Judul: Menjadi Isteri Sejati | Judul Asal (‘Arab): ‘Isyruun Nashihatan li Ukhti Qobla Zawajihaa | Penulis: Syaikh Badr bin ‘Ali bin Tsami Al-‘Utaibi | Tahqiq: - | Penterjemah: Abu Ilyas Husain bin Hannan | Penerbit: Cahaya Tauhid Press | Berat: 0.25kg | Muka Surat: 152 m/s. (Soft Cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]
Sesungguhnya keharmonian rumah tangga antara suami dengan isteri bergantung pada kesempurnaan seorang suami di dalam mengenali tabiat pasangannya, serta langkah pasti kedua belah pihak dalam memasuki bahtera rumah-tangga.
Mereka yang mencermati kerosakan-kerosakan yang terjadi dalam rumah tangga, akan mendapati bahawa permasalahannya adalah sekitar masalah tidak adanya perhatian terhadap aturan-aturan dalam rumah tangga serta pengetahuan tentang hak suami dan isteri.
Lebih-lebih lagi di zaman kita sekarang di mana majoriti orang tidak mengetahui dasar-dasar akhlak yang islami dan keutamaan adab-adab yang syar’i. Mereka hanya sekadar merasa cukup dengan ilmu-ilmu yang bersifat umum selain ilmu agama serta banyak terkesan dengan pemikiran atau pendidikan yang menyetarakan gender dalam pendidikan moden.
Dari sebab itu, menjadi kemestian bagi seorang muslimah untuk memperhatikan hal yang sangat penting ini, iaitu mengenal akhlak-akhlak, adab-adab, ciri-ciri kewanitaan, dan bentuk-bentuk nasihat yang patut mereka kuasai dan berhias dengannya.
Maka untuk saudariku yang menginginkan dirinya menjadi perhiasan terbaik wanita solehah dan isteri sejati sebagaimana dikatakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”
Kami hadiahkan buku ini buat kalian. Bacalah, semoga bermanfaat.
Di antara mutiara kandungan buku ini adalah:
1, Nasihat agar memperbaiki hubungan dengan Allah.
2, Mentaati suami.
3, Lemah-lembut isteri adalah kekuatan.
4, Kebersihan dan kerapian diri adalah tanda kemuliaan.
5, Kuburkan kesalahan dalam lautan kasih-sayang.
6, Mencintai orang-orang yang dicintai suami.
7, Menjauhi kekufuran.
8, Pemaaf dan mengakui kesalahan adalah sifat terpuji.
9, Tahukah engkau hak-hak isteri dan suami?
10, Jadilah penyeru di jalan Allah, tetapi jangan menjadi hakim.
11, Cemburu.
12, Sabar sebagai kunci kebahagiaan.
13, Doa senjata orang beriman.
14, Hari berganti, jadilah engkau isteri yang baru.
15, Jalan terbaik memikat hati suami.
16, Menyelesaikan permasalahan.
17, Mudah-mudahan Allah memuliakanmu dengan tempat tinggal dan pakaian yang baik.