid Awwalan Ya Du'atal Islaam | Penulis: Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani | Penerbit: Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan | Berat: 130g | Muka Surat: 52m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Kalau kita imbau kebangkitan dan kegemilangan umat Islam di masa lampau bermula pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, ia amat-amat membanggakan dan dirindukan. Diikuti pula oleh generasi khulafa al-Rasyidin. Umat Islam merupakan generasi yang cukup kuat dan gah di persada dunia ketika itu. Sehingga musuh-musuh yang berada di sekitar pun merasa gerun dan tunduk.

Tetapi pada hari ini, umat Islam kian kehilangan jati diri dan kekuatannya. Umat Islam berpecah-belah dan lemah. Orang-orang di sekeliling hilang hormat terhadap mereka. Rasa gerun di dalam dada-dada musuh umat Islam seakan-akan telah tercabut.

Di antara faktor kelemahan tersebut sebenarnya berpunca dari dasar aqidah dan keimanan mereka yang amat-amat rapuh. Boleh dikatakan kefahaman dan pegangan terhadap agama terlalu cetek sehingga mudah diperkotak-katikkan.

Bukti kerapuhan aqidah umat Islam pada hari ini antaranya dapat dilihat melalui suburnya amalan khurafat, tahayyul, bid’ah dan kesyirikan. Di antara contoh mudah yang dapat kita perhatikan adalah suburnya amalan tangkal dan pelaris. Kunjungi dan singgahlah di mana-mana kedai makan orang Melayu atau Mamak, pasti akan kita dapati sebahagian besar dari mereka menggantung sesuatu di bahagian dinding belakang kaunter bayaran.

Kalau kita perhatikan baik-baik biasanya pada bahagian dinding tersebut mereka gantung dengan sesuatu mungkin sama ada berupa bingkai (frame) berisi kertas kilat berwarna kuning keemasan, gantungan kain hitam atau kuning yang diikat, gambar “wali keramat”, ayat bismillah 7, lambang khatamun nubuwwah, al-Qur’an kecil, cebisan kain kelambu ka’abah, tulisan-tulisan jawi berbentuk formasi aneh, “ayat 1000 dinar”, rangkaian “angka 786”, atau rajah-rajah dan simbol-simbol pelik yang hanya boleh difahami oleh pembuat tangkal.

Kalau di rumah-rumah pula, masih ramai yang menyimpan atau menggantungkan tulisan ayat al-Kursi di pintu-pintu rumah, botol-botol berisi “bahan pendinding”, keris penjaga rumah, cincin azimat, batu geliga, memelihara ikan puyu sebagai pendinding dari pukau, manakala ikan kelisa sebagai pembawa tuah, dan apa-apa jua yang sewaktu dengannya. Masih terlalu ramai dalam kalangan masyarakat Islam hari ini meyakini tangkal-tangkal dan azimat-azimat tersebut mampu menarik kebaikan atau rezeki dan dalam masa yang sama menolak mudharat.

Apabila budaya khurafat dan tahayyul yang penuh kesyirikan seperti ini berleluasa, selagi itulah umat Islam akan terus dilanda kehinaan dan kelemahan. Kerana kebergantungan mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala telah bertukar kepada tangkal dan azimat tersebut.

Kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ

“Sesiapa yang menggantungkan sesuatu (berupa tangkal), maka segala urusannya akan diserahkan kepadanya (kepada tangkal).” (Hadis Riwayat Ahmad, 31/78, no. 18781. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)

Mungkin ada yang terlupa bahawa di antara tujuan utama diutus para Rasul kepada umat manusia di muka bumi ini adalah bagi menghapuskan kesyirikan dan mengajak mengabdikan diri semata-mata hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.  [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat manusia supaya menyerukan, “‘Abdikanlah diri hanya kepada Allah dan jauhilah thaghut.” (Surah an-Nahl, 16: 36)

Juga sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam menjelaskan keutamaan dalam berdakwah:

إِنَّكَ تَقْدَمُ عَلَى قَوْمٍ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَى أَنْ يُوَحِّدُوا اللَّهَ تَعَالَى

“Sesungguhnya engkau akan mendatangi kelompok ahli kitab, maka hendaklah yang pertama kali engkau dakwahkan kepada mereka adalah supaya mereka mentauhidkan Allah Ta’ala.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 7372)

Tetapi pada hari ini, sebahagian pengaku “pendakwah dan pejuang Islam” lebih mengutamakan “mendakwah” orang-orang kafir dengan seruan banteras rasuah, mansuhkan akta zalim sekian-sekian, tegakkan demokrasi, raikan persamaan antara agama, undi parti kami, dan tumbangkan kerajaan!

Sebenarnya kita perlu kembali memahami perkara ini sebaik-baiknya. Jangan sampai tersalah langkah meninggalkan methode dakwah para Nabi. Akhirnya terjebak pula ke lembah syirik lalu menjadi kufur tanpa sadar.

Tertegaknya tauhid dan terhapusnya syirik adalah formula utama kejayaan umat Islam di masa lampau. Ini dapat dilihat dari sirah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama-sama para sahabatnya. Tetapi setelah kesyirikan kembali subur di kalangan umat Islam, mereka pun kembali lemah lagi terhina. Maka dari itu, hendaklah kita bangkit semula menyusun kekuatan dengan memfokuskan, mengutamakan dan mendakwahkan tauhid. Sebagaimana yang dilakukan oleh para pendahulu kita dari kalangan Rasul-rasul Allah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net