Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Shahih Al-Jami' Ash-Shaghir

Shahih Al-Jami' Ash-Shaghir
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16 x 16

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM380.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Shahih Al-Jami Ash-Shaghir | Judul Asal: Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir | Penulis: Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 5kg | Muka Surat: 4 Jilid lengkap.


Bahawasanya kitab hadis Al-Jami’ Ash-Shaghir karangan Al-Hafiz As-Suyuthi merupakan salah satu kitab hadis yang paling lengkap dasar perbahasannya, paling banyak manfaatnya, paling sederhana penyusunannya, dan yang menjadi kekhususan kitab ini adalah hadis-hadis yang tercantum di dalamnya disusun berdasarkan urutan huruf hijaiyyah.

Kitab Jami’ Ash-Shaghir diselesaikan oleh As-Suyuthi pada tahun 907H, 4 tahun sebelum beliau wafat (911H). Dan ini benar-benar sebuah bentuk jihad yang dilakukan oleh seorang ulama untuk mengumpulkan dan menyusun sebuah kitab sehingga manfaatnya dapat dirasakan oleh ummat setelahnya. Beliau juga menyusun secara terpisah lampiran bagi kitabnya ini dengan judul Ziyaadah Al-Jami’.

Dalam salah satu tulisannya beliau berkata:

“Ini adalah lampiran bagi kitab karangan saya yang bernama Al-Jami’ Ash-Shaghir min Hadits Al-Basyir An-Nadzir, dan saya memberinya nama Az-Ziyadah Al-Jami’. Kod yang terdapat dalam lampiran ini sama dengan kod dalam kitab Al-Jami’, dan susunannya pun sama dengan yang terdapat dalam kitab Al-jami’.”

Akan tetapi bagi para ulama yang arif lagi memahami ilmu hadis, tentu akan menyedari bahawa ada beberapa kekurangan pada kitab ini, di antaranya:

1. Walaupun Imam As Suyuthi telah mengatakan dalam mukaddimah kitabnya bahawa beliau akan menyusun kitabnya ini secara tertib dan rapi tetapi hakikatnya hadis yang terangkum dalam kitab ini masih ada yang tidak tersusun secara rapi dan tertib.

2. Masih banyak hadis-hadis yang berstatus dha’if bahkan munkar dalam kitab ini, belum lagi ratusan hadis yang maudhu serta batil yang mengisi lembaran-lemabaran helainnya.

Beberapa ulama telah berusaha memperbaiki kekurangan kitab ini, di antaranya Al-Imam Al-Munawi rahimahullah dalam kitabnya Al-Faidhul Qadir Syarah Al-Jami’ Ash-Shaghir, juga lampiran kitab Al-Jami’, iaitu Az-Ziyadah Al-Jami’ juga beliau kupas dalam kitabnya Miftah As-Sa’dah bi Syarhi Az-Ziyadah.

Dalam kitabnya ini, Beliau berusaha menghalusi darjat hadis-hadis yang terkandung dalam kitab Al-Jami’ Ash-Shaghir, namun sayangnya tidak semua hadis beliau semak. Dengan alasan tersebut, maka Syaikh Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) berusaha menyempurnakan kitab Jami’ ash-Shaghir ini sehingga dengan menyusun kembali hadis-hadis yang ada bersesuaian dengan kaedah huruf hijaiyah, dan memilah hadis-hadis yang sahih saja sehingga manfaatnya akan dapat dinikmati oleh para pembaca serta penuntut ilmu khasnya.

Di antara yang beliau lakukan adalah:

1. Melengkapkan beberapa bahagian hadis yang terlepas.

2. Menyusun hadis-hadis tersebut setelah mencampurnya dengan hadis-hadis yang ada dalam Al-Jami’ dengan susunan yang tepat dan akurat berdasarkan huruf hijaiyyah.

3. Memisahkan di antara hadis-hadis yang sahih dengan hadis-hadis yang dha’if dan palsu.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net