Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Majmu' Al-Fatawa (Kumpulan Fatwa Ibnu Taimiyyah), Terjemahan Lengkap

Majmu' Al-Fatawa (Kumpulan Fatwa Ibnu Taimiyyah), Terjemahan Lengkap
Majmu' Al-Fatawa (Kumpulan Fatwa Ibnu Taimiyyah), Terjemahan Lengkap Majmu' Al-Fatawa (Kumpulan Fatwa Ibnu Taimiyyah), Terjemahan Lengkap Majmu' Al-Fatawa (Kumpulan Fatwa Ibnu Taimiyyah), Terjemahan Lengkap
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 38

ISBN: 9786028067617
Availability: In Stock
Price: RM3,000.00 RM2,450.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Majmu’ Al-Fatawa (Kumpulan Fatwa Ibnu Taimiyyah) | Judul Asal ('Arab): Majmu’ Al-Fatawa Syaikh Al-Islam | Penulis: Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) | Tahqiq: Amir Al-Jazzar & Anwar Al-Bazz | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 37kg | Muka Surat: Lengkap 28 Jilid. (Hard cover)


Ini adalah terjemahan kitab Majmu’ Al-Fatawa dari himpunan fatwa dan karya Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H). Sebuah khazanah ilmu yang ulung dalam dunia Islam ahlus sunnah wal-jama’ah. Di dalamnya tersimpan jutaan mutiara berharga ilmu-ilmu penjelasan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Buku ini telah diterjemahkan dan siap menjadi 28 jilid lengkap semuanya. Padanya memuat perbahasan ilmiyah mencakup pelbagai lapangan ilmu-ilmu Islam.

Adapun perbahasan bagi setiap jilidnya bagi edisi (terjemahan) ini adalah sebagaimana berikut:

Jilid 1 - Perbahasan Tauhid Uluhiyyah dan Rubbubiyyah.

Jilid 2 - Tauhid Asma’ wa Shifat, Al-Aqidah Al-Wasithiyah.

Jilid 3 - Aqidah Salaf, Nama-nama dan Sifat Allah Taala.

Jilid 4 - Nama-nama dan Sifat-sifat Allah Taala.

Jilid 5 - Kitab al-Iman.

Jilid 6 - Kitab al-Iman dan Kekuasaan Allah Ta’ala.

Jilid 7 - Ilmu logik dan mantiq.

Jilid 8 - Kitab Suluk.

Jilid 9 - Perbahasan Suluk, Al-Qur’an Kalamullaah.

Jilid 10 – Perbahasan Al-Qur’an Kalamullaah dan kalam hakiki.

Jilid 11 – Tafsir Surah Al-Baqarah.

Jilid 12 - Tafsir Surah Ali Imran hingga Surah At-Taubah.

Jilid 13 - Perbahasan Tafsir Surah Yusuf, Ar-Rad, Al-Hijr, An-Nahl, Al-Israa’, Al-Kahfi, Maryam, Thaha, Al-Anbiyaa’, Al-Hajj, Al-Mu’minuun, An-Nuur, Al-Furqan, An-Naml, Al-Ahdzaab, Az-Zumar, Asy-Syu’ara, Az-Zukhruf, Al-Ahqaaf, Qaaf, Al-Mujadilah, Ath-Thalaq, Al-Ghaasyiyah, dan Al-Balad.

Jilid 14 - Tafsir Surah Asy-Syams, Al-Alaq, Al-Bayyinah, At-Takatsur, Al-Humazah, Al-Kautsar, Al-Kaafiruun, Al-Lahab, Al-Ikhlash.

Jilid 15 - Tafsir dan perbahasan hadis.

Jilid 16 - Kitab Perbahasan Hadis.

Jilid 17 - Kitab Perbahasan Hadis.

Jilid 18 - Kitab Hadits dan Fiqh.

Jilid 19 - 
Kitab Fiqh.

Jilid 20 - Kitab Fiqh.

Jilid 21 - Kitab Fiqh.

Jilid 22 - Kitab Fiqh.

Jilid 23 - Kitab Fiqh.

Jilid 24 - Kitab Fiqh.

Jilid 25 - Kitab Fiqh.

Jilid 26 - Kitab Fiqh; Syufah, wadiah, mengidupkan tanah yang terbiar, barang temuan, wakaf, hibah, wasiat, faraidh, dan pemerdekaan hamba.

Jilid 27 - Kitab Fiqh; Thalaq dan Zhihar.

Jilid 28 - Kitab Fiqh; Zhihar, Hudud, peperangan, makanan, dan hukum di pengadilan.

Sepintas lalu tentang Ibnu Taimiyyah

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) adalah seorang tokoh ulama yang begitu besar nama dan keilmuannya dalam dunia Islam. Begitu banyak perkataan para ulama lainnya sama ada yang sezaman dengan beliau atau selepasnya yang memuji dan mengagumi keilmuan yang ada pada diri Ibnu Taimiyah. Sumbangannya dalam bidang agama sangat tinggi merangkumi persoalan aqidah, manhaj, hadis, tafsir, dan fiqh. Berikut disertakan beberapa perkataan para ulama terkait diri beliau:

Kata Al-Imam Ibnu Daqiq Al-‘Id rahimahullah (Wafat: 702H):

“Menurut aku, beliau rahimahullah adalah seorang lelaki yang seluruh bentuk disiplin ilmu terhampar di hadapannya; dia mampu mengambil dan meninggalkan apa yang diinginkannya.”

Kata Al-Imam Az-Zamlakani rahimahullah:

“Apabila beliau rahimahullah ditanya dalam suatu disiplin ilmu, maka orang yang menyaksikan dan mendengar jawaban beliau akan mengira bahawa beliau hanya menguasai disiplin ilmu itu saja, dan menghukumi bahawa tidak seorang pun yang pengetahuannya luas seperti itu.”

Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) menceritakan bahawa Ibnu Daqiq Al-‘Id pernah berkata kepada Syaikh Al-Islam rahimahullah di ketika beliau menghadiri majlisnya (majlis ilmu):

“Aku tidak pernah menyangka bahawa Allah ‘Azza wa Jalla masih menciptakan manusia seperti anda ini.”

Al-Hafiz Al-Mizzi rahimahullah (Wafat:742H) berkata:

“Aku tidak pernah melihat seseorang seperti beliau, dan aku juga tidak pernah melihat orang yang lebih ‘alim daripada beliau tentang Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, dan tidak ada yang lebih teguh berpegang kepada keduanya daripada beliau.”

Al-Imam Imam Imaduddin Al-Wasithi berkata:

“Demi Allah, demi Allah, dan demi Allah, belum pernah ada di bawah kolong langit ini orang seperti Syaikh kalian, Ibnu Taimiyyah rahimahullah; dari segi ilmu, amal, keperibadian, akhlak, keteguhan di dalam mengikuti Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kedermawanan, dan kesungguhan dalam membela kebenaran… Kami tidak pernah melihat orang di zaman kita ini yang dari ucapan dan amal perbuatannya terpancar peribadi kenabian Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan Sunnah-sunnah beliau kecuali pada orang ini. Hati yang sihat akan mempersaksikan bahawa inilah contoh manusia yang benar-benar mengikuti Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang hakiki.”

Dan Majmu’ Al-Fatawa (himpunan fatwa-fatwa) beliau ini adalah salah satu bukti lautan ilmu yang terhampar di hati Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Jilid-jilid fatwa ini merupakan sebuah khazanah ulung yang Allah kurniaan buat umat Islam melalui individu bernama Abu Al-‘Abbas Ahmad bin ‘Abdil Halim bin ‘Abdis Salam bin Taimiyyah Al-Harrani Ad-Dimasyqi atau lebih dikenal dengan nama atau gelar Ibnu Taimiyyah. Sehingga ianya segar menjadi rujukan dalam pelbagai lapangan ilmu oleh para ilmuan sezaman dan kontemporari tanpa mengira pegangan mazhabnya.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebaikan untuk beliau.
 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net