Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Wasiat Emas & 'Aqidah Syaikh 'Abdul Qadir Jaelani

Wasiat Emas & 'Aqidah Syaikh 'Abdul Qadir Jaelani
Terbitan: Maktabah Mu'awiyah
Product Code: Maktabah Mu'awiyah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 15 x 1

ISBN: 9789799884961
Availability: In Stock
Price: RM14.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Wasiat Emas & 'Aqidah Syaikh 'Abdul Qadir Jaelani | Penulis: Ibnu Saini B. Muhammad B. Musa | Penerbit: Maktabah Mu'awiyah | Berat: 200g | Muka Surat: 114m/s.


Nama Syaikh Abdul Qadir al-Jilani telah lama dikenal kaum Muslimin secara umum termasuklah di negara kita ini. Akan tetapi kebanyakan cerita atau keyakinan yang disandarkan kepada beliau adalah kedustaan dan kebohongan belaka, bahkan sebahagiannya sampai kepada perbuatan syirik Akbar yang dapat mengeluarkan pelakunya dari agama Islam, padahal beliau berlepas diri dari semua itu.
 
Ramai umat Islam terutamanya dari kalangan pengamal tarekat sufi menganggap Syaikh 'Abdul Qadir Jailani sebagai tokoh keramat, boleh berjalan di atas air dan terbang di udara. Malah ada yang berkeyakinan dengan menganggap kuburnya juga mampu mengeluarkan barakah dan memperkenankan doa-doa orang yang berdoa.
 
Tapi hakikatnya, terbukti bahawa Syaikh 'Abdul Qadir al-Jailani telah menetapkan apa yang menjadi ‘aqidah (keyakinan) beliau di dalam kitab-kitab yang telah beliau tulis secara langsung, seperti kitab al-Ghunyah dan yang lainnya. Ini sekaligus menafikan bahawa seorang pengamal tarekat dan beraqidah sufi Asya'irah. Sebaliknya dengan tegas beliau menyatakan bahawa beliau mengikuti apa yang telah ditetapkan oleh para ulama Salaf (generasi awal); Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
 
Bahkan beliau sendiri turut mewasiatkan untuk kaum Muslimin supaya mengikuti ‘aqidah tersebut. Siapa sahaja yang menginginkan bukti akan kebenaran pegangan beliau ini, silakanlah membaca risalah ringkas yang ada di tangan para pembaca ini, kerana risalah ini ditulis secara khusus untuk membuktikan kebenaran bahawa Syaikh 'Abdul Qadir al-Jailani benar-benar telah mengikuti ‘aqidah para ulama Salaf; Ahlus Sunnah wal Jama’ah, selain itu risalah ini juga dilengkapi dengan biografi ringkas Syaikh 'Abdul Qadir al-Jilani.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net