Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Aku Cinta Islam; Tauhid Siri 2

Aku Cinta Islam; Tauhid Siri 2
Terbitan: Perisai Quran
Product Code: Perisai Qur'an
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.6 x 24.3 x 0.95

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM30.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Aku Cinta Islam; Tauhid Siri 2 | Judul Asal (‘Arab): -  | Penulis (Penyusun): Nizar Sa’ad Jabal | Penerbit: Qids Perisai Qur’an | Berat: 0.5kg | Muka Surat: 100 m/s. (Hard cover, setiap halaman berwarna)


Tauhid adalah landasan utama dalam Islam. Dengan tauhid dan aqidah yang benar kita dianggap seorang muslim. Dengan tauhid keimanan seorang muslim akan tumbuh kuat, serta amal ibadah akan diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dakwah yang disampaikan oleh seluruh rasul pun dasarnya adalah seruan tauhid, iaitu mengajak manusia agar mengabdikan diri hanya kepada Allah.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menanamkan tauhid bukan hanya kepada orang-orang dewasa, tetapi beliau juga mengajarkan tauhid kepada para sahabat semenjak usia kanak-kanak. Ini tidak lain supaya anak-anak ini akan tumbuh berkembang sebagai anak muslim yang bertauhid dan berkeperibadian luhur.

Pihak Perisai Qur’an menerbitkan buku kedua dari serial “Aku Cinta Islam”: Tauhid Siri 2 ini khusus untuk bacaan dan bahan pendidikan anak-anak. Buku ini adalah kesinambungan dari Aku Cinta Islam: Tauhid Siri 2.

Pada buku Aku Cinta Islam: Tauhid Siri 2 ini menyajikan beberapa variasi kandungan, iaitu hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang dijabarkan sebagai asas pelajaran berikutnya bersesuaian topiknya, latar belakang sahabat Nabi yang meriwayatkan hadis tersebut, serta contoh-contoh keseharian buat anak-anak.

Semua ini dilakukan dengan tujuan agar mampu memberikan lebih daya tarik terhadap anak-anak untuk membaca dan mempelajari buku ini. Dalam masa sama, bimbingan dan perhatian ibu-bapa amatlah penting untuk turut sama memandu anak-anak dalam mempelajari buku ini agar apa yang cuba kami sampaikan akan lebih membuahkan hasil, lebih menyerap dan lebih mudah difahami oleh si anak.

Harapan kami, mudah-mudahan buku ini memberikan manfaatnya sesuai kandungan dan objektif kami untuk anak-anak di luar sana.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net