Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Shahih Sunan Ibnu Majah

Shahih Sunan Ibnu Majah
Shahih Sunan Ibnu Majah
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16 x 9

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM230.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Shahih Sunan Ibnu Majah | Judul Asal: Shahih Sunan Ibnu Majah | Penulis Asal: Imam Ibnu Majah rahimahullah (Wafat: 273H) | Tahqiq/susunan semula: Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 2.8kg | Muka Surat: 3 Jilid lengkap.


Penyusun bagi kitab hadis Sunan Ibnu Majah, yang merupakan salah satu dari deretan 6 kitab hadis utama dalam dunia kesarjanaan ilmu Islam adalah Abu 'Abdullah Muhammad B. Yazid B. Majah ar-Rabi’i al-Qazwini. Beliau berasal dari desa Qazwin, Iran. Lahir tahun 209H dan wafat tahun pada tahun 273H. Beliau adalah ahli hadis ulung dari Qazwin, mufassir (tokoh ahli tafsir) dan seorang 'alim (berilmu luas). Beliau rahimahullah memiliki beberapa karya di antaranya adalah Kitab as-Sunan (Sunan Ibnu Majah), Tafsir, dan Tarikh Ibnu Majah (kitab sirah). (Lihat: Siyar A'lam an-Nubala' oleh adz-Dzahabi)
 
Beliau melakukan perjalanan ke pelbagai kota untuk mengumpul dan menulis hadis. Antaranya seperti ke Bashrah, Kufah, Baghdad, Syam, Mesir dan Hijaz.
 
Beliau menerima hadis daripada ramai guru-gurunya. Abu Ya’la berkata, "Ibnu Majah seorang ahli ilmu hadits dan mempunyai banyak kitab". Kata Abu Ya'la al-Khalili juga, "Ibnu Majah adalah perwai terpercaya, tokoh terbilang, disepakati keilmuannya, dan dijadikan hujah (dalam ilmu agama), memiliki ilmu tentang hadis, dan kuat hafalannya. Pernah berjalan jauh untuk mencari dan menulis hadis ke Bashrah, Kufah, Makkah, Syam, Mesir, dan Rayah.
 
Beliau menyusun kitab Sunan-nya ini dengan susunan perbahasan atau sistematika hadis-hadis dan bab-bab fiqih, yang tersusun atas 32 kitab (juzu'), 1500 bab, dan jumlah hadis yang terkandung di dalamnya sekitar 4000 hadis. Syaikh Muhammad Fuad 'Abdul Baqi menghitung ada sebanyak 4241 hadis di dalamnya.
 
Sunan Ibnu Majah ini berisikan hadis-hadis yang sahih, hasan, dhaif (lemah), dan bahkan yang maudhu’ (palsu). Imam Abu al-Faraj Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) mengkritik ada hampir 30 hadis maudhu di dalam Sunan Ibnu Majah walaupun disanggah oleh as-Suyuthi. Demikian juga sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Abu Zur'ah ar-Razi rahimahullah.
 
Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah berkata, "Ibnu Majah pengarang kitab Sunan, susunannya tersebut menunjukan keluasan ilmunya dalam bidang Ushul dan furu’, kitab beliau mengandungi 30 Kitab (juzu'/bahagian); 1500 bab, 4000 hadis, semuanya adalah baik kecuali sedikit saja."
 
Al-Imam al-Bushairi (Wafat: 840H) menulis ziadah (tambahan) hadis di dalam Sunan Ibnu Majah yang tidak terdapat di dalam kitabul khomsah (kitab hadis utama yang lima iaitu: Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan an-Nasaa’i, dan Sunan at-Tirmidzi) sebanyak 1552 hadis di dalam kitabnya Misbah az-Zujajah fi Zawa'id Ibni Majah serta menjelaskan sekali darjatnya sama ada sahih, hasan, dha'if, ataupun maudhu’. Oleh kerana itu, penelitian terhadap hadis-hadis di dalamnya amatlah perlu dan penting. Terutamanya apabila hendak disebarkan kepada masyarakat awam, lebih-lebih lagi memang ia merupakan antara kitab hadis yang utama lagi besar manfaatnya.
 
Atas dasar itu, maka hari ini kita dapat melihat antaranya hasil tahqiq dan penyaringan hadis-hadis dari Sunan Ibnu Majah oleh Syaikh Muhammad B. Nashiruddin al-Albani rahimahullah (Wafat: 120H). Beliau mentarkhrij, mentahqiq, menjelaskan, dan mengasingkan hadis-hadis dari Sunan Ibnu Majah antara yang sahih, hasan, dha'if, dan maudhu'.
 
Apa yang ada di hadapan pembaca ini adalah salah satu dari hasil tahqiq dan saringan yang dibuat oleh Syaikh al-Albani rahimahullah. Ia memuatkan hadis-hadis yang sahih dan hasan, iaitu hadis-hadis yang maqbul yang dijadikan hujah dalam agama. Terpisah dari hadis-hadis yang lemah dan palsu. Syaikh al-Albani menamakan kitab beliau ini sebagai Shahih Sunan Ibnu Majah dan dengan nama ini juga ia dikenali sehingga hari ini. Semoga ia memberi manfaat yang banyak untuk masyarakat awam secara umum.
 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net