Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Bulughul Maram (Taudhihul Ahkam)

Syarah Bulughul Maram (Taudhihul Ahkam)
Syarah Bulughul Maram (Taudhihul Ahkam)
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam (5(6))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 17 x 30

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM580.00 RM460.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Bulughul Maram (Taudhihul Ahkam) | Judul Asal (Arab): Taudhihul Ahkam Syarah Bulughul Maram | Penulis: Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman Al-Bassam | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 8.0kg | Muka Surat: 7 Jilid lengkap.


Kitab ini adalah Syarah (huraian penjelasan hadis-hadis) yag terdapat dalam kitab Bulughul Maram susunan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani. Ia disyarahkan oleh Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman al-Bassam. Kandungan dan topik perbahasan kitab ini adalah sebagaimana berikut:
 
Kitab Thaharah (bab air, bejana, kaedah menghilangkan najis, bab wudhu', bab mengusap khuf, adab buang air, hukum mandi, tayammum, haidh. Kitab Solah (waktu-waktu solat, azan, syarat-syarat solat, sutrah, bab masjid, sifat-sifat solat, pelbagai solat-solat sunnah, hukum musafir, solat Juma'at, dan bab pakaian). & Kitab Jenazah.
 
Kitab Zakat (zakat fitrah, sedekah, pembahagian zakat). Kitab Puasa, Kitab Haji, Kitab Jual Beli (persoalan khiyar, riba', pinjaman, perjanjian, hutang, ghasab, wakaf, hibah, syuf'ah, sewaan, belian, fara'aidh, wasiat, wadi'ah). Kitab Nikah (kafa'ah dan memilih, pergaulan suami isteri, maskahwin, walimah, pembahagian giliran isteri, khulu').
 
Kitab Thalaq, Kitab Rujuk (ila', zhihar, kaffarat, li'an, iddah dan ihdad, penyusuan, nafkah, asuhan. Kitab Jenayah (dendan, menuntut darah dan sumpah, memerangi pemberontak, memerangi pelaku kejahatan, memburu orang murtad). Kitab hudud (hukuman pelaku zina, penuduh zina, hukum pencuri, hukum peminum arak). Kitab Jihad (bab jizyah, gencatan senjata, hukum pertandingan dan memanah). Kitab Sumpah & Nadzar. Kitab Qadha (bab syahadah, ad-Da'awi (ancaman), dan bayyinat (bukti)). Kitab al-Itq' (memerdekakan hamba, mudabbar, mukatab, dan ummu walad). Kitab al-Jami’ (bab etika, al-birru, shilah, zuhud, wara', peringatan terhadap akhlak tercela, anjuran berakhlak mulia, bab dzikir dan doa).
 
Kitab ini dimulakan oleh penulis dengan membahaskan asas-asas penting ushul fiqh dan kaedah-kaedah penting dalam memahami fiqh hadis dan mazhab. Kemudian barulah penulis memasuki perbahasan hadis-hadis kitab Bulughul Maram. Perbahasan dan huraian terhadap hadis-hadisnya dilakukan dengan sederhana, tidak terlalu meleret, disampaikan secara tuntas, disertakan sama perbandingan pendapat antara mazhab, dan dipraktikkan sama kaedah tarjih terhadap pendapat yang terbaik bagi sesebuah hadis dibahaskan.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net